First Few Weeks In University of Nottingham Malaysia (UNMC)



21/9/2021, today marks the day I register myself at the University of Nottingham Malaysia. 
Saya cuma nak simpan kat sini sikit memori awal saya disini dan niat saya datang ke sini. Bila-bila masa akan datang sekiranya dihimpit kesukaran belajar, atau hilang semangat, mungkin saya boleh 'refresh' semula dengan baca balik apa tujuan saya awal-awal dahulu dan betapa excitednya saya nak mulakan kehidupan seorang mahasiswi universiti.



Dulu masa di KY saya fikir saya akan mulakan pengajian saya disini seorang diri, tanpa kenalan dari KY dan tempat-tempat lain. Namun, ditakdirkan ada seorang kawan saya Carolina namanya haha, dia pun sambung twinning program disini juga. Saya sebenarnya tak sampai hati untuk rasa happy ada geng, sebab sebenarnya Carol dapat tawaran kesemua uni dalam UCAS, antaranya UCL. Cuma, disebabkan kekangan yang diletakkan oleh pihak tajaan dia, in which dia perlu keluarkan duit poket sendiri dengan jumlah yang agak besar jika mahu ke UCL, jadi dia terpaksa memilih untuk buat twinning. Banyak cara Carol cuba usahakan untuk fly, antaranya ialah cuba memohon biasiswa pihak lain, namun Allah lebih mengetahui, dan kini Carol disini dengan saya juga. Alhamdulillah, she said she's happy here :')

Okay, back to the main story.
Mula-mula kami sampai, selesai health screening di pintu pagar utama universiti, kami bergerak ke bangunan kediaman Kapas Hall. First impression saya pada universiti ini ialah, teratur, hijau, redup. Staff disini sangat-sangat peramah dan lembut tutur kata, sehingga saya rasa dilayan macam nak check in hotel pula. Selesai check-in bilik, macam biasa mula unpack barang-barang. 

Barang saya masha-Allah banyak sangat hahaha, terkejut ayah sebab sampai 2 kereta penuh, termasuk barang Carol sikit. Saya akan banyak memasak disini, jadi saya bawa semua kelengkapan saya perlu, fridge 110 liter (memang dibenarkan bawa hehe), rice cooker, blender, air fryer, kettle, periuk dan frying pan etc. Saya pun tak berniat nak bawa banyak barang, tapi ter juga huhu. Gambar2 bawah ni sebelum kemas2 










InshaaAllah, saya akan cerita banyak sikit tentang kediaman dan susun atur bilik di dalam entri seterusnya.























Induction Days selama 2 hari berlangsung secara atas talian, dengar taklimat tentang course structure, dan juga pathways untuk buat twinning melalui Exchange atau Transfer Program. SubhanAllah, alhamdulillah, saya bersyukur sangat dengan ketentuan Ilahi, saya dapat rasakan 'Yes, this is really the right course for me", saya rasa sangat teruja dengan subjek-subjek, dan course work dalam bidang ini. Saya yakin saya bukanlah seorang yang jenis theoretical-intelligent hahaha, saya tak berapa boleh follow sesuatu yang highly theoretical, ataupun perbincangan yang sangat mendalam tentang sesuatu yang sangat complex. Tapi, saya lebih cenderung kepada practical dan hands-on experience, yang saya boleh gubah, olah, bina dan hasilkan sesuatu yang jelas pada pandangan mata. University of Nottingham juga menyusun module yang lebih mementingkan aspek practical dan design berbanding academic theoretical subjects.

Ada 5 subjek sahaja untuk Tahun 1 iaitu :

  • Hydraulics/Geotechnics (sem1/sem2)
  • Maths Methods for Civil Eng
  • Structural Analysis
  • Portfolio for Civ Eng Workshops & Computing
  • Group Design Project


Semua subjek sudah dispesifikkan yang berkaitan dengan Civil Engineering, tiada lagi general mathematics atau general physics. saya suka saya suka!

So far, untuk semester 1 fully online, jadi tak banyak sangat pengalaman. Tapi bermula semester 2 dan seterusnya, dah mula blended learning dan ada physical lab session dan design project. One thing I can say is, memang penat! Generally, course lain ada jadual kelas yang lebih lapang berbanding engineering, memang common dekat mana-mana universiti pun macam ni, tapi tak apa yang penting kita ada niat yang betul, inshaaAllah diberi kemudahan. Kelas bermula seawal 9 pagi hingga 6 petang (sometiimes habis awal sikit). Which saya rasa ok je sebab masa sekolah dulu jam 6 pagi start class sampai malam 5.30 ptg, dan sambung malam hingga 11.30 pm baru habis segala.

Dari segi classmates pula, memang sikit sangat! Dalam class saya ada 22 orang je, satu batch satu course. Ada 4 orang perempuan in total dalam course ni dan saya seorang Melayu. Coursemates lain ada Malaysian chinese, indian, dari Kenya, Maldives, Yemen, Seychelles, etc. Mujur online, jadi awal-awal ni ok je atas talian. Tapi bila dan mula f2f tu mula-mula nervous sangat macam mana nak buat kawan kat sini hahaha. Tapi alhamdulillah okay saja semua friendly :)

Okay, tentang makanan pula! The best thing is, they allow students to cook on campus, and they provide an induction cooker. Pantry dan kitchen pulak betul-betul depan pintu bilik saya je haha, rasa macam rumah sendiri pulak lagipun tak ramai yang memasak. Jadi, seronok je rasa macam dapur tu clean and clear.

Kenapa saya masak, tak beli je?

Sebab kat cafe UNM ni harga makanan mashaaAllah memang agak tinggi plus tak banyak sangat pilihan. Average harga RM10 ke atas. Ada stall2 makanan mengikut type of cuisine, Malay, Arabic, Western, Japanese, Chinese, Indian, Vegetarian. Yang dimasak dan dijaga oleh orang Islam hanyalah Malay dan Arabic. Altho stall lain semua halal, dan saya pernah juga beli dari stall lain, cuma rasa tak berapa selesa untuk makan setiap hari masakan yang bukan disediakan oleh orang Islam. Disebabkan ada pilihan yang lebih halalan toyyiban, saya kurangkan beli dari stall-stall tersebut. Maka saya banyak memasak je untuk jimat dan sedap hehe.

Plus, saya bukan makan banyak pun setiap hari. Kalau masak, boleh masak banyak untuk beberapa hari terus, dan boleh simpan. Saya dapat spend dalam RM200-RM300 sebulan je untuk beli bahan mentah dan snacks, termasuk juga hari-hari yang saya beli makanan dari Grab Food atau Food Panda. Jimat kan!

Kalau beli makanan everyday, dalam RM500 diperlukan sebulan.
InshaaAllah nanti saya lapang, saya share macam mana saya buat simpanan duit dan emas semasa belajar :) Dan pengalaman saya berjaya dapat keuntungan dalam RM600-RM1000 dalam masa 7 bulan dengan melabur Emas!

These are some of my humble cookings. Tak pro lagi, masih berusaha dengan penuh minat :)



Cukup dulu untuk entri pertama tentang UNM, jumpa lagi!
😊



~ Hidup untuk berbakti, Bukan sekadar menikmati ~

Comments