Get to know KYUEM – Kolej Yayasan UEM !
Nota :
- Saya minta maaf sebab mengambil masa sehingga beberapa bulan untuk siapkan satu entri ini atas sebab kekangan masa dan idea
- Kebanyakan gambar bersumberkan Mr Google, dan kamera telefon saya, sekiranya terselit wajah anda, saya minta maaf dan boleh pm saya kalau nak dipadamkan
- Warning, this entry is super long
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt dan Salam CovEid !
Disebabkan agak ramai yang contact saya katanya berminat nak tahu tentang KYUEM, dan mereka juga ada meminta saya tulis entri khas dalm blog ini mengenai KYUEM, jadi inshaaAllah saya akan cuba sedaya saya untuk penuhi hasrat mereka, maka disini saya kongsikan sedikit sebanyak tentang Kolej Yayasan UEM.
Sebenarnya saya belum lama pun belajar di sini, 3 out of 4 sem je. Tapi bolehlah saya ceritakan secara ringkas benda² basic dan penting, terkurang mahupun terlebih saya minta maaf awal-awal ya.
Selamat membaca !
Selamat membaca !
2. Lokasi
3. Sistem Pembelajaran
4. Fasiliti dan Infrastruktur
5. Student Life
6. Aktiviti dan Sambutan
7. Common Challenges in KYUEM
8. Best Things I Get From KYUEM
LATAR BELAKANG
KYUEM pada awalnya dinamakan Kolej Matrikulasi Yayasan Saad, dibina oleh Yayasan Saad sendiri dan dibuka pada tahun 1998. Setelah hampir 2 tahun beroperasi, kolej ini dibeli oleh syarikat lain iaitu UEM Group dan diseliakan oleh pihak Yayasan UEM maka dinamakan semula kolej ini dengan nama KOLEJ YAYASAN UEM. Kolej ini adalah salah satu institusi persediaan ke luar negara di Malaysia yang memberi keutamaan dan fokus untuk sambung belajar ke United Kingdom dan United States of America. Tapi ada juga beberapa pelajar yang menyambung pengajian ke negara lain seperti Australia, China, Hungary dan Malaysia.
Yayasan UEM bermatlamatkan menjaga kebajikan dan pendidikan warganegara Malaysia, jadinya KYUEM adalah salah satu asset kebajikan mereka terhadap rakyat, selain program kebajikan lain yang dikendalikan seperti pemberian biasiswa, bantuan pelajar sekolah dan program amal.
KYUEM dikenali sebagai Premiere A-Level College in Malaysia. Ini kerana KYUEM hanya menawarkan program A Level sahaja disini. Tidak seperti kolej persediaan lain contohnya Taylor’s, Sunway, INTEC, KMB, KDU dan lain-lain yang mana mereka mempunyai lebih banyak pilihan program persediaan luar negara seperti International Bacalaureatte (IB) atau American Degree Transfer Programme (ADP).
Selain itu, ia dipanggil ‘premiere’ kerana facilities di kolej ini inshaaAllah boleh dikatakan agak mewah dan serba lengkap (maka yuran dikenakan pun agak tinggi). Tapi taksemuanya sentiasa indah kan? Jadi ofcourse ada je kekurangan kat kolej ni, contohnya...... haha okay taknakbagitauuu.
Kekurangan sesuatu tak perlu diceritakan pada orang bukan? Biarlah kekurangan kolej ini hanya orang didalam sahaja tahu, experience it yourself then you decide.
LATAR BELAKANG
KYUEM pada awalnya dinamakan Kolej Matrikulasi Yayasan Saad, dibina oleh Yayasan Saad sendiri dan dibuka pada tahun 1998. Setelah hampir 2 tahun beroperasi, kolej ini dibeli oleh syarikat lain iaitu UEM Group dan diseliakan oleh pihak Yayasan UEM maka dinamakan semula kolej ini dengan nama KOLEJ YAYASAN UEM. Kolej ini adalah salah satu institusi persediaan ke luar negara di Malaysia yang memberi keutamaan dan fokus untuk sambung belajar ke United Kingdom dan United States of America. Tapi ada juga beberapa pelajar yang menyambung pengajian ke negara lain seperti Australia, China, Hungary dan Malaysia.
Yayasan UEM bermatlamatkan menjaga kebajikan dan pendidikan warganegara Malaysia, jadinya KYUEM adalah salah satu asset kebajikan mereka terhadap rakyat, selain program kebajikan lain yang dikendalikan seperti pemberian biasiswa, bantuan pelajar sekolah dan program amal.
KYUEM dikenali sebagai Premiere A-Level College in Malaysia. Ini kerana KYUEM hanya menawarkan program A Level sahaja disini. Tidak seperti kolej persediaan lain contohnya Taylor’s, Sunway, INTEC, KMB, KDU dan lain-lain yang mana mereka mempunyai lebih banyak pilihan program persediaan luar negara seperti International Bacalaureatte (IB) atau American Degree Transfer Programme (ADP).
Selain itu, ia dipanggil ‘premiere’ kerana facilities di kolej ini inshaaAllah boleh dikatakan agak mewah dan serba lengkap (maka yuran dikenakan pun agak tinggi). Tapi taksemuanya sentiasa indah kan? Jadi ofcourse ada je kekurangan kat kolej ni, contohnya...... haha okay taknakbagitauuu.
Kekurangan sesuatu tak perlu diceritakan pada orang bukan? Biarlah kekurangan kolej ini hanya orang didalam sahaja tahu, experience it yourself then you decide.
(Pada pandangan saya, if you always think positively, kita tak akan merungut tentang kekurangan sesuatu, malah apa yang ada sebenarnya sudah lebih dari cukup dan kita perlu syukuri apa yang ada. Selagi mana hak-hak pelajar dipenuhi sebaiknya)
Pelajar kat sini kebanyakannya ditaja oleh pihak2 dan company2 yang menawarkan biasiswa luar negara, contohnya Petronas, Yayasan Khazanah, yayasan negeri, PNB, TNB, dan Yayasan UEM
(anda boleh baca tips memohon biasiswa Yayasan UEM di sini! )
Terdapat juga para pelajar yang mendaftar secara private, bermakna mereka menanggung yuran sendiri. Walaubagaimanapun, tiada ada apa yang membezakan antara dua kumpulan pelajar ini, sama da ditaja ataupun private. Kita semua yang menuntut ilmu di sini masuk dengan kelayakan akademik yang serupa, matlamat yang serupa, dan hasil yang serupa inshaaAllah.
LOKASI
Terdapat juga para pelajar yang mendaftar secara private, bermakna mereka menanggung yuran sendiri. Walaubagaimanapun, tiada ada apa yang membezakan antara dua kumpulan pelajar ini, sama da ditaja ataupun private. Kita semua yang menuntut ilmu di sini masuk dengan kelayakan akademik yang serupa, matlamat yang serupa, dan hasil yang serupa inshaaAllah.
LOKASI
KYUEM dikelilngi kehijauan yang sangat menenangkan |
KYUEM terletak di satu kawasan, bandar kecil namanya Lembah Beringin, 15 minit dari Tanjung Malim dan 20 minit dari Kuala Kubu Bharu dan 20 minit dari Rawang. So ianya exactly di sempadan Perak-Selangor sampai address pun ada dua. Satu poskod selangor dan satu lagi poskod perak, confuse kan? 😅
Kawasan ini agak suram sebabnya Lembah Beringin ni ada sejarah tersendiri. 😘
Kota yang terbengkalai dan ditinggalkan oleh pemaju. Berdasarkan pembacaan saya, pada awalnya PM ke4 negara, Tun Dr Mahathir umum utk bina airport negara di Utara Selangor, jadi developer pakat berebut untuk beli dan majukan tanah di utara selangor ni dengan vision bahawa dengan terbinanya airport disekitar situ, maka untung besarlah mereka ! jadi mereka pun binalah bandar Lembah Beringin nii, bangunan dan designnya cantik tau sebenarnya, boleh dikatakan moden dan maju bagi tahun 1990s. siap ada padang Golf. Tapi tiba2, kerajaan tukar plan dan KLIA dibina di Serdang which is Selatan Selangor 😅😅😅 Memang opposite terus hmm
Highway PLUS |
Tapi don't worry. Tak scary pun, bahagia je kami cycling sekitar Lembah Beringin petang2 sampai ke Maghrib. Kawasan ni cantik dan hijau, sejuk mata memandang. Komuniti setempat pun baikk dan friendly, Memang tempat yang sangat sesuai untuk study, jauh dari anasir-anasir gangguan yang boleh rosakkan fokus belajar, contohnya shopping mall etc.
Lupa nak mention tadi, semua students wajib duduk dalam kolej, weekend je boleh outing atau balik rumah. Akibatnya semakin kiasu lah students !
SISTEM PEMBELAJARAN
Secara umumnya, sistem pembelajaran di KYUEM ni mudah, bagus dan efektif. Saya bahagikan ke beberapa bahagian dan saya akan terangkan lebih lanjut supaya mudah difahami.
Secara umumnya, sistem pembelajaran di KYUEM ni mudah, bagus dan efektif. Saya bahagikan ke beberapa bahagian dan saya akan terangkan lebih lanjut supaya mudah difahami.
- Subject Combination
- The Mobile Class System
- Traditional but interactive Learning, classroom based
- Jadual berdasarkan Block
- Topical / Tracking / Semester Test
- Subject Combination -
Pada awal sem 1, setiap pelajar akan mendaftar subjek masing-masing. Tiada subjek yang wajib diambil, semuanya diatas keputusan pelajar sendiri mengikut bidang yang diingini. Pelajar boleh pilih sekurang-kurangnya 3 subjek (mengikut least requirement universiti) , namun kebanyakan pelajar ambil 4 subjek dan beberapa ambil 5 subjek.
Pada masa yang sama, semua pelajar perlu mengikuti kelas khas IELTS (International English Language Testing System). IELTS ialah sijil Bahasa Inggeris yang wajib semua pelajar lulus bagi menyambung pengajian ke luar negara (mostly semua negara). Jadi, siapa yang dah selesai ujian IELTS, boleh drop out from the class at anytime.
Untuk subjek² lain pun, kalau selepas belajar subjek tertentu dan kita rasa tak berminat nak teruskan belajar subjek tu, nak tukar subjek lain contohhya, pelajar dibenarkan drop out selepas dapat consultation dari Academic Department.
Antara subjek-subjek A Level yang ditawarkan ialah :
1. Mathematics
2. Further Mathematics
3. Physics
4. Chemistry
5. Biology
6. Accounting
7. Economics
8. History
9. Marine Science
10. Geography
11. English Literature
Saya bagi contoh saya sendiri, saya nak sambung bidang engineering, subject combination saya ialah
- Mathematics
- Further Mathematics (FM)
- Physics
- Geography
Untuk engineering, 3 subjek pertama tu boleh kata penting untuk ambik. Further Maths tu kalau tak pun takapa, tengok uni mana kita nak apply nanti, kalau FM ada dalam requirement, kenalah ambil. (update : saya dah drop subject FM ogos lalu :) )
Geography pulak sebab saya just nak cukupkan 4 subjek, dan saya paling minat Geo berbanding subjek lain. Untuk ambik civil pun bagus ada basic Geography.
So basically subject combination setiap student disini tak sama, pelbagai semuanya. Nasib² kalau ada yang sama. Jadi jadual kelas setiap students pun tak sama. Saya explain kemudian ye.
-The Moving Class System-
Sistem ini biasanya di negara barat, tapi kini dah banyak dipraktikkan di sekolah/institusi/uni dalam negara kita.
Simple je.
Cikgu duduk dalam kelas masing² yang dikhaskan mengikut subjek, manakala pelajar yang akan bergerak dari satu kelas ke satu kelas yang lain mengikut subjek dan waktu masing².
Jadi pelajar tak ada kelas tetap, perlu bergerak dan bawa barang dan buku sentiasa.
Tak susah ke?
Tak pun. Lama-lama akan terbiasa.
Tak ambil masa ke bergerak sana sini?
Nope. Ada 5 min interval between setiap class untuk student 'travel' ke kelas seterusnya.
Tak berat ke beg bawa buku?
Hahaha ini bergantung. 😁 Ada sesetengah students kat sini beg pun tak bawak, ada yang galas beg serius besar. Ada yang suka bawak semua buku teks dan pastyears ke setiap kelas (boleh tahan berat setiap satu tu) ada yang fully guna laptop atau iPad. Ada yang campur classical dan modern way ni.
Saya jenis yang campur hahaha. I am more comfortable with pen and paper tapi ada juga keperluan iPad ni. Kebiasaannya saya hanya akan bawa buku sikit², sekadar perlu. So ringan jugalah beg biasanya.
Jarak antara satu class ke satu class tak adalah jauh mana (in my opinion), semuanya dalam bangunan yang sama. Ada bangunan class baru jarak sikit je. So alhamdulillah mudah :)
-Traditional but Interactive learning classroom based -
Maksudnya disini ialah, dalam class kami tak adalah terlalu student centered macam kat sekolah-sekolah menengah dulu (sekolah saya macam tu where around 80% pembentangan dari students) hmm boleh dikatakan mostly teachers yang mengajar dan bercakap. Experiments, QnA dan pembentangan tu ada tapi bukan metod utama. Dalam satu kelas ada range dalam 10 - 18 orang pelajar roughly. Meja kerusi pula disusun macam sekolah rendah kita dulu, menghadap whiteboard semuanya. Classic right? But comfortable.
Bagi saya approach ini efektif dalam memberi kefahaman yang bagus utk pelajar, tapi mungkin drawbacks dia ialah nanti bila di Uni budaya belajar bukan lagi disuap oleh guru. Jadi harapnya boleh bawa diri !
Di KYUEM juga teachers banyak guna teknologi kini dalam class macam Kahoot ke Quizziz ke online platform. Gabungan traditional learning dengan interactive technology ni sangat bagus dan enjoyable.
Teachers pun baik dan sporting belaka, kalau ada yg garang sikit² tu biasalah kan.
Alhamdulillah di KYUEM, stress belajar sebab guru atau environment boleh dikatakan memang tak ada, cuma stress sebab kita yang tak faham² dan orang lain bijak sangat tu ada 😅 (Okay ni saya sambung part last sekali)
Yess kat sini guna teachers bukan lecturers, walaupun ramai juga guru guru disini yang sudah capai PhD! Humble sungguh kan cikgu² kami Semoga Allah merahmati mereka semua.
Note : kami gunakan gelaran Ms, Mr, Madam, Sir, Dr etc.
Note : kami gunakan gelaran Ms, Mr, Madam, Sir, Dr etc.
-Jadual berdasarkan Block-
Satu block 45 minit / 1 jam 15 minit bergantung hari, dan setiap hari akan ada 6 block. Susunan block dalam jadual setiap students sama, tapi setiap blok itu mewakili subjek apa berlainan bagi setiap students.
Dan ada juga Free Block, means takada class pada waktu itu.
Contohnya :
Abu (nak ambil degree chem engineering)
Block 1 - Math
Block 2 - Physics
Block 3 - Free Block
Block 4 - Fuether Maths
Block 5 - Ielts
Bkock 6 - Chemistry
Ali (nak ambil degree medicine)
Block 1 - Chemistry
Block 2 - Physics
Block 3 - Free Block
Block 4 - Ielts
Block 5 - Biology
Block 6 - Maths
Jadi Abu dan Ali akan berpisah class semasa block 1, dan sekiranya cikgu yang sama mengajar Physics mereka berdua, maka Ali dan Abu akan sekelas masa Block 2.
Kalau cikgu berlainan, mereka akan berlainan kelas walaupun subjek yang sama.
(Ada banyak cikgu bagi setiap subjek ye)
Masa Block 3 pulak mereka berdua free, jadi boleh balik ke bilik untuk rehat atau duduk² di library ke surau ke cafe ke sama². Dan seterusnya...
Dibawah ini pula contoh jadual harian saya. Jadual ini tak akan berubah sehinggalah tamat sem 4, kecuali kalau saya ubah atau drop mana-mana subjek
-Topical / Tracking / Semester Test-
Penting untuk take note ya yang ni, KYUEM terkenal dengan banyak sesangatsangat test.Tapi sebenarnya mana² kolej A Level pun sama banyak juga sebenarnya.
Setiap kali habis satu topic/chapter, cikgu akan bagi test.
Setiap beberapa mggu sekali ada tracking test yang accumulate untuk final sem grade.
Setiap hujung sem 1 dan 3 ada semester test.
Hujung sem 2 ada AS exam dan hujung sem 4 ada A2 exam.
(Apa itu AS dan A2? Boleh baca kat sini tentang sistem exam
A Level > https://eduadvisor.my/a-level/ )
Exam atau quiz mengejut yang tiba² cikgu nak buat.
Ya, itu juga berlaku.
Bersiap sedialah hahaha.
Kadang² sampai satu tahap kita sendiri pun dah tak tak tahu test apa lah yang aku buat semalam, eh harini apa pulak? Test minggu depan tu apa?
(Exaggerate je ni hehe. jangan jadi begini ye, sentiasa aware apa yang sedang berlaku dalam hidup anda)
Grade kadang naik kadang turun tu benda biasa. Kalau turun tu, berusahalah bagi naik balik ~ (Nasihat untuk diri saya sendiri je sebenarnya ni sobs..)
Apa pun, setiap exam ni amat membantu dalam proses pembelajaran kita. So by the time exam besar tiba, kita dah mentally prepare, kurang nervous dan semoga terselamatlah dari sindrom parkinson ke alzheimer ke semasa exam nanti. 😇😇
FASILITI DAN INFRASTRUKTUR
Seperti yang saya katakan tadi, pada pendapat saya fasiliti di KYUEM ni agak tip top ~
Walaubagaimanapun, beauty lies in the eyes of the beholder.
Walaubagaimanapun, beauty lies in the eyes of the beholder.
PENGINAPAN/ ACCOMODATION
- Sem 1 dan 2 (Juniors)
- Villa - Sem 3 dan 4 (Seniors)
- Chalet atau Apartment
VILLA
- 4 orang satu villa, 4 bilik
- 1 orang satu bilik
- 2 tandas kongsi
- Common room dan pantri
Villa perempuan |
Pandangan atas kawasan accomodation |
Reka bentuk villa memang sangat sangat cantik dan modern. Fefeeling oversea awal-awal |
Source google |
Alright, this is my villa, and my room. Saya duduk sini sepanjang Sem 1 dan Sem 2 :)
Saiz bilik agak kecil, tapi cukup selesaa |
That door on the left untuk keluar ke balcony, untuk sidai pakaian ke tengok hujan ke |
Study table corner |
Rak buku agak tinggii, saya kena panjat kerusi everytime nak ambik buku kat atas tu :') |
Hmm saya sarankan bawa bantal sendirii kalau anda seorang yang suka bantal fluffy dan lembut seperti saya. Sebab bantal ky agak keras, macam bantal asrama hehe |
CHALET
- 2 orang satu chalet, 2 bilik
- 1 orang satu bilik
-2 tandas (dalam bilik masing-masing)
- Common room
Laluan kesukaan saya, sangat cantik. Waktu malam gelap sikit. |
Comel je kan |
Source google |
This is my chalet, yang saya akan duduk dengan Aisha, my chaletmate untuk Sem 3 dan Sem 4.
Bilik kat chalet mmg sangat luas! Seronok sangat boleh hias and bawa segala benda yang perlu |
Tandas sorang2, jadi lebih privasi dan bersih. Rak buku dan baju pun besar boleh muat banyakkk barang |
Whiteboard sticker, untuk saya tuliskan plan seharian dan mingguansaya |
before ada whiteboard sticker, too empty |
Saya suka sesangat corner nii, setiap pagi rasa macam duduk kat eco resort. Dengar bunyi2 burung menyanyi, bunyi serangga2 kat pokok, ya Allah tenang sangat |
Ini common room aka ruang tamu kami haha. Simple je dan kami buat mini pantry corner kat hujung sana. Kadang2 bosan dalam bilik, boleh study kat luar ni sama2 |
Chalet nii mmg selalu ada tetamu2 yang mencari makanan dan memasak |
Inilah mini pantry kami, simple je tapi lengkap laa juga untuk hidup seharian :) |
Bila hari hujan, saya suka bukak tingkap dan pintu balcony. Saya suka dengar bunyi hujan, angin menderu2 |
Gelap sikit kan.. Jangan pandang atas |
Mari sidai karpet... di hari yang hujan |
APARTMENT
- Untuk pelajar perempuan sahaja
- 4 orang satu apartment, 4 bilik
- 1 orang satu bilik
-2 tandas kongsi
- Living room, dapur, meja makan
- Terletak paling jauh dari kelas, pelajar yang volunteer nak
duduk apartment sahaja akan ditempatkan disini
Aircond hanya ada di ruang tamu |
Bilik dalam apartment agak besar, ini just one corner je yang nampak |
Personally saya tak boleh nak comment banyak sangat tentang apartment, sebab saya sendiri tak merasa duduk sana huhu. Tapi berdasarkan pemerhatian terhadap kawan-kawan saya , seronok jee. Meriah sebab ramai, ada dapur, mmg macam rumah sendiri sangat. Saya pun selalu menyinggah apartment diorang :)
TV ROOM
- Ada beberapa sekitar chalet dan villa
- TV dengan astro
- Microwave
- Fridge
- Sofa untuk bersantai-santai
Fungsi TV Room ni ialah untuk provide barang-barang elektrik yang haram dibawa oleh pelajar mcm microwave etc.Tapiiii believe me ramai je yang bawa fridge dan segala alatan elektrik dalam bilik masing-masing. TV Room ni tak ramai yang guna pun biasanya. Saya pernah masuk sekali dua je setakat ni.
SPORTS/MULTI PURPOSE HALL/GYM
We call this place MPH. Bahagian dalam ada court untuk badminton, squasy dan gym (asing lelaki dan perempuan). Bahagian luar anda akan lihat ada court basketball, netball, tennis, volleyball, padang besar untuk bola sepak, ragbi, frisbee dan field and tracks. Semuanya lengkap!
Alatan boleh pinjam kolej punya atau bawa sendiri, ada jadual-jadual tertentu bila MPH ni buka. Memang best!
Alatan boleh pinjam kolej punya atau bawa sendiri, ada jadual-jadual tertentu bila MPH ni buka. Memang best!
Note : maaf sebab tak letak banyak sangat gambar dari Google untuk sports sebab saya nak cuba elakkan terpost gambar aurat sesiapa. Boleh google atau tengok gambar-gambar sports facilities di website kyuem, saya minta maaf sekali lagi.
SWIMMING POOL
Pool ni terletak berdekatan MPH dan padang. Tak berapa jauh dari accomodation. Saiz pool ni agak besar, tapi takadalah sebesar kolam olimpik. Kedalaman dia tak sure exactly rasanya around 1.6 to 3 metres mengikut kawasan.
Pool dibuka asing lelaki perempuan mengikut hari dan akan ada supervisor. Alatan mandi seperti goggles dan pelampung pun boleh pinjam! Ada swimming club yang incharge utk pool. Saya pun join club nii, so dia akan share info bila pool bukak, and club ni juga handle event Swimming Gala.
Kadang-kadang pool akan dibuka untuk mandi waktu malam, bergantung pada supervisor. cantik kan :) |
BICYCLE
Okay ini menarik sikit, kolej ada sediakan basikal ntuk students pinjam pada waktu petang untuk beriadah. Boleh gunakan dalam kawasan kolej dan luar kolej sekitar Lembah Beringin, asalkan pulang sebelum jam 7 malam. Kalau lebih 7 malam tu nanti diculik hantu huahua.
Ok gurau je.
Students juga boleh jogging setiap petang di akwasan ini, biasanya students akan singgah beli ABC kat satu gerai ni. Berwasatiyyah lah kita semua ya, Lembah Beringin tak ada Starbucks ke Family Mart ke. 7Eleven pun takada. Sangat mendidik hati-hati remaja ini untuk bersederhana dan bersabar (hahaa) Sebab itu kadang-kadang hujung minggu students outing ke KL melepaskan craving masing-masing.
DINING HALL & CAFE
Dining Hall
- Makanan akan diserve 3 kali sehari, breakfast, lunch dan dinner.
- Termasuk dalam yuran kolej
- Kena beratur sikit kalau peak hour
- Tempat paling seronok untuk bersembang dengan kawan-kawan selepas penat class seharian
- Sedap :)
- Bagi yang pernah sekolah berasrama, anda akan bersetuju dengan saya bahawa makanan di KYUEM jauh lebih baik berbanding di asrama-asrama lain
DH pun baru-baru siap renovate tahun 2019. Meriah kan? Alhamdulillah |
Cafe
- Makanan beli sendiri bila-bila free block atau waktu break atau weekend
- A short escape from Dining Hall punya menu
- Ada makanan berat dan mini mart menjual barang keperluan dan snacks
- Cash boleh, cashless juga boleh
- Bau cafe yang unik (anda akan faham bila anda masuk sini)
- Sedap :)
LAUNDRY SERVICE
- Termasuk dalam yuran kolej
- 2 kali seminggu, Isnin dan Khamis
- Setiap student akan diberikan 2 biji laundry bag mengikut warna rumah
- Max 6 helai baju (sikit kan...), sekiranya lebih kena bayar
Jujurnya, saya sendiri sepanjang Sem 1 dan Sem 2, tak pernah langsung hantar laundry :'D
Basuh tangan sahaja sebab saya sendiri risau kalau baju rosak/tertukar/hilang. Jadi, saya personally prefer basuh tangan.
Ada masa ke basuh baju sendiri?
Ada saja jangan risau. Waktu petang dan hujung minggu kan ada :)
Ada masa ke basuh baju sendiri?
Ada saja jangan risau. Waktu petang dan hujung minggu kan ada :)
Update :
Masa sem 3 dan 4 nii, saya bawa mesin basuh heheheheheahhahah oops. Sebab saya rasa agak tak sempat dah nak basuh baju, tapi baju banyak, jadi saya rasa RM350 untuk sebuah mesin basuh adalah suatu yang sangat berbaloi. Boleh bawa ke uni juga nanti.. Tapi bawa senyap2 je :)
Masa sem 3 dan 4 nii, saya bawa mesin basuh heheheheheahhahah oops. Sebab saya rasa agak tak sempat dah nak basuh baju, tapi baju banyak, jadi saya rasa RM350 untuk sebuah mesin basuh adalah suatu yang sangat berbaloi. Boleh bawa ke uni juga nanti.. Tapi bawa senyap2 je :)
Shhh.. Rahsiakan tau haha |
CLASSROOM/AUDITORIUM
- Classroom terbahagi pada dua block. Academic Block (class lama) dan New Block (class baru sikit)
- Dua-dua selesa dan lengkap
- Subjek-subjek yang tak melibatkan lab akan dilaksanakan dalam classroom
- Average students dalam setiap kelas lebih kurang belasan orang
Saad Square |
Saad Square di Academic Block, classroom dan labs terletak di sekeliling Saad Square |
Kawasan New Block |
Class di new block |
Physics Class saya featuring Sir Idrus :D |
Geography Class (betul2 pembuka minda saya kepada realiti dunia luar dan prosesnya :') |
Ni pula kalau online class di ky, duduk di study table chalet saja. saya suka jugalah sbb kurang penat :) |
- 2 auditorium
- Dalam keadaan tertentu, kadang-kadang cikgu akan buat class dalam auditorium
- Program, talk atau meeting selalu dibuat di auditorium
LABORATORIES
- Lab di KYUEM agak kecil tapi serba lengkap dengan segala peralatan yang diperlukan
- Semua class subjek sciences seperti Physics, Chemistry dan Biology akan dijalankan di lab
source google
RESOURCE CENTER (LIBRARY)
Resource Center (RC) KYUEM sangat cantik dan moden! Fyi, RC ni baru siap renovate hujung tahun 2019. Renovation tersebut memakan kos sehingga 1 Juta Ringgit (saya tahu maklumat ini daripada En Roslan Abd razak, member of Board of Trustees Yayasan UEM. InshaaAllah sahih huhu )
RC memang satu tempat yang sangat ideal untuk study, ada banyak kawasan dan sangat selesa, sejuk. Individual area is my favourite kalau nak buat kerja-kerja penting dan perlukan privasi yang lebih. Juga ada servis computer, photostat, printing dll.
RC dibuka setiap hari minggu sehingga waktu malam.
New look of the RC 2019 onwards |
Source: Google |
GREAT HALL
Great Hall (GH) baru sahaja siap renovation bulan Mac 2020, tapi sayangnya belum dirasmikan lagi tapi negara dah lockdown kerana COVID19. Jadi, kami semua masih belum dapat melihat sendiri rupa baru GH ini.
Kebanyakan aktiviti sepanjang 2019 dan 2020 terpaksa dipindahkan ke DH dan Saad Square kerana GH masih under construction.
- Tempat dijalankan exam CAIE
- Tempat program-program utama seperti Induction Week, Awards Day, Cultural Performance dll
Also sebelum renovation |
CYBER LOUNGE
- Tempat study para pelajar yang lebih santai berbanding RC
- Aesthetic look, tenang
- Terletak di Academic block
SURAU AS-SAAD
- 2 tingkat
- Solat berjemaah diadakan pada setiap waktu solat (tidak diwajibkan)
- Solat Jumaat bagi pelajar, staff dan penduduk Lembah Beringin
- Program agama harian selepas Maghrib
- Ceramah mingguan
- Program dibawah seliaan MUSCOM (Musolla Community) seperti mathurat, usrah, liqa', qiyam dan iftar (saya akan ceritakan detail selepas ini)
- Tempat pelajar boleh study waktu petang dan malam
Baiklah, Surau As Saad adalah tempat paling penting dan istimewa buat saya di KYUEM ini. Ada meja-meja kecil disediakan untuk pelajar study, disinilah biasanya saya study group dengan kawan-kawan.
Saya amatlah menggalakkan anda semua untuk mengikuti program-program surau sepanjang belajar di KYUEM ini. Selain merehatkan minda dari study subjek-subjek akademik, sebagai seorang muslim kita perlulah sentiasa memperbaiki kualiti agama kita walau dimana pun kita berada.
Apabila kita di KYUEM, itu bermakna kita hanya selangkah daripada meneruskan perjalanan belajar anda ke luar negara, jadi inilah masa terbaik untuk kita menguatkan pegangan agama dan tarbiyah dalam diri supaya nilai-nilai Muslim tidak terjejas dalam diri sepanjang kita menuntut ilmu.
InshaaAllah dengan melibatkan diri dalam program surau, atapun join aktiviti MUSCOM, semoga dapat membantu diri kita dalam membina jati diri Muslim yang lebih baik.
simple tapi bersih dan kemas |
STUDENT LIFE
- Secara ringkasnya saya boleh katakan kehidupan belajar disini sangat seronok
- Kawan-kawan yang seperjuangan untuk belajar hingga cemerlang
- Kawan-kawan yang tak pernah kedekut ilmu membantu orang lain
- Kawan-kawan sangat supportive dan sporting
- Guru-guru yang sangat berpengalaman dan memahami
- Guru-guru pun sporting dan rapat dengan pelajar
- Aktiviti yang fun
HOUSES
- Seperti di SBP atau cerita Harry Potter, KYUEM mengamalkan sistem rumah. Setiap student ada rumah masing-masing randomly gven during registration, dan semua aktiviti akan contribute to markah rumah. At the end of the sem akan ada House Cup dan juara rumah akan dinobatkan.
- Sistem rumah ni very fun sebenarnya , you'll feel the sense of belonging to your house. We have our own jerseys and cheers. But however jujur saya katakan, suasana semangat rumah di KYUEM ni masih tak boleh kalahkan semangat rumah seperti di SBP. Ada kurang sikit, tapi masih seronok.
GARNET (red)
SAPPHIRE (blue)
TOPAZ (yellow)
DIAMOND (purple)
And I belong to....... GARNET ! :D
Official IG : https://www.instagram.com/houseofenthusiasm/
OFFICIAL IG : https://www.instagram.com/ky.houseofglory/
OFFICIAL IG : https://www.instagram.com/topazrockz/
Note : Diamond dah tukar logo, its not unicorn anymoreee, its ALPHA WOLF !
|
OFFICIAL IG : https://www.instagram.com/houseofcourage/
STUDENT BODY/CLUBS & SOCIETIES
There is currently only one student body in KYUEM, called
STUDENT COUNCIL
official ig :https://www.instagram.com/sckyuem/
- SC manage semua urusan related to student dan management
- Elections based system
Untuk clubs and societies ada banyak sangat. Some of them are :
Arabic Fellowship,
Badminton Club,
Chess Club,
Chinese Cultural Club,
Computer Club,
Creative Club,
Cultural Club,
Cycling Club,
Debate Club,
Film and Cinema Society,
Football Club,
Green Thumb,
Indian Cultural Club,
Japanese Cultural Club,
Malay Cultural Club (MCC)
Model United Nation,
But one yang paling famous dan besarrr (fakta, bukan bias haha), ialah
(to update)
MUSOLLA COMMUNTIY (MUSCOM)
official ig : https://www.instagram.com/muscomkyuem/
- MUSCOM uruskan aktiviti di surau dan program-program berkenaan Islam
- Ada committee tersendiri seakan-akan sebuah student body, tapi MUSCOM hanyalah satu society
- Terbahagi pada AJK tertinggi (HICOM) dan 6 Lajnah yang menjalankan tugas masing-masing iaitu
- Lajnah Tamrin Tarbiyah
- Lajnah Ibadah
- Lajnah Multimedia
- Lajnah Perhubungan Awam
- Lajnah Tugasan Khas
- Lajnah Ekonomi
Saya sendiri merupakan ahli MUSCOM tahun 2020-2021. Dan alhamdulillah saya rasa pengalaman saya sepanjang terlibat aktif dalam MUSCOM ni sangat-sangat menyeronokkan. At the same time dapat bantu diri sendiri dan bantu orang lain berkaitan agama Islam. Program yang kami jalankan setiap tahun sangat-sangat banyak dan fun! Antaranya :
1. RECRUITMENT DRIVE (SEM 2)
2. WIDA’ NIGHT & HANDOVER (SEM 2)
3. MUSLIM LEADERSHIP CAMP (SEM 2)
4. MUSLIM OVERSEAS CAMP
5. KYUEM OUTREACH (SEM 3)
6. SURAU OPEN DAY (SEM 3)
7. REHLAH AHLI MUSCOM
8. NUQABA’ TRAINING CAMP
(AWAL SEM 3)
9. LIQA’ AL MULK /
HADITH / MASTHURAT
10. KULIAH MINGGUAN
11.GOTONG ROYONG SURAU
12. QIYAM, IFTAR JAMAIE, SOLAT SUNAT
13. IHYA’ RAMADHAN
14. SAMBUTAN RAYA
15. FUNDAMENTAL AND BASICS OF INTERFAITH
Jom Sertai MUSCOM !
Gambar-gambar sekitar program MUSCOM :
(Ada entry separately tentang journey MUSCOM yang best2 inshaaAllah)
AKTIVITI DAN SAMBUTAN
- Annual college activities
- Induction Week
- KYUEM Summit
- Diwali
- Chinese New Year
- Aidilfitri
- Mooncake Festival
- Dialogues and Talks
- Sports carnival
- Health Awareness Week
- PetFam
- House Cup
- Swimming Gala
- KYUEM Outreach
- Colour Run
- Cultural Performance
- Malam Kebudayaan
- Cooking Competition
- Boria
- Parents Day
- Awards Day
- Clubs activities
- MUSCOM activites
Memang banyak sangat aktiviti tak tertulis semua disini. Joinlah mengikut kemampuan dan keperluan, untuk bantu release stress, create memories dan gain experiences. Tapi beringat jangan sampai terjejas study ;)
Banyak pengalaman baru saya dapat di KYUEM yang tak pernah lalui sebelum ni contohnya sambutan CNY. Saya baru tahu ooh begini lah budaya masyarakat Cina. Selama ini saya banyak duduk dalam kelompok Melayu Islam sahaja. Di sini saya mulai ada ramai kawan pelbagai bangsa dan agama. Indeed a treasurable experience for me.
COMMON CHALLENGES IN KYUEM
- krisis yang sering melanda pelajar disini ialah stress belajar.
Sebab apa?
Sebab semua students mengejar grade yang paling cemerlang, dan semua students datang dari background yang cemerlang di tempat/sekolah masing-masing. Setibanya di KYUEM, semua orang seperti anda. Semua orang hebat dan pandai. Jadi kadang-kala bila kita nak adapt di tempat baru dan sistem belajar yang baru, grade kita jatuh dan merosot, waktu itu kita akan rasa stress sangat. Sebab kita jarang merasakan kegagalan sebelum ini, tapi bila masuk sini, kita rasa pahitnya result jatuh tu. Sedangkan kawan yang lain semuanya 'kyasu' dan dapat result cemerlang. Jadi, jika keadaan ni berlaku, kita kena cepat-cepat cari penyelesaian dan usaha bangkit. Elakkan jadi stress berpanjangan mahupun depression.
Sebab semua students mengejar grade yang paling cemerlang, dan semua students datang dari background yang cemerlang di tempat/sekolah masing-masing. Setibanya di KYUEM, semua orang seperti anda. Semua orang hebat dan pandai. Jadi kadang-kala bila kita nak adapt di tempat baru dan sistem belajar yang baru, grade kita jatuh dan merosot, waktu itu kita akan rasa stress sangat. Sebab kita jarang merasakan kegagalan sebelum ini, tapi bila masuk sini, kita rasa pahitnya result jatuh tu. Sedangkan kawan yang lain semuanya 'kyasu' dan dapat result cemerlang. Jadi, jika keadaan ni berlaku, kita kena cepat-cepat cari penyelesaian dan usaha bangkit. Elakkan jadi stress berpanjangan mahupun depression.
Saya sendiri pernah lalui situasi macam ni, dan saya akui memang tak mudah, memang sakit. tapi ianya tak mustahil untuk kita atasi. hidup ibarat roda, kadang kita di bawah, kadang kita diatas.
bersyukurlah Allah bagi kita merasa dua-dua keadaan itu, agar kita tidak terlalu selesa bila diatas dan tidak berputus asa bila dibawah. Kita dapat memahami kedua-dua fasa hidup itu.
- Masalah kedua ialah culture shock.
Sebab apa ?
Dalam dunia pengajian tinggi, kebanyakan benda sudah menjadi semakin bebas dan longgar. Kita semakin lama semakin terdedah dengan pelbagai lapisan masyarakat yang datang dari pelbagai latar belakang keluarga dan pendidikan. Kita akhirnya keluar dari kepompong selesa kita selama ini, jadi pertembungan antara pelbagai jenis budaya kehidupan yang dibawa oleh setiap orang itu pastinya akan dirasakan impak pada kita.
Tak semua orang mampu masuk dengan semua orang.
Maka, carilah kumpulan kawan-kawan yang anda selesa untuk bersama. Dalam dunia kolej ni, tak penting pun untuk menjadi terkenal atau untuk berkawan rapat dengan semua orang. Choose your own circle and move forward. At the same time be kind and respectful towards others. Let people choose who they want to be with, what they want to do.
Jangan jadi seperti lalang, ikut sahaja angin yang meniup. Berdirilah tegak seperti pohon, akar mencengkam ke tanah, punya pendirian tetap, jangan mudah goyah dengan pegangan anda. Apa yang baik teruskan, yang kurang baik elakkan.
Above all, jangan tinggalkan agama. jangan tinggalkan Allah walaupun anda sudah bebas membuat keputusan.
Tiada lagi yang akan kisah kalau anda solat atau tidak. Jagalah dirimu, mohon penjagaan dari Allah. InshaaAllah anda akan berjaya dengan penuh barakah!
You guide yourself towards the better good.
BEST THINGS I GET FROM KYUEM
Friendship
Sungguh saya akui, saya sangat-sangat menghargai setiap masa saya di KYUEM dengan kehadiran kawan-kawan disini. Ukhuwah yang terjalin bukanlah bersifat sementara. Dengan penerapan dalam diri bahawa kita semua nak sama-sama berjaya dalam pencapaian dunia dan berjaya dalam menjaga hati dan agama, ikatan antara kami terasa sangat-sangat utuh!
Saya mengenali sahabat-sahabat yang sangat hebat, mereka ada bila saya perlukan mereka. Mereka turut gembira bila kita gembira. Sama-sama mengajak untuk buat benda baik, dan sama-sama menasihati bila tersalah langkah. Persahabatan yang sangat murni. Saya rasa beruntung sangat dapat mengenali mereka semuanya. InshaaAllah semoga frendship dan ukhuwah ni kekal sampai ke tua, sampai ke syurga.
Saya mengenali sahabat-sahabat yang sangat hebat, mereka ada bila saya perlukan mereka. Mereka turut gembira bila kita gembira. Sama-sama mengajak untuk buat benda baik, dan sama-sama menasihati bila tersalah langkah. Persahabatan yang sangat murni. Saya rasa beruntung sangat dapat mengenali mereka semuanya. InshaaAllah semoga frendship dan ukhuwah ni kekal sampai ke tua, sampai ke syurga.
'Setiap orang yang hadir dalam hidup kita itu bersebab.Tiada satu pun pertemuan yang sia-sia.Allah datangkan mereka sama ada untuk menguji kita atau memberi pengajaran untuk kita'
Berdiri di dunia nyata
Sepanjang belajar di KYUEM, saya belajar banyak sangat benda. Ibarat jendela terhadap realiti kehidupan diluar sana.
Saya mulai faham corak pemikiran manusia ini ada pelbagai-bagai macamnya.
Saya mulai sedar tak semua perkara yang nampak normal itu baik.
Saya semakin jelas bahawa tak semua yang ganjil itu buruk.
Saya semakin jelas bahawa tak semua yang ganjil itu buruk.
Saya mulai mencari sendiri kepuasan ilmu yang saya inginkan.
Sedikit demi sedikit saya belajar untuk berkawan dan bergaul dengan masyarakat majmuk, yang selama ini saya hanya melihat dari jauh.
Saya didedahkan dengan kesedaran tentang perjuangan hidup yang sebenar.
Saya banyak belajar untuk menghargai dan memberi.
Dan banyak lagi.
Namun, pengalaman masing-masing berbeza sepanjang mereka disini.
Bergantung pada diri sendiri, apa yang ingin dipelajari, apa yang ingin mereka lalui dan sertai.
Ada banyak jalan, pilihlah yang terbaik.
Pilihlah yang terbaik untuk kedua-dua dunia kita.
Saya pun baru sahaja separuh perjalanan disini, banyak lagi untuk ditempuhi. Semoga saya akan pilih jalan yang terbaik itu dan tidak terkabur lagi.
AKHIR KATA
- Sekiranya anda mempunyai peluang untuk belajar disini, rebutlah peluang itu. Manfaatkan sebaiknya, inshaaAllah dengan niat yang baik dalam menuntu ilmu, Allah akan memberikan ganjaran yang baik dihujung perjalanan itu.
- Tak dinafikan yuran KYUEM ni agak mahal, tapi ianya sangat berbaloi dengan wang yang anda keluarkan. Selagi mana anda manfaatkan sepenuhnya waktu disini. Dengan fasiliti dan nilai-nilai yang anda bakal perolehi disini, tiadalah ditemukan ditempat lain.
- Tak dinafikan yuran KYUEM ni agak mahal, tapi ianya sangat berbaloi dengan wang yang anda keluarkan. Selagi mana anda manfaatkan sepenuhnya waktu disini. Dengan fasiliti dan nilai-nilai yang anda bakal perolehi disini, tiadalah ditemukan ditempat lain.
- Jika anda pelajar yang ditaja/penerima biasiswa, gunakanlah rezeki dan kepercayaan yang diberikan kepada anda sebaiknya. Belajarlah bersungguh-sungguh dan rebutlah 1001 kebaikan disini.
- Saya harap setiap apa yang saya tuliskan disini dapat memberi kebaikan kepada pembaca-pembaca, tak kira dimana anda berada, siapa pun anda, ambillah yang jernih, buanglah yang keruh.
Tak semua yang baik saya tuliskan didalam entri ini, dan juga tak semua kekurangan saya khabarkan.
Realiti kehidupan sentiasa banyak hitam dan putih. Kerana itulah, positifkan diri ialah kunci kejayaan.
Terima kasih kerana sudi membaca sehingga ke penghujung entri ini. Saya doakan kejayaan yang penuh keberkatan buat anda inshaaAllah amin. :)
Wallahualam.
Boleh layari website rasmi KYUEM untuk maklumat lanjut seperti harga yuran dan lain-lain :
~ Hidup untuk berbakti, Bukan sekadar menikmati ~
Great contents! Really love it. You sure do inspire people. May Allah bless you.
ReplyDeleteAminn ya Rabb. Alhamdulillah thankyou for your kind words and du'a 😊
Deleteohhh gini rupanya kyuem. sangat membantu saya kak! terima kasih!
Delete