Biasiswa Yayasan UEM 2019/2020 - Tips Esei dan Temuduga

┏━━━━━━༻❁༺━━━━━━┓
Scholarships #2
┗━━━━━━༻❁༺━━━━━━┛

Berikut ialah pengalaman saya memohon biasiswa Yayasan UEM.
Sekarang alhamdulillah saya bergelar salah seorang penerima biasiswa ini dan saya amat berbesar hati untuk kongsikan  sedikit tips-tips permohonan, pengalaman temuduga (soalan bocor, mungkin?) dan kelebihan-kelebihan biasiswa ini.



Let's start from the basic.
UEM Group Logo.png


1. Apa itu UEM ?

UEM ialah singkatan bagi United Engineers Malaysia, sebuah syarikat korporat bertaraf global yang mempunyai kepakaran bisnes berorientasikan kejuruteraan. UEM mempunyai banyak anak-anak syarikat dibawahnya. Salah satunya ialah Yayasan UEM. Yayaan UEM ialah bahagian khas yang menguruskan kewangan syarikat termasuklah yang menguruskan pemberian biasiswa mereka.

Ketahui lebih lanjut di Wikipedia : https://ms.wikipedia.org/wiki/Kumpulan_UEM

2. Apakah jenis biasiswa yang ditawarkan?

Yayasan UEM menawarkan dua jenis biasiwa iaitu :
Link : http://www.uem.com.my/yayasanuem_scholarship.aspx

  • Biasiswa Renong Group (RG)
 - Ditawarkan kepada pelajar lepasan pra-U didalam negara (asasi, matriks, stpm, diploma)
  - Pengajian di IPTA di Malaysia 
  - Biasiswa penuh
  - Job bond dengan syarikat UEM selepas tamat pengajian 


  • Biasiswa UEM Scholarship Programme (USP)
   - Ditawarkan kepada pelajar lepasan SPM
   - Pengajian di universiti luar negara / Twinning programme (saya akan jelaskan lebih lanjut)
    - Biasiswa penuh
   - 5 tahun Job bond dengan syarikat UEM selepas tamat pengajian





━━━━━━━━┛ ✠ ┗━━━━━━━━ ━━━━━━━━┛ ✠ ┗━━━━━━━━
━━━━━━━━┛ ✠ ┗━━━━━━━━ ━━━━━━━━┛ ✠ ┗━━━━━━━━

!!! PENTING !!!

1)  Bagi pelajar lepasan SPM 2018 dan beberapa tahun sebelumnya, oleh sebab-sebab tertentu, selepas tamat A Level, pihak UEM akan hantar student fly hanya jika student dapat offer dari University of Oxford atau University of Cambridge sahaja. Jika dapat uni overseas selain itu, UEM tak hantar sepertimana dalam perjanjian.

 Tapi student boleh buat twinning programme, belajar di Foreign Local university separuh pengajian, dan tamatkan lagi separuh pengajian di luar negara. Foreign local uni ialah universiti yang kampus asalnya berada di luar negara, tapi ada branch di Malaysia. 
Contohnya : Nottingham University asalnya dari UK, tapi ada branch di Semenyih, Selangor. Curtin University, Southampton University, Monash University.


-Jadi contohnya course Engineering (2+2) total ialah 4 tahun, jadi akan belajar 2 tahun di kampus Malaysia dan 2 tahun di kampus luar negara. 
-Accounting/Finance (1+2)


2) Bagi pelajar lepasan SPM 2019 dan keatas, berdasarkan info yang saya dapat dari pegawai UEM, mereka akan tukar semula polisi dan benarkan student untuk terus fly ke university luar negara tak semestinya Oxbridge. Nanti checklah website UEM sekali sekala dekat2 result SPM tu.  Cuma mereka akan kurangkan bilangan student yang mereka nak ambik huhu. (Batch saya pun 6 orang je, kalau batch bawah dalam 5 orang)  Mungkin financial sudah makin kukuh kot. Alhamdulillah baguslah tu! Jadi rebutlah peluang ye adik-adik sekalian! 


━━━━━━━━┛ ✠ ┗━━━━━━━━ ━━━━━━━━┛ ✠ ┗━━━━━━━━
   ━━━━━━━━┛ ✠ ┗━━━━━━━━ ━━━━━━━━┛ ✠ ┗━━━━━━━━

3. Details ?

Saya telah memohon biasiswa USP pada tahun lepas (2018), jadi saya akan pergi lebih lanjut mengenai USP. Berikut ialah details tentang USP yang saya copy paste dari website ini.



Undergo a pre-university programme at Kolej Yayasan UEM (KYUEM) in Lembah Beringin, before furthering studies at renowned international universities operating in Malaysia.

Criteria

Applicant must meet all the below requirements
  • All applicants must be Malaysian citizens.
  • Proficient in English, hardworking, and possess positive personality traits.
  • An outstanding extra-curricular record will be advantageous to your application.
  • Excellent academic track record in Form 4 & 5
  • Obtained a minimum of 7As (A+/A’s) in relevant subjects in the 2018 SPM examinations
Terms
  • The applicant must have a good command of written and spoken English.
  • The applicant must not be bonded to other institutions or organisations.
  • The successful applicant shall not accept any other scholarships or forms of financial aid from other sources whatsoever while his/her agreement with UEM Group is still in force.
  • The successful applicants are subject to (i) the terms and conditions stated in the scholarship and bond agreement, which the successful applicants and respective guarantors are required to enter an agreement with UEM Group; and (ii) pass a medical examination at any one of UEM’s panel clinics/hospitals.
  • Each applicant is to bear all cost incurred in the course of applying for the UEM Group Scholarship.
  • UEM Group shall not be responsible or liable for any problem, loss or damage of whatsoever nature suffered by the applicant(s) due to any delay and/or failure in submitting his/her application online as a result of any network, communication or system error, interruption and/or failure experienced by the applicant’s internet service provider and/or by UEM Group.
  • All decisions of UEM Group in any matter in relation to the UEM Group Scholarship is final. Further correspondence will not be entertained.
  • All applicants are to complete the application form and to submit online before the closing date.
  • Shortlisted candidates will be notified for an interview.
  • Shortlisted applicants must bring his/her original certificates during the interview.

 

Preferred Discipline

The scholarships are available for any of the disciplines below:
  • Business
    • Finance
    • Business Management
    • Accounting
    • Economics
    • Marketing
  • Built Environment
    • Quantity Surveying
    • Town Planning
    • Land Surveying
    • Building Services
    • Building Management
  • Engineering
    • Civil
    • Mechanical
    • Electrical
  • Accounting & Business
  • Engineering & Architecture
  • Pre-University

Amount Info

The Scholarship covers full academic fees, subsistence, book allowances, equipment allowance (for non-business students) and a notebook.


 Am


4. Langkah-Langkah permohonan?

1. Pergi ke website ini : UEM Group Scholarship Programme 
  -Note : Sistem hanya akan dibuka apabila permohonan dibuka. Biasanya pada hari keputusan SPM diumukan.

2. Isikan semua maklumat diri, keluarga, maklumat akademik dan ko-kurikulum. Dan paling penting , dua esei. 
Pastikan lengkap sis, nanti masa interview round 1, mereka akan periksa semua sekali maklumat yang diisi dihadapan kita. Dan akan tanya dengan lebih detail. After you have completed everything, you will be required to download and print out the full form. It will look like this : 





3. Submit online form tersebut sebelum dateline dan berdoa lah bersungguh-sungguh. UEM hanya akan contact successful applicants via phone call. Manakala, pemohon yang tidak berjaya tidak akan diberitahu apa-apa, dalam erti kata lain, mereka akan terus senyap sunyi lebih dari 2 minggu dan biarkan kita mereput pilu, huhu. 
Jadi, sekiranya lebih 2 minggu dari tarikh tutup dan tiada sebarang phone call, anda bolehlah redha dan jangan tunggu lagi, teruskan doa semoga berjaya dalam biasiswa lain pula.

Bagi yang berjaya, tahniah ! dan bersedialah untuk sesi interview yang jujurnya agak mencabar. Bukan untuk menakut-nakutkan, tapi setelah pergi beberapa interview scholarship, interview UEM adalah antara yang palingchallenging bagi saya. Dari segi formality dan bentuk-bentuk soalan. Selain itu, interviewer juga bukan calang-calang orang, malah CEO Yayasan UEM turut turun sekali...

4. Interview Round 1 
Selepas lebih kurang 2-3 minggu dari dateline permohonan online

5. Interview Round 2 (saya akan ceritakan lebih lanjut pengalaman interview selepas ini)
2 hingga 3 minggu dari tarikh interview round 1 sekiranya anda berjaya masuk ke shortlist mereka.

5. Tips menulis esei 

General Tips :
- Draft esei anda dalam Microsoft Word dahulu
- Check grammar dan vocabulary sebaiknya sebelum submit
- Minta kawan atau guru untuk proofread dan komen pada esei anda 


Terdapat dua esei yang perlu ditulis dalam permohonan biasiswa UEM ini. Disebabkan saya percaya kebaikan patut dikongsi bersama, saya akan bagitahulah ye apakah dua soalan itu ;) Jadi anda dapat plan awal-awal nak tulis apa. Word limit bagi esei ini lebih kurang 300 patah perkataan.

a. Why do you choose the intended field of study and what is your study plan ?


Contoh-contoh ayat yang diberi adalah asli dari esei saya sendiri yang saya tulis didalam application saya, saya izinkan kalau ada yang ingin menggunakan ayat saya, tetapi anda perlu ingat bahawa, esei saya pun takadalah bagus mana haha dan kalau beberapa pemohon gunakan ayat yang lebih kurang sama, jadi interviewer akan perasan dan fikir anda hanya copypaste, jadi mengurangkan value application anda. Use it wisely ~


Saya dulu juga ada membuat rujukan di internet tips-tips tulis esei biasiswa dan study plan, jadi bagi soalan begini. 
  • Pertamanya tuliskan apa yang anda faham mengenai bidang yang anda apply itu                                                                                                                       Eg : Mechanical engineering is one of the broadest and oldest branches of engineering. They are needed in many departments and have contributed to society in many ways such as the energy solution.  
  • Apa kelebihan dan keperluan bidang tersebut kepada syarikat dan negara    Eg :  they helped society in innovating cost-effective products. They created better machines and processes that will reduce prices and pollutions. Above all, they are the leader of the society
  • Apa sebab-sebab personal yang mendorong anda untuk minat bidang itu     Eg : By reading the course curriculum available online, I have found that the subject material covered will..
  • Apa benefit yang anda, syarikat dan negara dapat kalau awak belajar bidang itu                                                                                                                      Eg : I believe wth the knowledge and skills I will gain throughout my studies, I can contribute ...
  • Untuk study plan, beritahu apa yang anda ingin achieve semasa dan selepas tamat belajar.                                                                                                    Eg : During the studying years, I plan to schedule my study time accordingly, as well as getting involved in the community. The overseas universities offer hands-on experiences....... Upon completing my studies, when I return to Malaysia I would apply my skills and hope to...
  • Akhir sekali, buat penutup dengan satu ayat yang power dan tunjukkan keyakinan dan semangat nasionalisme.                                                                     Eg:   It is my desire and passion to contribute my education and engineering skills in developing my country.  



b. Why are you a perfect candidate for the scholarship ?

Soalan macam ini amatlah cliche dalam permohonan biasiswa, tapi inilah soalan killer. Kat sinilah sponsors dapat menilai karakter, kelebihan dan kekurangan seseorang . 

You have to look knowledgable and confident at the same time keeping yourself down to earth.  Haa macam mana tu?

  • Mulakan dengan ayat yang neutral dan baik. Jangan start-off dengan kelebihan terus. Ini menunjukkan bahawa anda ada kekuatan dan kelemahan juga.               Eg :I profoundly agree that everyone has their individual values that differs them from the others. However, what really matters is how they manage to fully use their strengths and struggle to overcome their weaknesses to become a better version of themselves
  • Next, terus direct kepada kelebihan yang anda ada. Buat satu ayat simple yang rumuskan semua kekuatan anda , sebelum pergi details satu persatu dalam ayat seterusnya.                                                                                                             Eg : Some of the qualities that make me a worthy recipient of the scholarship are leadership, cognitive, spiritual, ....
  • Sekarang, buktikan bahawa semua qualities yang anda sebutkan diatas. Apakah events dalam hidup anda yang menyebabkan anda dapat sesuatu kekuatan itu? Ini contoh saya, gunakan pengalaman hidup anda sendiri. Sekiranya ada pengalaman volunteering, amat digalakkan !                                                  (Note : Sekiranya anda adalah seorang pelajar Tahfiz, jangan segan atau teragak-agak untuk selitkan maklumat dan sijil tahfiz anda ketika memohon biasiswa. Ianya inshaaAllah akan membantu ntuk meguatkan lagi resume anda. Namun, sentiasa ingat dan betulkan niat bahawaanda bukanlah ingin mempergunakan Al-Quran untuk tujuan peribadi, tetapi anda ingin memartabatkan Al-Quran dengan cara menunjukkan nilai-nilai baik. Dan menyerapkan Islam daam bidag-bidang professional dan membuktikan bahawa ilmu Tahfiz bukan setakat ukhrawi semata, namun juga berguna untuk bidang profesional. Saya juga telah merujuk pakar temuduga, katanya amatlah digalakkan untuk memasukkan Sijil Tahfiz dalam permohonan biasiswa)                                                                                                                                                Eg : I have gained soft and hard skills when I was the Head Girl of the Student’s Body in my secondary school especially skills in communications and leadership..                                      Eg :My experiences serving as a certified member of a non-governmental organisation, Aqsa Sounders and Aman Palestine , provided me huge opportunity to  ...                                                Eg : Moreover, I am a pure science student and was following the Tahfiz Model Ulul Albab syllabus. The memorisation skills and an excellent cognitive ability that I have would ensure favourable outcomes during my studying years 
  • Tuliskan harapan anda, juga selitkan nilai-nilai kenegaraan. Ingat, tujuan utama sponsors menanggung pembelajaran anda adalah supaya kelak anda dapat berbakti pada syarikat dan negara terutamanya.                                                           ( Note : Kita semua memang seharusnya ada sikap sebegini. Don't fake yourself just for the sake of a good essay. Niat anda penting, kerana Allah juga menilai kita. InshaaAllah dengan niat yang baik dan ikhlas, Allah mudahkan perjalanan hidup kita)                                                                                                             Eg : Therefore, I hope that the aspirations that I have for my family, country and the world would be achieved by taking the first step, studying Mechancal Engineering in the United Kingdom
  • Ayat penutup yang simple dan yang menunjukkan bahawa anda amat yakin dengan company sponsors                                                                                     Eg : I strongly believe that being one of the Yayasan UEM scholars is the best path for me and also for everyone, to start the career so we could serve the best for the nation.

Note : Semasa interview, biasanya akan ditanya lagi sekali soalan ini. Jadi interviewer dapat menilai kualiti anda, adakah anda hanya bagus dalam penulisan tapi awkward dalam berbicara? Adakah anda sebenarnya menipu tentang pengalaman-pengalaman anda? Jadi, be honest dan rangka elok-elok jawapan. Boleh gunakan jawapan yang sama dalam esei ketika sesi interview.


7. Pengalaman Temuduga

Jadi alhamdulillah, selepas lebih kurang 2 minggu, saya telah dipanggil untuk hadir ke sesi temuduga pertama di Mercu UEM, Kuala Lumpur. Berdasarkan info yang saya dapati (tak semestinya tepat), sekitar lebih 3000 orang pelajar yang menghantar permohonan online telah berjaya mauk ke sistem (maksudnya lepas semua basic requirement seperti 7A+ keatas), manakala yang ditolak sistem pun ramai.


~Interview Round 1~

Dalam 3000 tersebut hanya lebih kurang 150 orang sahaja telah dipilih untuk hadir ke sesi temuduga pertama. Ya, sangat-sangat competitive. Dan memang Allah yang dapat tolong kita dalan situasi macam ini, sebab semua orang cemerlang dan hebat! Doa dan tawakkal senjata utama.



Barang hardcopy yang perlu dibawa :
1. Slip SPM
2. Segala sijil akademik dan ko-kurikulum (original dan satu salinan certified copy)
3. Alat tulis


Dress code :
- Formal attire


Pada hari interview tersebut, sebenarnya saya perlu pergi ke dua sesi interview ! Pada waktu pagi di Menara PNB untuk duduki ujian bertulis biasiswa PNB, then habis je ujian itu saya terus rush ke Mercu UEM. Nasib baik interview UEM pada sebelah petang.

- Sesampainya saya disana, saya lihat ada seorang lagi pelajar perempuan yang dah sampai awal. Kami tunggu di lobi sebelum dipanggil naik ke tingkat 8. Waktu itu ada lebih kurang 10 orang pelajar yang hadir, semuanya saya tak kenal dan semuanya hebat-hebat belaka. Kami diminta untuk duduk dalam satu meeting room sebelum seorang staff mereka masuk dan berikan dua helai kertas.

'Haa...ada exam bertulis ke?'

Satu kertas ialah soalan English, untuk menilai tahap penguasaan Bahasa Inggeris. Senang sahaja soalan-soalannya, basics grammar dan comprehension.

Kertas kdua ialah soalan Add Maths SPM. Soalan-soalannya random dari topik-topik Tingkatan 4 dan 5. Ada yang sangat simple dan ada yang agak mencabar, yang penting anda perlu ulangkaji sikit supaya tak terkejut tengok soalannya nanti !
Jangan risau Cuba sahaja jawab walupun tak pasti betul atau salah 😂 

- Selepas itu, bermulalah sesi temuduga secara individu  'one vs three'. Tiga pegawai Yayasan UEM akan menemu duga anda, dan ketika itulah mereka akan menilai satu persatu sijil yang anda bawa hardcopy.


-Bahasa yang digunakan semasa temuduaga ialah Bahasa Inggeris, tapi sekiranya anda tak confident sangat dengan English, atau terstuck kat mana2 perkataan, boleh selit-selit je Bahasa Melayu. Interviewer akan lebih rasa terganggu jika anda terus senyap berbanding anda gunakan Manglish.


Setelah bagi salam dan masuk ke dalam bilik temuduga, minta izin untuk duduk dan kemudian mereka akan memulakan perbualan. Soalan pertama yang saya ingat ialah , mereka meminta saya memperkenalkan diri dan background keluarga. To my surprise, pegawai UEM tanya sangat details tentang keluarga saya, mereka ingin tahu bagaimana corak akademik keluarga, satu persatu ahli keluarga saya diminta untuk ceritakan background pengajian/pekerjaan mereka. Saya sedaya upaya ceritakan dengan jujur dan padat.


Sentiasa senyum dan tunjukkan muka yang penuh minat dan ceria serta aura positif sepanjang temuduga, walaupun interviewer anda berwajah bengis! (tapi jangan risau pegawai UEM semuanya ceria belaka)

Semakin lama masa berlalu, conversation dengan interviewer menjadi semakin menarik dan santai. Pada pendapat saya, temuduga pertama ini lebih kepada ingin mengenali peribadi pemohon tersebut dengan lebih dekat. Bagaimana attitudenya, kejayaan yang pernah dicapai, kisah hidupnya dan sebagainya.

Sepanjang itu, salah seorang pegawai UEM semak sijil-sijil yang saya serahkan pada mereka sambil bertanya apa-apa yang mereka ingin tahu dengan lebih lanjut.
Contohnya, saya ada sijil peperiksaan Bahasa Perancis DELF A1 yang saya ambil pada tahun 2017, jadi beliau minta sedikit details tentang peperiksaan itu.



Beliau juga meminta untuk saya ceritakan tentang Sijil Tahfiz Malaysia, bagaimana saya dapatkan sijil tersebut, apa program tahfiz yang pernah saya ikuti. Alhamdulillah saya bersyukur sebab pegawai-pegawai tersebut kelihatan berminat dengan kelayakan tahfiz ini, sedangkan sebenarnya saya sendiri agak gundah dan risau sekiranya sijil itu menimbulkan sebarang isu sensitif seperti dilabel sebagai isu agama. 
Mungkin juga kerana syarikat UEM Group ini dipelopori oleh orang-orang Melayu Islam, jadi mereka positif dengan kelayakan tahfiz. Yang penting kita tetap ada kelayakan SPM dan akademik yang setara.

Antara soalan lain yang ditanya ialah, pengalaman kepimpinan di sekolah, pengalaman volunteering dan juga apa yang menjadi inspirasi untuk saya teruskan belajar hingga ke peringkat tinggi. Saya memang luahkan sejujurnya sebenarnya apa yang menjadi sumber inspirasi saya, sehingga saya rasa saya bercakap tak berhenti selama beberapa minit, tak ingat dunia dah hehe. Tapi semua pegawai UEM itu sangat menumpukan perhatian dan tertarik untuk mendengar bebelan saya (terharu). Sebelum saya beredar, saya bersalaman dengan pegawai perempuan dan mereka juga sempat titipkan doa buat saya. Ya Allah baiknya mereka :')
Bila saya melangkah keluar, member lain yang sedang tunggu giliran mereka semua terkejut sebab saya lama sangat kat dalam tu , lebih 30 minit. Average orang lain lebih kurang 15 ke 20 minit sahaja. Saya pun tak perasan saya lama huhu tapi alhamdulillah saya lega.

Tibalah masa untuk tawakkal dan doa yang terbaik.

Tips :

- Senyum, positif

- Confident dalam menggunakan Bahasa Inggeris

- Selitkan sedikit sense of humour

- Hanya bawa sijil-sijil yang penting dan relevan, quality not quantity

- Jaga adab dan jangan berlagak atau over confident

- Highlightkan kisah hidup anda yang unik dan menarik supaya inteviewer akan ingat anda


~Interview Round 2 (Final)~

Selang beberapa minggu kemudian saya dapat panggilan telefon dan alhamdulillah saya dipanggil ke sesi interview kedua/terakhir. Inilah peak point dan paling mencabar sekali. 

Sesi temuduga dibahagi kepada 4 bahagian :
1. Essay writing
2. Group discussion with board of panels
3. Individual 2 minutes video recording (self-promoting)
4.Group interview with board of panels

(Semua sesi interview mereka record dengan kamera, mungkin untuk reference dan penilaian)

Haaa.. Nampak tak? Formality level dia memang sangat tinggi. Unlike interview sebelum ini dan juga interview biasiswa lain yang biasanya agak santai, interview ini melibatkan individu-individu berjawatan tinggi dalam syarikat mega UEM Group ini. Dari pagi seawal jam 8 saya perlu sampai ke Mercu UEM,  lebih kurang jam 3 petang baru selesai semuanya.



-Kami diberi taklimat dalam auditorium, lebih kurang 15 orang yang hadir dan kami dibahagi kepada 3/4 kumpulan (saya tak ingat). Setiap kumpulan akan dapat tajuk berbeza yang perlu ditulis esei secara individu dalam masa 20 minit. Sehelai kertas diberikan. Soalannya agak high level dan beruntung bagi orang yang rajin membaca isu-isu semasa dunia dan isu negara.

Saya dan team dapat soalan yang paling bahaya (soalan macam ni... kalau saya tak berhati-hati boleh termasuk isu politik which is a BIG NO to mention it dalam essay). Kumpulan lain ada yang dapat tentang isu feminism etc.

Do you think Malaysia is a corrupted country and what _______ (tak ingat, something like related bodies) can do  about it. 

Huhu saya tak pasti tapi saya goreng sajaaa dan cuba berhati-hati dalam penulisan saya supaya tidak nampak terlalu negatif atau terlalu positif . Saya pun tak pasti nak tulis apa sebenarnyaa T_T  Corruption is a very general word. Ada financial corruption, moral etc2. Saya cuba kekal tenang dan teruskan menggoreng. Dah habis masa, Abang Aiman (one of pegawai dalam Yayasan UEM, saya kenal nama beliau pun setelah mula belajar di kyuem) datang kutip essay kami.

Kami bergerak ke meeting room, tempat sama semasa Interview round 1 dan menunggu masa untuk masuk ke bilik interview untuk Group discussion with board of panels, mengenai tajuk yang sama dengan esei yang kami tulis tadi.

Jangan cepat rasa tergugat dengan orang lain, cuba yang terbaik dan back to ALLAH, rezeki masing-masing.





- Kami diberi nametag macam kat dalam gambar ni haa, jadi nanti masa interview berkumpulan, kami letakkan nama ni kat depan masing-masing, supaya mudah interviewer nak kenal. Kumpulan saya yang last sekali, jadi sepanjang itu, saya habiskan masa dengan google-google tentang corruption di Malaysia dan usaha-usaha kerajaan untuk banteras. Jadi time itulah baru saya faham betul maksud soalan tu (entah apa lah saya merepek dalam essay tadi). Saya baca tentang National Anti-Corruption Plan (NACP) dan lain-lain.

While orang lain ramai yang pilih untuk bertenang, berkenalan dan bersosial sesama sendiri, saya pilih untuk duduk di hujung sekali bilik dan saya nekad untuk fokus kumpulkan isi dan hujah sebab saya sendiri tahu yang saya tak boleh nak sembang time tu, saya perlu bersedia. Saya minta maaf ye kawans kawans, saya bukan sombong, tapi saya risau tak tahu nak jawab apa nanti.


Kumpulan kami dipanggil, saya seorang sahaja perempuan dan seorang sahaja Melayu. Jadi, of course ada sedikit kerisauan hadir dihati tapi tak apa redha dan tempuh sebaiknya!
Kami 5 orang ada 5 kerusi, kebetulan saya duduk di tengah-tengah ada sedikit advantage sebenarnya sebab microphone dan camera memang hanya ada di tengah-tengah. Suara saya pulak memang tak tahu kenapa tapi agak perlahan bila bercakap, tambah dengan nervous lagi.. jadi tak perlulah saya usaha kerasa sangat kuatkan suara hehee, mic kan ada.

Di depan kami duduknya 5 individu hebat. Antaranya Puan Aishah, CEO Yayasan UEM, wakil dari UEM Edgenta dan pegawai UEM lain yang saya kurang pasti jawatan mereka.  Disebabkan ini group discussion, jadi mereka membiarkan kami pelajar yang memulakan perbincangan. Start dari orang first, kami masing-masing point out apa yang kami faham. Macam forum je gayanya.
Masa itu saya bersyukur sangat sebab dah baca agak banyak berkenaan isu ini tadi, jadi alhamdulillahsaya dapat bagi point yang agak strong (kotlah ahaha)

"From the question, I can understand that....... In my opinion, Malaysia has...... Based on my reading......"

Tapi saya tak berapa bercakap banyak sangat kali ini huhu yang mana memang membuatkan saya risau, tapi saya berpegang pada QUALITY NOT QUANTITY. Yang penting saya yakin saya bagi facts yang betul dan padu, tak membebel benda tak perlu.


Antara tips yang saya boleh kongsi sedikit ialah, boleh cuba 'debate' kan point yang member lain bagi kalau ada kesalahan, dan betulkan dengan facts yang betul. Contohnya masatu ada seorang member saya ini, dia kata government dan related bodies perlu sedar dan mula buat suatu stratergi untuk atasi masalah corruption. Then sebab saya memang 100% pasti facts saya betul, bila tiba giliran saya, saya beirtahu bahwa actually memang kerajaan dah ada plan anti-corruption lama dah, which is NACP. Dan saya beri details sikit tentang NACP.  Cuma NACP ni belum berjaya untuk selesaikan isu corruption dengan menyeluruh lagi.

Walau apa pun, kita perlu jaga bahasa dan adab. Bukan menjatuhkan, tapi membetulkan.

Intrviewers yang berjawatan tinggi itu, sangaaaaatlah sempoi dan sporting. They looked very classy but humble and friendly.

Last sekali, one of them tanya soalan maut, 
" So, do you think Malaysia is corrupted?"

 Karang kalau cakap ya, macam condemn kerajaan pulak. Kalau cakap tak, nampak sangat menipu nak jaga hati sangat huhu. Kami terdiam haaa takut dan terketar juga nak jawab apa niiiii.... Kami semua sekadar cuba jawab berbasa-basi penuh lapik sana sini, takut. >,<

Then, the interviewer chuckled and said,
"Come on, the fact is Malaysia is BLOODY CORRUPTED !"
Memang riuh kami ketawa dalam tuuu... Lahhh kalau tahu sempoi macamnii, awai-awai lagi kami jujuq hahahaha.

Dalam 20 mins , selesai. Kami keluar dan pergi ke bilik lain untuk Individual 2 minutes video recording 



- Dalam satu bilik yang lengkap dengan kamera canggih, mini microphone dan camera crew, kami dikehendaki untuk bercakap selama dua minit di hadapan kamera. Isinya lebih kepada self-promoting. 

 Di hadapan kamera, bila sudah bersedia, crew itu akan mulakan rakaman dan kita briefly perkenalkan diri dan jawab dua soalan yang diberi awal-awal sebelum mula record. Video tersebut akan digunakan/dilihat oleh panel untuk menilai.

 Soalannya berbunyi lebih kurang, 

what do you expect to get from this interview session ,

why do you think you are the most deserval candidate for this scholarship ?

Tips : Padatkan speech, clear pronunciation dan fluent.



Next, Group interview with board of panels.



- Masuk balik dalam bilik tadi, jumpa lagi sekali interviewer hebat-hebat tadi. Kalini, soalan-soalan mereka lebih direct. Mereka banyak tanya tentang course apa yang kita nak ambik dan kenapa. Apa kelebihan course tu. Apa added value yang awak ada yang membuatkan awak layak dapat biasiswa UEM.

Mereka memang nak dengar details dari setiap seorang, masa inilah terasa sedikit pesaingan antara groupmate. Masing-masing cuba promote diri sendiri. Yes, kita memang perlu jual diri ketika itu, tapi jangan jatuhkan orang lain. Support orang lain .
Contohnya, bila member tu bercakap, kita pusing kerusi dan pandang, fokus pada dia. Show respect! 
Bila member cerita pada interviewer tentang kejayaan/achievement dia dapat/kelebihan diri dia, kita tunjukkan rasa kagum dan support member tu. Cukup dengan angguk-angguk kepala dan ekspresi muka yang kagum dengan dia. Tak perlulahhh tepuk tangan cakap wow ke apa.. Over namanya itu. :'D

Then, interviewer tanya , :If you do not get this scholarship, what is your plan?:
Macam-macam jawapan diberikan oleh groupmates, jadi saya jawab dengan jujur yang saya dah dapat offer nak masuk Asasi Sains Fizikal Universiti Malaya. Tak pun tunggu tawaran MARA.

Masa inilah saya rasa sangat seronok sebab dapat duduk sebilik dengan orang hebat-hebat dari seluruh negara. Terasa kecil je kat situ, tapi bangga dengan kawan-kawan  yang power. Dan kagum dengan pegawai-pegawai UEM yang hebat dan humble! Membuatkan saya membuak-buak rasa teringin nak dapat biasiswa ni, teringin nak bekerja dengan syarikat ini nanti. Such a positive and happy environment.


Around 30 mins later, semuanya selesai. Saya berpeluang bersalaman dengan pegawai perempuan dan beredar.. Balik ke rumah naik MRT , penat.

 Jujurnya, saya tak rasa confident langsung dan agak ragu-ragu dengan prestasi saya masa interview. Saya tak letak harapan yang tinggi sangat pun sebab semua yang hadir interview semua hebat! Kalau saya jadi interviewer pun pening nak pilih siapa. Lagi-lagi saya apply bidang engineering, ramai yang datang interview itu tadi lelaki dan apply engineering juga. Saya yang perempuan ni, boleh ke mereka percayakan saya untuk ambil engineering? Sedangkan ramai lagi lelaki yang ingin merebut tempat yang sama. Maka, saya cuma tinggal untuk tawakkal dan redha. 


وَعَسَىٰ أَن تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ ۗ وَاللَّـهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (QS. Al Baqarah: 216).




Lama selepas tu, dalam bulan Julai, waktu itu saya dah terima tawaran MARA dan sedang belajar A Level di Kolej MARA Banting. Minggu ketiga disana, dalam kelas Chemistry, sedang khusyuk belajar tiba-tiba handphone saya berbunyi (habislahhh sebab cikgu Kimia saya agak sensitif bab-bab hp ni, memang pantang kalau guna hp dalam kelas. tapi bab lain memang beliau sangat baik). Bila saya tengok number phone yang tertera, nombor korporat. saya sangat sangat terkejut dan berdebar sebab saya kenal itu nombor siapa dan dari mana  (jeng jeng jeng...) Adakah berita baik atau buruk yang akan saya terima ??

Jadi, saya terpaksa juga minta izin cikgu untuk keluar kejap dan jawab call, alhamdulillah cikgu izinkan.
Sebaik saya jawab call itu, dari suara pegawai di hujung talian, saya kenal sangat suaranya (pegawai yang uruskan hari temuduga) dan dengan nada yang sangat ceria, beliau khabarkan suatu kegembiraan buat saya. :)

Alhamdulillah, pihak Yayasan UEM yang call dan beritahu bahawa saya telah terpilih untuk UEM Group Scholaship Programme tu. Rasa nak sujud syukur time tu jugak sebenarnya. Daripada beribu-ribu pelajar yang apply, saya rasa sangatlah kecil potensi saya, namun alhamdulillah Allah hadiahkan sedikit rezeki buat saya kali ini.

Dalam masa yang sama, saya sedih juga untuk tinggalkan KMB. Walaupun 3 minggu je kat sana, tapi bonding dengan kawan-kawan dan cikgu-cikgu memang akrab. Saya sayang mereka semua T_T

Banyak kali saya istikharah dan doa minta petunjuk sebeum buat keputusan untuk pilih UEM dan seminggu selepas itu, dengan izin Nya. saya daftar diri ke program A Level di Kolej Yayasan UEM (KYUEM) . Batch saya dalam UEM Scholarship Programme ini dinamakan USP15 (batch yang ke 15). Sebenarnya ada 15 orang yang berjaya ditawarkan biasiswa ni, tapi hanya 7 orang yang terima. Selebihnya mungkin ada yang sudah terima tawaran biasiswa lain seperti petronas dll.

Sehinggalah kini, saya sedang belajar di KYUEM. Currently baru nak masuk second semester. Saya akan belajar 2 tahun disini (4 sem) sebelum ke univerisiti. jadi, doakanlah saya ya semoga dimudahkan untuk belajar dan cemerlang dalam AS dan A2 yang tak lama dah!

But I promise you, being one of the UEM scholars is one of the best experiences  that I  have and will be having more in the future, syukur ke hadrat Ilahi. When you are one, the relationship and the bond you have with the people in UEM, you are like a part of the family, not just an asset of the company.

Saya kongsikan sedikit episod manis hidup saya ini bukanlah untuk berbangga diri. Hanya sekadar berharap dapat memberi sedikit panduan untuk pelajar di luar sana terutama lepasan SPM.  Semoga entri ini bermanfaat untuk anda :)







Quick welcoming dinner to the newe batch USP16 at cafe KYUEM. 3 orang saja batch USP16, don't worry we have each other :)



2023 Yayasan UEM Excellence Camp with scholars from all batches from different uni at Bukit Merah Laketown Resort

I tried kayaking for the first time with them :)

These are USP students (overseas scholarship program). From 5 different batches i think

My group during team building

The group. Some of them studies at UM, UPM, USM etc. 


They love Manchester United so our group theme is somehow that vibe haha



Semester 4 batch USP15











Comments

  1. thnks for info but nk tnyer, kalo twinning programe tu tak boleh ke kalo nak gi negara selain uk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehh :)
      Caranya, pilihlah universiti yang campus asalnya terletak di negara selain UK, dan ada tawarkan course yang awak mahukan.

      Contohnya, Monash Uni di Subang jaya, campus asalnya di Australia. Jadi awak berpeluang fly ke Australia utk 2 tahun akhir pengajian nanti.

      Ataupun Xiamen Uni di Serdang campus asalnya di china. Jadi awak bolehfly ke China.

      Harap menjawab soalan :)

      Delete
  2. well done kak zunnur!!! im so proud of you 👍🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haii Alya Zahh hahaa alhamdulillah doakan perjalanan hidup kak zun yaa semoga dimudahkan.
      Selamat maju jaya Alya !! :)

      Delete

Post a Comment

“Value those who give you constructive criticism, because without them doing so, you will never reach the peak of what you are doing.”
― Unarine Ramaru