The End of KY Journey





Hujan rintik dan angin lembut membelai, sebaik sahaja saya melangkah keluar dari Great Hall usai selesai kertas terakhir peperiksaan A2 Level, rasa tenang yang amat sangat menerpa setelah 2 tahun berusaha inilah momen yang diperjuangkan, namun perasaan hiba lebih menguasai diri, hiba mengetahui bahawa perjalanan saya disini akan berakhir tidak lama lagi, hiba meninggalkan tempat yang penuh jatuh bangun tangis dan tawa. Juga hiba bakal meninggalkan dan ditinggalkan. Alam pun ibarat memahami perasaan saya pada waktu itu. 

                        
Dalam perjalanan balik ke chalet selesai exam akhir

Berjalan dalam renyai hujan sambil mula fikirkan apa plan nak
buat sepanjang cuti sebelum masuk degree nanti



Selang 2 hari lagi saya akan pulang ke rumah, jadi hari-hari terakhir ini banyak saya luangkan masa dengan kawan-kawan, kerana saya tahu bahawa saya tidak tahu adakah saya akan berjumpa lagi dengan mereka, mereka bakal terbang jauh beribu batu ke pelbagai daerah dunia tidak lama lagi. Jikalau diberi rezeki saya berharap sangat dapat menyusul kemudian 2 tahun lagi, namun kami semua bakal menempuh perjuangan berbeza, universiti berbeza, tempat berbeza. Adakah takdir akan menemukan kami semula? 

ramai lagi sugarsyurgas yang takada dalam gambar



Sebenarnya ada 3 sebab saya ambil keputusan untuk pulang awal ke rumah dan menamatkan episod hidup di ky ini dengan lebih cepat. Pertamanya, demi keselamatan semua kerana covid sudah mula merebak di kolej, jadi kami dinasihatkan pulang jika sudah selesai exam. Keduanya, saya perlu ikuti beberapa medical procedure dan appointment dalam masa terdekat ini jadi lebih mudah jika saya di rumah. Dan ketiganya, biarlah Allah sahaja yang tahu sebabnya haha.

declaration form of withdrawal from college, alhamdulillah tak sangka
pejam celik dah 2 tahun belajar kat sini




Malam itu, sempat saya solat berjemaah dan baca yaasin dengan kawan2 di chalet, haha iya, indah betul bersahabat dengan mereka. Berpisah kami dengan iringan doa buat masing-masing. Masuk waktu isyak, saya ditolak-tolak untuk jadi imam isyak hahaha aduhai.. Baru2 ni saya jadi imam solat sunat hari raya Aidilfitri dgn mereka kat chalet (disebabkan pkp, muslimat tak boleh hadir ke surau) , nervous dia tu mashaAllah sampai surah al-fatihah pun saya tersalah! >.< Barulah saya faham sikit perasaan jadi imam dan semakin rasa kagum hebatnya imam-imam kat surau dan masjid. Bukan senang ya... Okay back to that night, sepanjang saya mengimamkan solat isyak tu, hati saya rasa macam terbelah2, sedih sangat2 sebab dah nak berpisah. Sampaikan saya mengalirkan air mata dalam sujud terakhir. Mungkin itulah sujud terakhir bersama dengan mereka. Selesai solat, izzah genggam tangan saya, dan izzah lead zikir wirid sebab saya sudah tak mampu menahan tangisan. Kemudian, saya dengar sayup2 di belakang pun ada yang menangis, Allahu semakin hiba hati saya. :(

 Saya tak tahu nak cakap macam mana, tapi... Allah hadirkan mereka tepat pada masanya, mereka yang banyak sedarkan diri saya untuk betul2 hargai nikmat kehidupan, untuk berusaha sendiri, mencari ikhlas utk dekatkan diri dengan Allah sambil berusaha untuk mencapai impian. Masing-masing dari latar belakang yang berbeza, tapi matlamat yang sama dan saling menasihati. Kami ni pun sama macam semua, normal sahaja, galak-galak juga, banyak saja lagha ketawa buat benda-benda entah apa-apa dan merapu, have fun, tengok movie, nyanyi2, masak-masak. Tapi alhamdulillah sentiasa ada antara kami yang akan ingatkan batasan agar berpijak dibumi yang nyata.


Last moment in ky, my graduation day haha

Yaa jubah graduasi saya ialah jubah abaya hitam itu je haha. Batch kami (ky 22.0/.5) agak senasib dengan batch sebelum iaitu kami tidak berpeluang merasa Awards Day/Graduation Day, kerana seluruh negara dalam total lockdown berikutan peningkatan mendadak kes covid19. Iya benar, sejak 2019 sehingga kini masih belum reda wabak covid19 dari negara ini, semoga Allah mengangkat ujian ini dengan segera, amin...


Bila saya scroll semula gallery handphone start dari induction week sehinggalah saya mula terlibat dengan muscom, dan kemudian berakhir dengan peperiksaan A2 di sem 4. Macam-macam jadi rupanya ya haha. Kemudian saya ter-recall semula benda-benda yang kelakar dan memalukan pernah terjadi antaranya terjatuh tangga depan Dining Hall di khalayak ramai, tersalah masuk class senior, seludup wahing machine malam-malam,  kejadian di surau ... dan banyak lagi.. Haha itulah benar kata orang, face it first, you'll laugh later.


Saya sangat hargai dan syukuri rezeki Allah tempatkan saya di ky, benarlah pilihan melalui istikharah itu tersimpan 1001 hikmah dan barakah.

Waktu saya perlu buat pilihan sama ada stay di kmb ataupun pindah ke ky, teramat berat untuk saya buat keputusan. Sebabnya, kalau saya stay di kmb, saya ada peluang untuk fly awal iaitu lepas habis A-Level boleh terus fly ke UK macam semua orang. Dan saya dapat ambil course yang saya minat waktu itu 'aeronautical engineering'. Saya pun dah rapat sangat dengan classmates, ada usrah kat kmb yang saya follow, teachers yang sangat baik. Saya rasa saya sudah sangat selesa disitu, walaupun accommodation kmb agak run-down dan bilik dia serius sangat panas sebab cuaca selalu terik, tapi saya okay je, saya suka kat situ. 

Bilik saya di kmb, haha sepah sikit sebab ni hari pertama masuk baru nak kemas barang. Agak sempit kan, kalau salah seorang nak solat di ruang tengah tu, seorang lagi tak boleh nak bergerak kemana2 dah hahaa


view dari balkoni surau kmb

my class, AE19D

simpan buat kenangan 




Kalau saya pindah ke ky, syarat biasiswa ialah saya tak boleh fly selepas A-Level. Saya hanya akan ikuti twinning program, jadi tahun 3 baru saya boleh fly itu pun kalau saya berjaya capai minimum requirement sewaktu 2nd year. Course pula saya boleh pilih antara mechanical, civil dan electrical sahaja 

(tapi alhamdulillah pilihan saya kini untuk ambil civil betul2 pilihan yang lebih baik berbanding aeronautical/mechanical, dan saya sedarinya sekarang di samping sesuai dengan minat dan kemampuan saya yang terbatas. Saya juga sangat bersyukur dgn twinning program ni sebab saya sebenarnya kurang sihat sekarang dan masih dalam rawatan, jadi saya ada masa lebih 2 tahun di Malaysia untuk teruskan rawatan. Kalau saya fly selepas A Level, mesti susah nak continue treatment. Alhamdulillah semuanya ada hikmah 😇)

Walaupun secara luaran nampak ky ni macam 'gah' sikit bangunan dia, bilik dia lebih selesa, tapi hati saya susah sangat nak bertukar tempat. 

Sehinggalah saya cuba beristikharah bersungguh-sungguh dan saya mula terbuka hati untuk pilih pindah ke ky. Jawapan istikharah saya sebenarnya melalui gerak hati yang meletakkan prioriti untuk meringankan beban umi ayah dan keluarga. Jadi saya nampak security dari segi 'bebas hutang' dan guaranteed job bond dengan uem. Umi ayah sentiasa support ke mana sahaja saya mahu pergi, apa sahaja saya pilih. Namun, saya boleh sense yang ayah saya sebenarnya sangat suka kalau saya pilih uem, jika melalui point view seorang engineer haha. 

Namun, istikharah itu pasti datang dengan ujian juga, untuk menilai tahap mana kita yakin dan tawakkal pada Allah apabila kita telah buat keputusan.
Saya mula diuji macam-macam terutamanya melibatkan kesihatan saya waktu itu sehingga saya rasa macam terhalang-halang jalan saya nak ke ky. Seolah-olah petanda untuk saya give up dan stay sahaja di kmb. Antaranya, saya hampir tak lepas medical check up atas beberapa sebab, beratus-ratus ringgit umi ayah terpaksa berhabis demi prosedur yang perlu saya lakukan untuk kesihatan saya. Saya sedih sangat, sebab waktu itu saya juga sudah tarik diri dari kmb, kalau tiba-tiba saya tak cukup sihat untuk ke ky, ke mana saya nak pergi? :'( Tapi saya cuba kuatkan semangat dan berdoa semoga Allah angkat kesukaran ini.

Ringkasnya, alhamdulillah akhirnya saya 'disahkan' cukup sihat dan lulus medical check up. Dan few other simpulan masalah mulai terlerai satu demi satu sehingga tiba hari saya mendaftarkan diri di ky.

hari pendaftaran ky 2019


time ni happy sgt sbb dapat villa tingkat bawah betul2 tepi parking ni
mudah nak angkat barang



 First impression? Haha of course ada sedikit kejutan budaya sepanjang saya melalui 'adjusting period' di ky. Macam-macam ujian, dan memori pahit juga menimpa saya yang betul-betul menguji kekuatan dan kesabaran. 


Okie saya cerita sikit lah ye, sekadar untuk kenangan dan pengajaran haha.

Hmm, menjadi seorang yang bertudung (labuh) selama ni saya rasa selesa sahaja walau kemana saya pergi. Tapi semasa awal-awal di ky, saya dapat rasakan ada beberapa orang yang macam judge pemakaian saya atau kinda pandang rendah pada pakaian saya atau hmmm tak tahu nak cakap macam mana.. Tapi saya pernah kena jeling atau di pandang atas bawah kerana pemakaian saya yang seolah-olah aneh atau jelek di mata mereka.

 Waktu HAW (health awareness week, mcm minggu sukan padang dan balapan), saya wakil untuk long jump/lompat jauh (sampai sekarang saya menyesal join hahaha).
Pada hari kejadian just before my turn untuk lompat, ada seorang sister ini (semoga Allah merahmatinya dan dikurnia hidayah selalu amin ya rabb), she came up to me in front of the crowd then she said,


"Kejap, awak ni boleh ke lompat dengan baju macam ni?"


Orang sekeliling yang nampak dan dengar semua pun terdiam. Saya kat situ lagilah nya hahaha... Saya terdiam dan mampu tunduk je malu sangat dengan semua orang. Saya cuma pakai baju jersey labuh sampai lutut dengan tudung sarung hitam je... Itupun saya rasa macam dah singkat tudung tu actually hahaha berbanding yang saya selesa pakai setiap hari. 

Saya lebih terkejut sebab saya tak jangkakan kefahaman/pemikiran sebegitu comes from a Muslim Malay yang bertudung juga.

Kemudian, kebetulan female housecapt saya ada di situ, few days sebelum tu saya turun training dengan housecapt tersebut jadi kami dah saling berkenalan. Alhamdulillah, dia datang dan back up saya yang sedang terpinga-pinga hahaha.

"Yes, she's fine. She can do it"

Fyi, housecapt saya ni belum bertudung, tapi hatinya baik sangat dan jauh lebih memahami mengenai pakaian dan aurat. Dia terus tenangkan saya dan beri semangat untuk teruskan game. Dia yang minta maaf for what has happened walaupun bukan salah dia pun dan saya okay tak apa saya faham je.. Sister tadi pun berlalu pergi dan semua crowd yang menyaksikan situasi itu pun memahami dan buat seolah-olah tiada apa yang berlaku. Jujurnya, pastinyaa saya rasa sedih dan discouraged. Tapi saya habiskan juga game saya waktu itu dengan semangat yang longlai dan cuba menebalkan muka. Saya malu sebab apa yang terjadi, tapi sebenarnya lebih malu lagi sebab rupanya ada students lelaki juga yang jadi spectators hmm. Saya tak terfikir langsung kolej campur ni akan campur juga sports dan saya sangat tak biasa sports campur dengan lelaki.

Jadii, sudah tentunya saya kalah dalam match tersebut hahaha.
Tapi, saya pun dapat pengajaran dan ibrah dari apa yang terjadi. Kita harus yakin dengan pendirian kita menutup aurat, dan masyarakat juga ada pelbagai tahap kefahaman tentang aurat, tugas kita untuk tunjukkan contoh dan nasihat, perlu sentiasa bersabar, jangan judge orang lain sesuka hati kita dan cuba fahami orang lain.


However, despite pengalaman-pengalaman yang tak berapa nak manis ni di awal perjalanan di ky, along the journey, Allah juga hadiahkan saya dengan hikmah dan rahmah yang tidak terhingga di ky. 

Saya mula discover satu demi satu hikmah yang Allah simpan, mungkin berkat istikharah dan doa sebelum itu, juga doa keluarga dan orang sekeliling.

Antaranya saya jumpa support system yang sangat kuat, circle of friends yang sangat hebat, saya pun berpeluang sertai kumpulan usrah yang amat kukuh dan indah, jauh lebih indah dari yang saya pernah join sebelum-sebelum ini, persekitaran yang positif dan keindahan alam semulajadi yang menghijau mengelilingi saya sepanjang masa. Suasana akademik yang aktif. Hubungan silaturrahim yang terbina dengan semua orang tak mengira samada pelajar atau staff atau anak-anak staff haha. Teramatlah saya syukuri.

Guru-guru yang mengajar saya (Mr Madhadzir, Dr. Bano, Mr Idrus, Mr Arif dan Ms Selvi) dan yang tidak mengajar saya, semuanya saya amat hargai. Ustaz dan ustazah yang banyak menjaga, membimbing kami.

staff dining hall dan cafe ada kak Faizah, makcik Taipah, kak Aisyah dan ramai yang saya mesra tapi  tak kenal nama huhu. Staff admin, En Dalimi, En Hamdan, dan lain2 .. yang selalu saya minta tolong atas urusan muscom, parcel dan transport, dan mereka selalu salah ingat nama depan saya jadi Nur Zara sehinggalah saya bagitau supaya panggil je saya Maisarah haha. En Asri driver ky yang selalu drive  saya pergi appointment di hospital, sepanjang jalan pastinya macam-macam cerita lah kami sembangkan.. Tak dilupakan juga staff kebersihan dan guards, yang setiap hari akan berjumpa dan bertegur sapa. Kadang-kadang bertukar makanan, saya sayangkan mereka walau berlainan bangsa atau agama. Ada juga antara mereka yang sudi bercerita macam-macam sehingga ke masalah dan kisah hidup peribadi juga mereka luahkan pada saya, allahu saya rasa rendah diri sangat betapa mereka letakkan kepercayaan pada saya, saya akan cuba sedayanya untuk menjaga kepercayaan mereka dan cuba bantu semampunya.

Hari terakhir di ky bila juniors datang untuk jumpa saya for the last time, sedihnya rasa... Walaupun guna term 'juniors', tapi kami memang anggap macam kawan-kawan sebaya je, banyak benda kami buat sama2 terutamanya adik2 usrah ni haha maaf ye kami hasut anda join usrah haha. Semoga dapat sedikit manfaat yang berpanjangan dari pengalaman dengan usrah. 

Setiap kenalan yang saya jumpa di ky, mengajar saya sesuatu nilai. Allah kumpulkan orang-orang baik dan hebat di sekeliling saya, subhanAllah terasa beruntung sekali dapat mengenali mereka. Itulah rahmat terindah saya rasakan di ky. 

Walaupun pelbagai arah dan tujuan kami selepas ini, saya berharap semoga saya sentiasa tidak lupa untuk mendoakan mereka.. Mereka dah banyak bantu saya, jaga saya, sayang saya. Hanya doa yang mampu saya beri sebagai pulangan. Semoga Allah membantu mereka, jaga mereka, sayang mereka. 
Semoga Allah yang Maha Pengasih menemukan kami semula dalam sebaik-baik keadaan, jika tidak di dunia, mudah-mudahan di syurga. 

Di bawah ni, saya nak letak gambar-gambar random sepanjang sem 1 hingga sem 4 sebagai kenangan agar saya tak lupakan kisah disebalik gambar-gambar ini  :)

Update : Saya akan create page khas sebagai album untuk random photos! 😇
Klik pada header atas bahagian 'more' dan klik 'Photo Album : A Look Back' 


study night 

ini saya tengah buat essay geo malam2 ni memang dugaan besar nak tulis essay

Sem 1 robo-arm competition dalam engineering club
\
cny dinner

class geo kalini sir tunjuk tentang kaedah kejam dipanggil 'de-beaking' yang orang barat selalu guna dalam ternakan haiwan 

highlights for topic nuclear physics 

energy case study

stay up study physics few days before exam, dah lenguh duduk di meja,
ayuh study atas karpet gebu kesayangan ni

best bila RC kosong ni

mcm ni rupa bila revise geo mmg havoc haha. sbb kita perlu refer semua nota pada masa yang sama untuk extract facts dan combine into essay

inilah gunanya whiteboard dalam bilik haha

first time cuba lukis world map, adalah sikit rupa kot hahaha

hmm inshaaAllah harap dapat pergi melawat 2 tempat ni di UK nanti

last study geo before exam!

ambil gambar sebelum buang notes ni, sebab takada ruang nak simpan. rest in pieces :')

the great wall of sticky notes!
utk art subjects mcm geo, style study saya macam ni, bila ada facts penting, saya akan tulis atas small notes dan letak tempat yang selalu tengok supaya lama2 lekat dalam kepala (hopefully >.<) 
                            

                                               


exam ielts @ british council kl -17 april 2021


ky summit, program yang bincangkan pelbagai isu, saya tukang dengar je haha

Kuliah Dhuha @ some surau di hulu bernam oleh Prof Zaharah, seronok sangat akhirnya jumpa salah seorang tokoh sejarawan yang saya sangat2 kagumi dan follow

 
dapat beli buku beliau :)

fathy datang ky

the ultimate usrah, seronok sangat bila ramai juniors join :)

surau as-saad :)

saya mmg banyak ambil gambar interior surau utk project refurbishment. tapi
hmm waktu nak ambil gambar ni ada cabaran juga huhu

weekend morning walk, berehat di pondok waqaf ni tenang sangat sambil murajaah
 
mama cat dan anak-anaknya 

dinner dengan ustazah maiza sebelum ustazah berangkat pulang :'(

 cycling dari ky sampai ke picnic point atas bukit di lembah beringin,
 mashaAllah penat rupanya haha, eh oops we never make it on our own all the way to the top hahaha. ustazah pick up naik kereta in the middle of the way 🤣


ramadhan di ky 1442H

berbuka dengan carol di surau, shopping makanan kat cafe 



kuliah maghrib zaman pra-covid19


some of my list to do in sem 2

hamper version muscom!

rindunya solat di surau ky

subhanAllah






~Hidup untuk berbakti, bukan sekadar menikmati~

Comments