Pentas Sunda
Bismillahirrahmanirrahim
Ini ialah entri pertama dalam label 'History' atau 'Sejarah' jadi saya ingin berkongsi sedikit apa sebenarnya rahsia-rahsia dan khazanah Alam Melayu yang tersimpan jauh dibawah Laut China Selatan. Sejarah merekodkan kawasan ini merupakan antara kawasan-kawasan paling mahal di dunia!
Ini ialah entri pertama dalam label 'History' atau 'Sejarah' jadi saya ingin berkongsi sedikit apa sebenarnya rahsia-rahsia dan khazanah Alam Melayu yang tersimpan jauh dibawah Laut China Selatan. Sejarah merekodkan kawasan ini merupakan antara kawasan-kawasan paling mahal di dunia!
Sentiasa menjadi perhatian dan debat para pengkaji dan sentiasa juga menjadi rebutan sejak permulaan tamadun.
Walaubagaimanapun, Islam yang berjaya mengekalkan kawasan ini kekal berdaulat!
Kawasan berwarna putih merupakan kawasan Pentas Sunda menghubungkan Barat Indonesia sehinggalah ke Kepulauan Australasia (Kawasan Papua New Guinea dan Australia) |
Berikut merupakan sedikit ringkasan dari hasil penulisan buku berjudul 'Asal Usul Melayu, Induknya Di Benua Sunda' hasil gabungan tiga orang sejarawan permata negara iaitu Prof Zaharah Sulaiman, Prof Wan Hashim Wan Teh dan Prof Nik Hassan Suhaimi.
Dan juga sedikit input dari buku berjudul 'The Lost Kingdom' karya Hadi Fayyadh.
InshaaAllah saya akan cuba ringkaskan dan gunakan bahasa paling mudah utk difahami. 😬
Keypoints :
i. Pengenalan ringkas Pentas Sunda dan Benua Sunda
ii. Kaitan dengan Alam Melayu
iii. Bukti kewujudan Pentas Sunda
iv. Kelebihan dan khazanah tersimpan di Pentas Sunda
iv. Teori The Lost Kingdom, Atlantis dan Eden of The East (Dalam entri The Lost Kingdom)
i. Pengenalan ringkas Pentas Sunda dan Benua Sunda
Pentas Sunda yang mana kini terbenam di sebahagian besar dasar Laut China Selatan (LCS). Ya, Pentas Sunda ialah khazanah Alam Melayu yang lenyap dan kian dilupakan, sedangkan kehebatan asalnya kawasan ini tidak sepatutnya kita abaikan dan lupakan.
Pentas Sunda ialah satu kawasan yang kini ditenggelami air, ia bersambungan dengan semenanjung Tanah Melayu, Borneo dan Indonesia.
Manakal kawasan yang bersambungan dari Tanah Siam (seluruh Thailand, Kemboja) ke Semenanjung, Indonesia Jawa dan Sumatera serta Borneo, Filipina, Timor Leste. tanpa terpisah sedikit pun. Kawasan ini pula digelar BENUA SUNDA kerana saiznya yang cukup besar melayakkannya digelar sebuah benua. Jika dihitung saiznya 2 kali lebih besar berbanding benua India. Namun, sebahagian besar benua ini telah tenggelam kira2 9000 tahun lalu, terutamanya kawasan di Pentas Sunda.
Di dalam gambar diatas yang berwarna oren ini, Pentas Sunda adalah kawasan yang paling hampir dengan Semenanjung Tanah Melayu dan Borneo.
ii. Kaitan dengan Alam Melayu
Kawasan Benua Sunda ini juga teramat luas, menghubungkan kawasan dari Barat ke Timur iaitu dari Madagascar sehingga ke Australia dan New Zealand. Kawasan ini digelar ALAM MELAYU kerana kesemua jenis rumpun Melayu dapat ditemui di kawasan ini sehingga sekarang.
Terdapat lebih kurang berbelas-belas rumpun Melayu. Dari Melayu Asli, Melayu Polynesia di Australia, Melayu Maori di New Zealand, Melayu Cham di Kemboja dan lain-lain.
YA !!!
Melayu telah wujud dan berpopulasi di Madagascar sehinggalah ke New Zealand. Mereka mempunyai mtDNA Mmelayu akibat penghijrahan dan penyebaran penduduk Benua Sunda serta beberapa faktor lain. Yang jelas, kita semua adalah dari tunjang rumpun yang sama iaitu MELAYU ASLI yang berpusat di Benua Sunda.
Hmm saya tak akan pergi lebih mendalam tentang ‘rumpun-rumpun Melayu’ dalam entri ini, ini kerana saya berniat untuk lebih fokus kepada isu-isu Pentas Sunda sendiri. Saya pun masih sangat kurang pengetahuan berkenaan itu.
iii. Bukti kewujudan Pentas Sunda
Terdapat banyak sangat sebenarnya pengkaji yang berjaya membuktikan bahawa memang benar Pentas Sunda pernah wujud.
Antaranya ialah, Mengikut kajian pakar geologi Molengraaf, Emmel dan Curray terdapat peninggalan sistem perparitan yang unik (lebih spesifik digelar the PALEO FLUVIAL SYSTEM) di dasar LCS, di kawasan yang dikatakan terbenamnya Pentas Sunda ini.
Menurut kajian mereka, terdapat anak-anak sungai dan juga kawasan tasik dasar laut. Ini menjadi salah satu eviden bahawa kawasan ini merupakan suatu kawasan yang pernah terdedah kepada udara, tidak ditenggelami air dan 'possibly' telah didiami suatu masa dulu.
Laut China Selatan (LCS) terkenal dengan paras air yang cetek berbanding lautan lain iaitu sekitar 5500 m sahaja.
Mengikut kajian, sekiranya 50 m paras laut ini dikurangkan, maka akan terdedahlah sebahagian Pentas Sunda yang sebesar negara Mongolia. Manakala jika 110 m paras air dikurangkan, satu kawasan sebesar 5 kali ganda Thailand yang subur dan selamat didiami bakal terdedah.
Ini membuktikan bahawa Pentas Sunda ini pernah muncul di peta bumi, namun tenggelam akibat pencairan glasier pada zaman POST ICE-AGE atau setelah tamatnya LAST GLACIAL MAXIMUM, sekitar 20,000 tahun yang lalu.
iv. Kelebihan dan khazanah tersimpan di Pentas Sunda
👍 Kawasan yang selamat dari glasier terakhir dalam zaman ais (ice age)
Benua Sunda wujud sejak era PLEISTOCENE Apa itu Zaman Pleistocene?
Ia merujuk kepada suatu tempoh masa berlakunya beberapa kali era ais glasier, atau dikenali sebagai zaman ais (ice age).
Dimana pada zaman ini hampir seluruh bumi ini telah ditutupi ais dan glasier, kerana terlalu banyak jelebu zaman ini banyak flora dan fauna pupus akibat tidk dapat adapt dgn suasana sejuk melampau. Ice age terakhir berlaku sebelum tamatnya ice age digelar last glacial maximum. NAMUN, terdapat beberapa kawasan yang mampu SURVIVE last glacial maximum ini. Salah satunya ialah BENUA SUNDA
Benua ini terletak di garisan khatulistiwa/equator sekaligus menjadikan kawasan ini mendapat haba yang baik dan mengekallkan suhu yg optimum sepanjang tahun. Kawasan ini kekal subur meskipun seluruh dunia membeku. Pastinya dalam tempoh lebih 2juta tahun era Pleistocene ini, penduduk di benua ini pastinya sudah sangat ramai dan sudah berkembang maju semaju majunya dengan teknologi canggih serta eradaban terbaik.
Namun banyak sarjana barat yang cuba menafikan bahawa tamadun maju yg hidup jauh lebih awal dari golongan primitif paleolitik wujud di Benua Sunda, Okay yang ini kita rungkai slow2 ya nanti apa bukti yg menyokong pendapat ini.
👍 Kawasan Pentas Sunda ini saaangat subur
Kawasan benua Sunda (automatically pentas sunda pun termasuk) ini terletak di iklim tropika yang mana sgt2 efektif dan baik utk pertanian, penternakn, perikanan etc.
Semua sumber mereka ada!
Sedangkan dibahagian bumi yang lain mengalami shortage of resources akibat zaman ais dan sebagainya.
👍 Pentas sunda terletak dalam lingkaran Pacific Ring of fire
Kwsn benua ini termasuk dalam kawasan Pacific ring of fire (PROF) iaitu kawasan jaluran yang banyak gunung berapi aktif.
Yupp memang berisiko tinggi , tapi kawasan berdekatan gunung berapi sbenrnya bnyak sangat kelebihan!
Terlalu banyak mineral galian spt petroleum, timah, arang, gas asli dan tanah yg sangat²²² berkualiti boleh didapati dgn mudah di kwsn ini.
Nah, sekali lagi benua sunda ini mmg special.
Kalau zoom in lagi.. kita nampak keseluruhan benua sunda ini dikepung oleh PROF. Menjadikannya satu spot yang sangat² high risk.... hmm inilah salah satu faktor utama mudah betul hilangnya pentas sunda kita.
👍 Syurga emas
Banyak catatn sejarah bahawa kawasan benua Sunda dari dahulu hgga ke zaman kesultanan Melayu hinggalah skrg mempunyai sumber emas yang amat banyak.
Dalam kitab Buddha dan hindu banyak menyebut kawasan benua sunda sebagai ‘Suvarnabhumi’ iaitu syurga emas! Tamadun mereka banyak mengimport emas dari kawasan ini.
Claudio Ptolemy (pakar geologi yunani) sanggup berlayar jauh ke benua sunda demi membuktikan bahawa benua sunda kaya dgn emas.
Benua sunda juga dikaitkan dengan lagenda 'Ophir Solomon Mines' (Lombong Emas raja Sulaiman) di sekitar Gunung Ledang.
Dikatakan raja-raja mesir bahkan Nabi Sulaiman yg merupakan raja bagi kerajaannya mengimport emas dari kawasan ini. (masih belum dibuktikan dgn kukuh)
Antara sebab utama kita dijajah adalah kerana Barat tahu akan sejarah Benua Sunda dan ingin mengaut segalanya.
Akhir² ini, kita dimomok momokkan bahawa emas di nusantara dah nak habis.. Penjajah dah habis bolot semua kita bakal kehabisan emas.
Saya suka utk menyampaikan apa yg Prof Zaharah Sulaiman (author dan pengkaji sejarah melayu) pernah sampaikan sewaktu saya berpeluang berjumpa beliau tahun lepas,
"Emas kita tak akan habis sebenarnya. Ekonomi dan bisnes emas bukan lagi dikuasai oleh negara kita meskipun digali disini.
Banyak dah bukti bahawa emas masih banyak tapi didiamkan dan usaha untuk menyampaikan pada awam ditutup oleh pihak2 tertentu."
Pada pendapat beliau, kalau kita cuba pelajari cara klasik melombong emas dan kita usaha cari sendiri tanpa harapkan syarikat mega dan sebagainya, tak mustahil kita akan jumpa lombong2 emas yang masih banyak.
Wallahua'lam...
Yang mana kau lebih kuat percaya?
Media? Barat? Kerajaan?
Ataupun cendekiawan? Muslim? Pejuang bangsa?
Terpulang pada hemat masing². Hak masing² untuk terima atau tolak pendapat yang mana satu.
(InshaaAllah tulisan ini akan disambung dalam sedikit masa lagi..)
~ Hidup untuk berbakti, Bukan sekadar menikmati ~
Comments
Post a Comment
“Value those who give you constructive criticism, because without them doing so, you will never reach the peak of what you are doing.”
― Unarine Ramaru