Tasawuf Moden HAMKA - Bahagia | Bedah Buku #1


Salam 4 Sya'ban 1442H,
Sepanjang 20 tahun helaan nafas diberi, saya rasa saya telah banyak sia-siakan masa dengan tidak berusaha meneroka pelbagai cabang ilmu yang wujud diatas muka bumi ini. Ibarat dahan kayu yang patah jatuh ke dalam sungai, lalu dihanyutkan arus air yang kadang deras dan kadang perlahan, ke mana saya dibawa, ke situlah saya pergi. Apa yang saya bertembung, itulah yang saya kutip. 








Ilmu tasawuf merupakan suatu yang agak asing bagi saya, saya tidak pernah didedahkan dan saya juga tidak mencari. Sekadar suatu perkataan yang saya pernah dengar dan tertanya-tanya apakah maksudnya. Bagi saya, ilmu tasawuf ni bunyinya sangat 'arabic', dan macam terlalu 'high level', maka saya rasa jauh sekali untuk saya boleh pelajari ilmu tasawuf ini. Apatah lagi saya tersangkut dalam kitaran hidup seorang pelajar dalam bidang akademik sains, maka cabaran lebih besar untuk bermujahadah sendiri mencari ruang dan peluang menimba ilmu-ilmu asasi manusia dan ilmu agama. Namun, sebenarnya itu bukan alasan untuk terus dibelenggu kejahilan dan ketandusan ilmu, semakin sukar mujahadah ilmu itu, semakin bernilai dan semakin kita menghargai ilmu tersebut. Sama sahaja konsepnya seperti mencari harta, namun ilmu menjanjikan ketinggian yang lebih di dunia dan di alam sana.

Suatu masa, saya pergi ke Resource Center KYUEM, hajatnya nak cari buku Calculus untuk ulangkaji, setelah selesai saya pergi ke bahagian buku-buku Islamik, untuk cari bahan bacaan sampingan. Kemudian, saya terus ternampak buku warna hijau ni, betul-betul menyerlah dimata saya, ibarat ada satu tarikan yang memaksa saya terus ambil buku ni, 'Tasawuf Moden, HAMKA'.

Saya tertarik sebab saya pernah nak sangat tahu tentang apa itu Tasawuf, kemudian buku ini tertulis  'Tasawuf Moden'. Wah hmm ada moden dan klasik ke sebenarnya? Dan paling penting sekali buku hijau ini merupakan karya Allahyarham HAMKA, atau nama sebenarnya Haji Abdul Malik Karim Amrullah. Saya pernah baca beberapa karya beliau yang lain dan saya sangat suka dan akui kualiti dan impak penulisan beliau. Tanpa ragu-ragu lagi, saya terus pinjam buku tersebut dari RC, dan sentiasa renew borrowing period sebab saya suka benar baca buku ini. Saya baca perlahan-lahan dan masih lagi mencuba hadam intipatinya. Buku ini merungkaikan erti Tasawuf dalam bahasa yang moden dan mudah difahami, dan integrasi dengan suasana kehidupan moden. Itulah makna sebenar tajuk buku ini.

Saya sangat recommend semua orang untuk baca buku ini, tanpa mengira umur atau agama. Dan juga anda tidak perlukan apa-apa basic knowledge untuk mula memahami Tasawuf Moden. Hamka telah menyatukan pandangan pelbagai tokoh falsafah agung di dunia, dengan bahasa yang mudah dan santai, membahaskan tentang ERTI BAHAGIA.


Terdapat 12 pecahan bab dalam buku ini yang mana semuanya sangat-sangat membuka minda. Antaranya,

1. Pendapat Bahagia
2. Bahagia dan Agama
3. Bahagia dan Hawa Nafsu
4. Kesihatan Jiwa dan Badan
5. Harta Benda dan Bahagia
6. Qana'ah
7. Tawakkal
8. Bahagia yang Dirasai Rasulullah SAW
9. Hubungan Redha dengan Keindahan Alam
10. Tangga Bahagia
11. Celaka
12. Munajat


Sepanjang 'journey' saya membaca buku ini, tak pernah saya rasakan pengalaman ini sepertimana saya baca buku-buku lain. Ibarat ada satu aura atau perasaan atau cahaya yang buatkan hati rasa dilapangkan, rasa seronok, rasa bahagia yang kita akhirnya semakin jelas dimana bahagia yang sebenar dan sepatutnya berada. Ibarat menelusuri kehidupan tokoh ulama' nusantara sambil dapat memahami gaya pemikirannya yang terbilang. Gaya penulisan Hamka yang benar-benar indah dan 'humble' ini  seringkali Hamka sebutkan 'kita (saya) bukanlah orang berilmu, hanya memetik kata-kata orang sana sedikit sini sedikit kemudian kumpulkan sahaja'. SubhanAllah.

Dimanakah bahagia ? 
Orang miskin menyatakan bahagia pada kekayaan.
Orang sakit menyatakan bahagia pada kesihatan.
Orang yang berkasih dan berindu menyatakan bahagia pada pertemuan dan penyatuan.
Orang berjuang pula menyatakan bahagia pada kemenangan.

Adakah bahagia itu sifatnya sangat 'relative' dan 'subjective' kepada individu? Tiadakah suatu prinsip dan akar umbi bahagia yang mana boleh dicapai oleh semua orang? Bahagia yang bersifat adil?
Maka inshaaAllah, saya akan kongsikan sedikit ringkasan daripada 'content' buku ini berkisarkan Erti Bahagia. Semoga bermanfaat.


1. Kenapa kita perlu bahagia? 

Untuk hadapi kehidupan dengan lancar dan baik.
Hidup ini walaupun kita tahu hanyalah sementara, tapi Islam sangat menekankan pentingnya mempunyai hidup yang berkualiti di dunia supaya hidupnya dan hatinya sentiasa tenang di dunia dan di akhirat. Dengan adanya bahagia, pasti hidup terasa indah walau apa pun keadaan sekeliling sama ada dilanda gelap dan payah atau penuh nikmat, dalaman seseorang yang mencapai bahagia itu sentiasa terang. Membawa kepada kehidupan yang lancar, lalu menyebarkan kebaikan dan positiviti kepada orang di sekitarnya. Bahagi?a di dunia itu amat penting, menjelaskan kita cara mencapai bahagia di akhirat.


2. Apakah maksud Tasawuf?

Secara mudahnya, tasawuf bermaksud kesucian.     
Ilmu tasawwuf merupakan satu cabang ilmu dalam Islam yang mengajar kita kaedah menyucikan hati bagi mencapai kedudukan yang tinggi di sisi Rabb. Tasawuf juga boleh dikaitkan dengan konsep ihsan dan tazkiyatunnafs.

Dengan keterangan yang lebih moden dari Hamka,
Tasawuf bererti membersihkan jiwa, mempertinggikan darjat budi, menepiskan segala ketamakan dan kerasukan, memerangi syahwat demi mencapai peringkat bahagia hakiki.

Penjelasan lebih mendalam tentang maksud tasawuf, boleh dibaca di laman we rasmi mufti WP atau klik di sini :)

3. Empat pendapat utama tentang 'Bahagia'


Pendapat Fahaman Aristoteles :

Pendapat Fahaman Platonisten & Pithagoristan :

Pendapat Nabi Muhammad SAW :

Pendapat Imam Al-Ghazali


-InshaaAllah tulisan ini akan disambung nanti-




~ Hidup untuk berbakti, Bukan sekadar menikmati ~

Comments