Anaphylaxis #3 - E.R

Assalamualaikum dan Salam 16 Jamadilakhir 1442H 🌟

Untuk entri #3 ni, inshaaAllah saya akan sambung tulis experience saya diserang Anaphylaxis. Baru ada masa nak sambung sebab harini cuti umum, harini saya puas hati sebab berjaya clearkan rak buku lama dan susun dengan buku-buku baru. Banyak terjumpa khazanah-khazanah lama macam album gambar, sijil-sijil sekolah, buku bank hahaa, kat situ rupanyaa patutlah hilang >_<
tak boleh claim seafood lover dah sekarang :’(



 Jadi, seperti biasa saya ingin luruskan niat saya menulis ni supaya ada sesiapa yang boleh mendapat secebis manfaat dan informasi berguna berkenaan penyakit alahan. Saya betul2 ingin bantu sebarkan sedikit kesedaran dan knowledge berkenaan bahaya alahan, supaya berkuranglah kes kecuaian dalam handling simptom alahan, yang akhirnya boleh mengakibatkan kematian, na’uzubillah. Semoga kita semua semakin cakna dengan orang sekeliling inshaaAllah.


2nd Anaphylaxis attack, 8 June 2020,

Inilah first time saya tahu dan confirm kan yang saya tiba-tiba ada alahan makanan laut (specifically shellfish). Yaa ‘tiba-tiba’.
Ini kerana, selepas simptom alahan pertama tahun 2018, saya tak pernah ada masalah makan seafood, instead, seafood ni memang favourite food family saya. Jadi tak terkira berapa banyak dah saya makan. Sehinggalah suatu hari... 

Pagi itu parents saya pergi ke Pasar Pasir Penambang di Kuala Selangor untuk beli makanan laut mentah. Jauh sebenarnya dalam 40 minit, tapi sebab kat situ memang famous dengan seafood fresh, tempat naik ikan, dekat dengan laut. Hasilnya, macam-macam jenis makanan laut dibeli, kerang, lala, mentarang, udang, kepah, kupang, pepahat dan yang paaaling legend, ‘belangkas’!

Malam itu bertungkus lumus kami didapur masak segalanya, saya juga ada upload di IG story malam tu 🤣 , 1 jam kemudian saya dah selamat mendarat di wad kecemasan hospital. Tak sempat nak delete story tu hahaha. 


Ye, memang comel. 

Hmm musykil sgt, benarkah merawat? 😅Yaa, memang benar ada rawatan berasaskan 
belangkas, tapi ada certain badan tak boleh terima

Okay, jadi kami sekeluarga makan malam seperti biasa. Saya paling excited nak mencuba belangkas tu, sebab tak pernah rasa sebelum ni. Jadi memang banyak sgt saya makan malam tu. Belangkas ni biasanya orang makan telurnya sahaja, sebab isi nya susah sikit nak dapat, liat dan didalam dada dia. Tapii saya berjaya korek keluar isi dia dan nyam nyam 🤗🤗 (ish3) Semua jenis seafood yang ada malam itu saya makan (itu susah sikit saya nak identify apa sebenarnya exactly type of shellfish yang saya alah, sebab malam tu saya makan banyak jenis, jadi saya kena teruskan buat eksperimen dengan diri saya utk identify) 🤗   Selesai makan malam, saya pergi solat isyak.

Selepas solat isyak, bermulalah satu demi satu simptom anaphylaxis memunculkan diri 😅

Selesai doa dan sebagainya, saya rasa mcm bloated, kembung perut sangat2. Belum sempat simpan telekung sejadah lagi. Saya minta tolong adik saya, Maryam, untuk dia ketuk2 belakang saya supaya keluarkan angin tu, tapi peliknya saya tak sendawa2 pun. Dalam 10 minit kemudian, saya rasa angin dah takada di perut, tapi stuck kat dalam dada. Hmmm, pelik kan, tapi memang itulah yang dirasa. 

Saya pun naik ke bilik, cuba tenang2 berehat je. Semasa berehat, saya rasa mual nak termuntah pula. Cuma tak termuntah langsung. Waktu ini lebih kurang dah 35 minit selepas makan malam. Kemudian, saya mula rasa sesak dada dan susah nak bernafas. Rasa tak sedap hati, saya cari umi saya dan bagitau keadaan saya. Disebabkan kami semua tak tahu itu simptom Anaphylaxis, kami semua ingat saya yang naik mual sebab telan banyak sangat seafood😂 Jadi umi beri saya satu cawan kopi O pekat, kalau ikut petua orang tua-tua, kopi O pekat boleh meneutralkan racun dalam makanan.

Hmm, tapi saya rasa kopi O tu tak berkesan, sebab simptom alahan dah kuat, dada saya semakin sakit. Saya semakin rasa sesak nafas, dan waktu itulah umi nampak muka saya dah bertukar pucat lesu dan saya rebah ke lantai. Saya tak pengsan, tapi saya lemah sangat masa itu, tak mampu berdiri dah.

☺️🚗

Semua mula panik dan cepat2 bersiap untuk bergegas ke hospital. Kebetulan masa itu seluruh Malaysia masih dalam lockdown, jadi klinik terdekat semua tutup awal, hospital terdekat pula ialah Hospital Sungai Buloh (HSB) 😅 HSB pada waktu itu merupakan pusat rawatan Covid 19 yang utama di Malaysia, jadi semua pesakit luar tak dibenarkan datang. Risiko jangkitan sangat tinggi dan staff HSB masing2 sibuk meguruskan pesakit Covid 19. 

Jadi option kami adalah Hospital Shah Alam, yang terletak lebih 40km jauhnya. Jadi sepanjang perjalanan dalam kereta ke hospital, iaitu lebih kurang 20 minit, anaphylaxis saya manjadi semakin parah. Umi teman saya di seat belakang sambil tak berhenti berdoa2, ayah pula drive selaju2nya dan kakak saya bantu tunjukkan arah. Dada saya terasa sakit sangat-sangat, saluran pernafasan sudah bengkak sehingga udara tak dapat masuk ke dalam kerongkong. Kemudian perlahan-lahan, rongga hidung saya pula membengkak sehingga totally tertutup. Saya ibarat dicekik oleh organ sendiri 😅 Lemas dan tak dapat bernafas, saya cuba menjerit dengan harapan mungkin akan terbuka sedikit rongga di kerongkong. Tapi hmmm tak berapa menjadi pun.

Akibat tak dapat bernafas, saya kekurangan oksigen sehinggalah saya terkena sawan pula. Dari kedua-dua  hujung kaki sehingga ke hujung tangan terasa kebas menyucuk yang sangat-sangat menyakitkan 😢 Saya tak dapat control tangan dan kaki saya, kaki tangan saya terketar-ketar/tersentak-sentak, tangan saya mencengkam kuat lengan umi, sampai berbekas tangan umi 😭 Umi cerita pada saya, waktu itu keadaan saya sudah seperti orang yang sedang nazak sehingga umi saya rasa risau sangat. Jujurnya saya tak berapa ingat, sebab saya sudah ‘50-50’ antara sedar dan tidak, akibat kelemasan. 

Jika anda baca dalam entri #1, kebas dan sesak nafas adalah tahap ke 3 anaphylaxis. 

Waktu itu, pandangan saya semakin lama semakin gelap. Saya tak berapa dengar apa orang sekeliling cakap, seluruh badan saya rasa sakit menggigit dan tak dapat dikawal. Dan fikiran saya mula membayangkan kematian. Benarlah, bila kita ibarat sudah di hujung nyawa, kita memang akan terfikir akan dosa-dosa kita. Ibarat ada flashback yang berlaku dalam otak kita. Saya rasakan semua tu. (Wallahua’lam)

 Dalam masa kritikal itu, terus terlintas dalam fikiran saya, ya Allah inikah masa aku? Betul ke ini pengakhiran aku? Aku belum bersedia ya Allah. Belum cukup bekalan aku ya Allah. Kasihan Umi ayah ya Allah, tolong aku ya Allah, berilah aku peluang. 

😭 sehingga kini, bila2 saya teringat saat2 itu, tak tergambar perasaan saya. Ibarat diberi peluang kedua, nikmat apa lagi yang saya dustakan? 


Dalam beberapa minit kemudian, saya betul2 sudah putus nafas dan ‘hilang’. Saya tak tahu apa yang terjadi, tapi kemudian saya jadi sedikit tesedar bila dah sampai di pintu utama Emergency Room (ER)  Hospital Shah Alam. Ada doktor yang dah menunggu kami dengan katil stretcher (sbb parents saya dah call siap2 beritahu pihak hospital yang kami akan ke sana). Saya dipapah naik ke atas stretcher tu dan terus ditolak masuk kedalam Zon Merah ER. Pandangan saya kabur-kabur, tapi saya nampak badan saya menggeletar tak berhenti, dan doktor tersebut pandang saya sambil pesan,

 “Takpe tenang ye awak dah sampai hospital, sini doktor ramai jaga awak. Awak kena cuba bernafas, tarik, lepas, tarik, lepas...”

Sampai ke satu tempat, dalam 7 ke 8 orang doktor dan nurse bergegas ke arah saya dan mula merawat saya dengan sangat2 pantas. Mereka buat kerja serentak sampai saya pening sebab too many things were going on at the same time 😅 secara serentak mereka cucuk 3 jarum kat tangan saya, 2 belah kanan, satu belah kiri. 🥲 Tapi sebenarnya pada waktu seperti itu saya sudah tak kisah dah, haha cucuk lah banyak-banyak pun takapa, asalkan saya sembuh.  Satu jarum masuk air, satu jarum ambil darah dan satu lagi saya rasa dia masukkan ubat.
Waktu itulah saya dengar doktor2 ni sebut “Give her adrenaline” . Which is epinephrine. 

Disebabkan oxygen level dalam badan sudah sangat rendah saya tak sure almost 0% atau almost 10% (saya tak nampak sgt sbb masatu pandangan blurry dan fikiran tak berapa betul sikit) Jadi saya diberikan oxygen nebulizer untuk boost up oxygen level.

Selepas beberapa minit masuk epinephrine, alhamdulillah saya dapat rasakan bengkak pada saluran nafas saya semakin surut. Kebas dan sawan pada kaki dan tangan saya juga berkurang. Tapi degupan jantung saya jadi semakin laju dan terlebih kuat, Itulah side effects epinephrine, ianyakan adrenaline, maka dia akan boost degupan jantung.

Apabila keadaan saya makin stabil, doktor mula tanya apa jadi. Saya pun ceritalah saya makan itu ini dan saya rasa mungkin belangkas lah kot trigger point. Kemudian kecoh wad itu, doktor dan nurse semua terhibur sebab tak pernah dengar makanan belangkas. 😅 kemudian doktor beritahu saya bernasib baik sebab sempat sampai ke hospital sebelum jantung saya hampir berhenti. Degupan jantung saya sudah terlalu lemah akibat kekurangan oksigen. Doktor juga beritahu mungkin saya baru develop alahan ni, setelah 2 tahun tak pernah ada simptom, tiba2 datang dengan teruk. Jadi saya perlu sangat berhati2 dan jauhi semua jenis seafood mulai sekarang. (alhamdulillah setakat ni ikan masih okay :’))

Sepanjang malam tersebut saya dirawat di ER, at the same time saya berpeluang muhasabah diri, apa yang terjadi malam itu amat2 menginsafkan saya. Selain merupakan ujian Allah, saya juga menganggap insiden itu merupakan satu teguran direct dari Allah. Saya dalam situasi ibarat telur di hujung tanduk, nyawa saya ibarat dalam pertarungan hebat. Saya juga turut dilintaskan dengan kematian dan penyesalan2 saya. Kini, Allah beri saya peluang. Allah izinkan saya masih dapat menghirup udara pemberianNya. Menitis air mata saya mengenangkan Rahmat dan Rahim-Nya kepada saya pada malam itu. Andai jantung saya benar2 berhenti selamanya, dan andai saya ditakdirkan kembali kepadaNya pada malam itu, dengan keadaan penuh dosa, dimanakah tempat saya disisiNya? 😢 

وَلَنۡ يُّؤَخِّرَ اللّٰهُ نَفۡسًا اِذَا جَآءَ اَجَلُهَا‌ؕ وَاللّٰهُ خَبِيۡرٌۢ بِمَا تَعۡمَلُوۡنَ


Dan Allah tidak akan menunda (kematian) seseorang apabila waktu kematiannya telah datang. Dan Allah Maha teliti apa yang kamu kerjakan.




Sepanjang malam itu, x-ray diambil, beberapa dos ubat dan air serta oksigen diberikan. Family saya pulang dahulu bila mereka tahu saya sudah semakin stabil dan mereka datang semula keesokan paginya. Alhamdulillah semuanya selesai, bermulalah suatu kehidupan yang sedikit berbeza bagi saya. 

Kesimpulannya, simptom anaphylaxis muncul secara berperingkat.
Bermula dengan kembung dan angin, sakit dada, mual, sesak nafas, bengkak saluran pernafasan, kebas badan, sawan dan pengsan.
Ini hanyalah beberapa contoh simptom-simptom yang dialami semasa serangan Anaphylaxis. 

Kesilapan kami ialah, tidak bersegera ke hospital atau klinik. Ini berlaku kerana tiada basic knowledge tentang alahan dan anaphylaxis. Kesilapan kedua ialah, makanan yang agak rare ni, jangan terlalu banyak mencuba pada pertama kali, mungkin badan kita tak dapat menerimanya. Kesilapan ketiga ialah, tiada backup ubat di rumah. Yaa sebab tak pernah ada sejarah keluarga ada alahan, jadi kami anggap tak perlu ada ubat seperti itu di rumah.

Jadi, sentiasalah ambil langkah berjaga-jaga ya. Kalau boleh setiap rumah perlu ada atleast satu ubat Prednisolone (common anti hisetamin mild yang boleh meredakan alahan). Mungkin alahan boleh menyerang ahli keluarga kita pada bila-bila masa. Bertindak dengan segera dan jangan panik. Belajar teknik bernafas yang betul. Boleh rujuk di entri #1 untuk beberapa langkah keselamatan yang lain.

Sekian sahaja untuk pengalaman kedua Anaphylaxis. Semoga mendapat sedikit manfaat. 
Wallahualam.





~ Hidup untuk berbakti, Bukan sekadar menikmati ~

Comments