Anaphylaxis #2 - Experience





3rd anaphylaxis attack @ Hospital Tuanku Ampuan Afzan, Kuantan. 
Sempat bergambar lagi lepas discharge :D 


Assalamualaikum, 
Jadi, untuk entri ke 2 berkenaan Anaphylaxis ni, saya nak share sikit pengalaman-pengalaman hitam saya diserang Anaphylaxis. Saya nak kongsi supaya pembaca tahu complications yang berlaku pada orang yang allergy ni macam mana, dan apa yang boleh kita tolong kalau ada orang terdekat diserang Anaphylaxis. 

Baiklah, jadi setakat hari ini 6 Januari 2021, saya pernah 3 kali kena anaphylaxis. Disclaimer, saya baru detect yang saya mula ada alahan terhadap shellfish bila saya dah diserang Anaphylaxis yang ke 2, which is berlaku pada bulan Jun 2020. 

Sebelum tu saya boleh makan semua jenis shellfish dan seafood tanpa sebarang masalah, kecuali sekali je. Masa 2018 saya pernah ada allergy reaction sedikit, sewaktu makan di Dewan Makan asrama sekolah. Tapi yang tu mulanya saya suspect sebab makanan kurang bersih, atau saya yang demam, saya tak sedar pun yang itu sebenarnya simptom Anaphylaxis. Dan saya tak dapatkan rawatan yang betul pun masatu, tapi syukur sangat Allah masih panjangkan umur dan sembuhkan saya secara natural.

1st anaphylaxis attack : 2018 di SUPERB (gelaran untuk smap bentong)


Masa ni saya dah Form 5, bila teringat balik sebenarnya malu pun ada dengan junior2 yang nampak saya waktu tu haha, okay dah2.
Segalanya bermula masa saya dan kawan2 makan malam di Dewan Makan, lebih kurang jam 6.15 pm. Saya ingat lagi lauk yang dihidangkan hari itu ialah ikan jaket (budak asrama faham ni) dan udang sambal.

Saya ni memang suka sangat udang, jadi saya makanlah macam biasa. Tapi dah separuh jalan makan tu, tengah sedap makan sambil bersembang2 bergosip semua (astaghfirullah hihi), tiba2 saya rasa lain macam bahagian mulut. Saya rasa mcm tiba2 tak boleh nak kunyah dah sebab mulut saya tiba2 membesar dan bengkak hahaha mesti huduh yang amat masatu huhu. Cuak juga saya rasa, kawan saya pun tegur muka saya bengkak tiba2. Saya pun terus stop makan dan masuk ke asrama balik ke bilik saya.

Saya tanya roommate saya, Dalili kalau dia ada apa2 ubat bengkak. Saya tak terfikir langsung itu allergy reaction, saya ingatkan tercucuk apa2 ke sebab braces saya ke. Kemudian, Dalili bagi saya satu ubat makan rasanya, then saya makan ubat tu alhamdulillah surut. Saya fikir dah selesai, saya pun bersiap2 untuk pergi ke surau untuk solat maghrib.

Selesai solat maghrib, saya mula rasa lain macam lagi sekali 😅
Kalini saya rasa panas sangat2 kat bahagian muka dan kepala, sedangkan surau ada aircond. Sampaikan saya keluar saf dan duduk kat bawah blower sebab rasa macam telinga saya seolah-olah berasap-asap keluarkan haba panas. Seriuss nii tak tipuu. 😖  Memang rasa berasap panas, tapi kaki dan tangan saya sejuk membeku. saya ingatkan mungkin saya macam nak demam kot. 

Masa saya sedang struggle sorang2 kepanasan tu, muslimat yang lalu lalang depan saya semua tertoleh2 ke arah saya macam nampak something yang menakutkan. Saya pula tak tahu apa2 kenapa diorang macam tu, saya duduk biasa je disitu 🙁

 Sampailah.. tiba2 sorang kawan saya ni nampak saya dan termenjerit (saya ingatt sangat lagi muka dia terkejut sesangat, saya lagilah terkejutnya hahaha)

“YA ALLAH ZUNNUR!!! MERAHNYA!!! Kenapa awak ni???” 😱

“Ha? Apa yang merah?” 😮

“Zunnur, muka awak merah sangat macam terbakar! Mata awak pun merah macam darah ni kenapa??? Awak sakit ke??” 😱

Kawan saya ni pergi ambil cermin kecil dan tunjuk pada saya. Haa masatu baru saya tahu apa rupa saya masatu...

Serius macam hantu. 👹
Hantu muka merah dan bermata merah.

Bukan merah seperti pipi blushing tu, yang ini merah satu kepala sampaikan bebola mata saya sudah tak ada yang warna putih tu. Semua jadi merah macam darah. 👹

Yang saya rasa terbakar panas tu, rupanya memang muka saya seolah2 merah terbakar. 
(Kalau dalam medical terms, dipanggil flushing)

Akibat jeritan sahabat saya ini, hampir satu surau itu tertumpu pada saya. Malu ada kelakar ada haha, Allahurabbi 😆🥲 Tapi tak lama kemudian, semua pelajar beransur keluar untuk pergi ke kelas hafazan masing2 selepas maghrib. Jadi tinggal saya seorang dengan beberapa kawan yang amat baik hati menjaga dan menolong saya (semoga Allah membalas jasa mereka semua)

Tapi, kami semua tak tahu itu allergy reaction. Saya fikir demam panas tiba2. Kebetulan warden pula takada malam tu, jadi kawan2 saya bagi panadol biasa je dan tuam ais di kepala sebab nak redakan panas kepala. Dalam 30 minit juga baru surut sikit2 panas dan merah tu. 

Hmm jadi, sepatutnya dalam situasi ini, saya patut segera makan ubat anti-hisetamin ataupun cucuk Epinephrine. Bukanlah panadol. Alhamdulillah syukur walaupun bukan ubat yang betul saya ambil, tapi surut juga alahan tu. Sebenarnya panas pada kepala ni sangat bahaya sebab kalau sampai satu tahap, haba berlebihan tu boleh merosakkan sistem otak dan akan ‘out’ jawabnya. Alhamdulillah ya Allah. 🥲

Tapi yang saya musykil hingga sekarang, selepas kejadian tu, saya makan je udang lagi, banyak kali tapi tak jadi apa2 simptom pun. Sebab tu saya tak syak yg saya ada alahan makanan.

Seperti yang saya pernah jelaskan dalam entri #1, alahan ni dia boleh develop bila2 masa. Biasanya selepas serangan pertama, alahan akan makin kuat, tapi untuk kes saya, selepas serangan pertama pada 2018, alahan saya hilang selama 2 tahun. Kemudian dia muncul semula pada 2020 dengan lebih teruk, dan terus kekal ada sehingga sekarang. Sekarang ni memang kalau saya termakan sedikit pun, terus akan naik simptom anaphylaxis.

Kesimpulannya, alahan ni berbagai-bagai jenis simptom. Ianya berbahaya dan penting untuk kita kenalpasti. Dia boleh datang dan pergi. Tapi, dia juga boleh permanently jadi penyakit seumur hidup. 
 

Untuk 2nd dan 3rd experience, saya sambung di lain hari inshaaAllah 🙂




~ Hidup untuk berbakti, Bukan sekadar menikmati ~

Comments

  1. Ooo macam tu sekali... Thanks for enlightening and take care!

    ReplyDelete

Post a Comment

“Value those who give you constructive criticism, because without them doing so, you will never reach the peak of what you are doing.”
― Unarine Ramaru