Anaphylaxis #1 - The Deadly Allergy

Bismillahirrahmanirrahim. Salam Rabiul Akhir 1442!

Sebenarnya, tujuan saya kongsikan maklumat tentang Anaphylaxis ini ialah untuk raise awareness kepada lebih ramai orang terutamanya ibu bapa tentang bahaya allergy ataupun alahan. Tak ramai orang faham apa sebenarnya risiko alahan, dan memandang remeh isu ini. Saya sendiri pun begitu juga, suatu masa dahulu. Saya selalu anggap allergy ni benda kecil je, kalau orang yang ada allergy tu, mungkin dia rasa gatal-gatal je, makan atau sapu ubat hilanglah nanti. Tapi, haa rupanya semua sangkaan saya meleset jauh bila saya sendiri diuji dengan Anaphylaxis! 

Jadi, saya akan kongsikan segalanya yang kita semua patut tahu tentang Anaphylaxis dan juga pengalaman saya sendiri ketika diserang Anaphylaxis.
InshaaAllah saya akan buat 3 entri berkenaan Anaphylaxis, dan ini adalah entri pertama #1 
Suntikan epinephrine bagi merawat Anaphylaxis


Disclaimer : saya bukanlah seorang pakar mahupun ilmuwan dalam bidang ni. Saya hanyalah gadis biasa jurusan kejuruteraan, semua ilmu yang saya kongsikan hanya berdasarkan pembacaan pelbagai sumber yang dipercayai, pertanyaan dengan doktor, dan juga pengalaman peribadi saya sendiri. Sebarang khilaf, saya mohon maaf dan tunjuk ajar.


Seseorang itu boleh mendapat alahan dan terkena Anaphylaxis pada pelbagai peringkat umur. Namun, kebanyakannya berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan wanita. Realitinya, ramai orang tidak tahu simptom, penyebab dan rawatan untuk Anaphylaxis. Ibu bapa khususnya sangat perlu ambil tahu dan perhatikan anak-anak anda, janganlah kita menjadi golongan yang bak kata pepatah sudah terhantuk baru terngadah.
Selamat membaca!






Apa itu 'Anaphylaxis' ?

\Bahasa Melayu : Anafilaksis

Anaphylaxis ialah suatu reaksi alahan (allergy) yang amat serius dan boleh membawa maut. Anaphylaxis terjadi apabila seseorang terdedah kepada sesuatu bahan yang seseorang itu alah kepadanya yang disebut allergen seperti makanan, ubat-ubatan dan sengatan binatang.

Anaphylaxis boleh menunjukkan kesan-kesannya seawal beberapa minit sehingga beberapa jam selepas terdedah kepada sebarang allergen. Anaphylaxis merupakan peringkat alahan yang paling kritikal kerana ia menyerang lebih dari satu fungsi organ tubuh yang boleh menyebabkan kematian.

Untuk memudahkan kefahaman, alahan boleh disimpulkan kepada beberapa peringkat, dari kurang berbahaya sehingga ke tahap yang paling bahaya yang boleh membawa maut.



Anaphylaxis terjadi apabila anda mengalami beberapa simptom-simptom ini pada masa yang sama, yang biasanya melibatkan tahap gangguan pernafasan. Sekiranya tidak mendapat rawatan yang betul dan secepatnya, ia boleh mengakibatkan kematian kerana kurang bekalan oksigen dan fungsi otak dan jantung terhenti.

Saya sendiri tak sangka alahan boleh ke tahap fatal, tapi itulah realitinya. Jadi, jom kita hadam lagi beberapa perkara penting tentang Anaphylaxis.


Apakah Simptom-Simptom Anaphylaxis?


Seperti saya sebutkan tadi, Anaphylaxis ialah gabungan beberapa simptom allergy yang berlaku serentak, menyerang sistem tubuh secara keseluruhan. Beza Anaphylaxis dengan gejala allergy lain contohnya allergy hidung, yang mana hanya menyerang organ hidung sahaja seperti bersin, manakala allergy mulut hanya menyerang bahagian mulut sahaja seperti bengkak mulut.

Tetapi, anaphylaxis ini amat berbahaya kerana menyerang seluruh sistem dan anggota tubuh badan secara serentak dalam masa beberapa minit ke beberapa jam, bergantung kepada badan seseorang.

1. Kulit

  • ruam gatal
  • kulit kemerahan terutama di bahagian muka (“flushing”)
  • pembengkakan di bahagian bawah kulit (“angioedema”) seperti kelopak mata dan bibir
Gambar : Angiodema (sumber:jeffreysterlingmd.com)

2. Saluran pernafasan

  • saluran pernafasan akan menyempit dan ini akan menyebabkan kesukaran untuk bernafas dan pernafasan akan berbunyi bising
    - bahagian dalam hidung terasa membengkak, angin tak dapat keluar masuk
  • tekak akan membengkak dan ini akan menyebabkan suara menjadi kasar dan terasa seperti ada sesuatu tersangkut di dalam tekak
    - hmm berdasarkan pengalaman saya pernah alami ini, kita jadi berusaha nak menjerit sekuatnya supaya laluan pernafasan terbuka, sebab salur nafas kita dah bengkak, rasa lemas sangat2, jadi kesian orang sekeliling menahan bingit telinga maaf hehehe. full story saya cerita kat entri #2 👌🏼 

3. Saluran pencernaan/pemakanan

  • muntah-muntah
  • cirit-birit
  • sakit perut
  • Rasa kembung perut dan berangin (bloating)

4. Jantung dan salur darah

  • tekanan darah rendah
  • degupan jantung menjadi terlalu laju atau terlalu perlahan

5. Sistem saraf pusat

  • pening-pening
  • sakit kepala
  • pengsan/tidak sedarkan diri

“Biasanya 2 sistem atau lebih terlibat dalam diagnosis Anaphylaxis.”


Apakah penyebab atau trigger point Anaphylaxis?


Alahan dan Anaphylaxis berlaku apabila tubuh kita mengesan suatu bahan asing yang memasuki sistem badan, sama ada melalui makanan, atau objek sekitar. Sistem imunisasi badan kita 'terkeliru' (silap coding ahhaha) dan menganggap bahan itu sebagai bakteria atau bendasing berbahaya lalu mekanisme pertahanan badan mula beraksi! Sel darah putih mengeluarkan antibodi dan hisetamin yang akan cuba menghapuskan bendasing itu. Apabila hisetamin bergabung dengan sel badan, tindak balas akan berlaku. Hisetamin akan merangsang pegaliran darah yang lebih cepat ke suatu lokasi dalam badan, sebab itulah pembengkakan dan warna kemerahan berlaku. 

Contohnya, hisetamin yang bergabung dengan sel daluran darah akan mengembangkannya bagi mempercepatkan pengaliran darah, manakala jika hisetamin bergabung dengan sel organ maka akan menyebabkan organ tersebut menjadi bengkak.

Allergen atau bendasing itu umumnya disebabkan oleh makanan, ubat-ubatan atau sengatan binatang. Namun begitu, lebih kurang 30-50% kes, penyebabnya tidak diketahui.

1. Makanan

  • kekacang 
  • makanan laut khususnya shellfish (binatang bercangkerang keras spt udang, ketam, kerang)
    - jarang sekali ikan dan sotong penyebab alergi
  • hasil tenusu seperti susu dan telur

2. Ubat-ubatan

  • antibiotik seperti penisilin
  • ubat tahan sakit seperti aspirin dan NSAID (non steroidal anti inflammatory drugs)
    - ubat pelali juga boleh menjadi alergen, oleh itu perlu berhati-hati sebelum melakukan sebarang prosedur pembedahan

3. Bisa akibat sengatan serangga

  •  sengatan lebah atau tebuan 
  • gigitan binatang berbisa (ular, lipan)

4. Debunga/Pollen

serbuk halus yang dihasilkan oleh pokok, bunga, rumput dan rumpai tertentu yang digunakan sebagai baja.
Alahan ini jarang berlaku di Malaysia, tapi tak mustahil. Selain itu, alahan debunga biasanya tidak terlalu serius, dan tidak mengakibatkan Anaphylaxis. Biasanya, akan menyebabkan gatal-gatal, bersin, bengkak mata. Namun ia lebih berbahaya jika anda mempunyai penyakit asthma.




Bagaimana Cara Rawatan Anaphylaxis?

“Cepat-cepat bergegas ke Emergency Room di hospital atau klinik terdekat!”


Sebagai alternatif, anda juga boleh gunakan :

1. Suntikan epinephrine (adrenaline)

- Epinephrine ni sebenarnya hormon adrenaline sintetik. Adrenaline bertindak untuk ‘boost up’ peredaran darah dengan lebih lancar, juga meredakan bengkak dan inflammation. 
- Sepatutnya simptom alahan akan beransur hilang dengan cepat kurang dari 10 minit, sekiranya tidak hilang, satu dos lagi suntikan epinephrine diperlukam
- Kalau pergi hospital atau klinik, inilah rawatan pertama mereka berikan


Oh ya, sekarang sudah banyak farmasi jual kit suntikan epinephrine, jadi bagi pesakit yang pernah ada sejarah diserang Anaphylaxis, AMATLAH DIGALAKKAN anda beli dan sediakan satu dalam beg kemana sahaja anda pergi, sebagai langkah berjaga-jaga. Cara penggunaannya ialah cucukkan di otot peha. Haa belum habis disitu, anda juga perlu pergi ke klinik atau hospital walaupun rasa semakin reda, untuk pastikam betul-betul sudah tiada langsung tindak balas alahan dalam badan. 

Especially kanak-kanak, kerana mereka tidak tahu mengekspresi apa yang mereka rasakan, jadi tolong bawa mereka berjumpa doktor dengan kadar segera.







 


3. Pengambilan ubat Anti-Hisetamin

- Anti-Hisetamin ni nama general untuk ubat alahan, tujuannya membantutkan hisetamin dalam badan, penyebab berlakunya anaphylaxis
- Ada pelbagai jenis yang mengikut jenis alahan anda. Ada ubat yang kuat dan ada yang agak mild. Saya bukanlah orang yang betul untuk cakap pasal ubat-ubatan ni hehe jadi, pastikan anda dapatkan ubat yang betul dari prescription doktor. 🙂
- Sebagai contoh, saya merupakan seorang yang ada ‘Shellfish allergy’ tahap serius, (semua makanan laut bercangkerang), ubat yang efektif untuk saya namanya ialah ‘Prednisolone’ dan ‘Loratadine’.
Kecil je pil nya, tapi pahit dia Masya-Allahh 😅🤒
- Ubat adalah short term and quick solution untuk simptom alahan atau Anaphylaxis yang tidak kronik, contohnya gatal-gatal dan bengkak kulit
- Sekiranya sampai tahap sesak nafas, anda perlukan epinephrine segera!

 Sesiapa yang pernah ada sejarah anaphylaxis dan alahan yang teruk, sekali lagi anda AMAT DIGALAKKAN simpan ubat anti-hisetamin ni dalam beg okay? 🤓👍🏼



Mengapa Seseorang Itu Boleh Mendapat Alahan?


Sebenarnya, jawapan dia wallahua’lam. Alahan ni boleh datang secara tiba-tiba, walaupun tak pernah ada sejarah alahan pada apa-apa, dia boleh menyerang tiba-tiba. Semuanya bergantung kepada badan masing-masing, bagaimana sistem imunisasi seseorang itu berfungsi dan berkembang. Boleh jadi juga seseorang yang ada alahan itu tiba-tiba hilang alahannya walaupun ini jarang berlaku. Kebanyakan kes, alahan akan menjadi semakin kuat dan teruk.

Tetapi secara teori, bolehlah disimpulkan kepada 2 faktor utama, iaitu :

1. Genetik


Mengikut kajian, jika salah seorang dari ibu bapa mempunyai alahan, anak mereka mempunyai 30% - 50% risiko untuk mendapat alahan juga. Tapi, tak semestinya alahan yang sama. Contohnya si ibu ada alahan kepada makanan laut, tapi si anak pula alah kepada kekacang. 

Tapi banyak juga kes dimana anak-anak pesakit alahan tidak mewarisi apa-apa alahan itu. Jadi, sekiranya anda ada alhahan, walau sekecil mana pun kadar alahan, anda perlu lebih berjaga-jaga tentang anak anda.

2. Faktor persekitaran


Persekitaran seseorang boleh menyebabkan seseorang itu develop alahan. Susah nak digambarkan dengan ayat bagaimana ia berfungsi, tapi sebagai contoh di negara barat ramai orang dewasa dan kanak-kanak yang alami alahan debunga, terutama di beberapa kawasan. Namun di negara asia pula, alahan debunga merupakan suatu yang ‘rare’. Tetapi ramai yang mempunyai alahan makanan laut.

Hal ini kerana mungkin kandungan bahan penyebab alahan (allergen) dalam makanan laut yang dihasilkan di sekitar asia, mempunyai kadar bahan allergen itu yang lebih tinggi berbanding di negara barat. Walaubagaimanapun, tiada bukti kukuh untuk menyokong kenyataan ini. Alahan ialah suatu yang sangat subjektif kepada individu. 

Apa itu Shellfish Allergy?


Shellfish ni dalam kategori seafood, iaitu haiwan laut yang bercangkerang, samada berkaki ataupun tidak.
Contohnya, udang, ketam, siput, kepah, kerang, lala, kupang dan lain2 (scallops, mussels, cockles etc),
Selain sorong dan ikan. 
(kadang2 sotong dan ikan pun boleh membawa alahan pada sesetengah individu)

Shellfish allergy merupakan salah satu allergy yang sangat sering berlaku dalam kalangan orang yang ada alahan. Dalam shellfish ni ada satu protein bernama Tropomyosin. Protein inilah biasanya yang trigger alahan seseorang, sekiranya orang tersebut sensitif dengan protein ini. Semakin tinggi kandungan Tropomyosin dalam makanan itu, semakin parah simptom yang dilalui oleh pesakit. Alahan shellfish yang teruk boleh sampai ke tahap Anaphylaxis (hmmm, sakit tau anaphylaxis ni bukan main2...take care).

Ada juga orang yang ada alahan kepada one specific shellfish je, contohnya dia allergy kepada udang sahaja. Tapi kerang, ketam semua dia boleh makan. Jadi kena buat eksperimen sikit dengan badan kita, apa yang boleh dan apa yang tak boleh.

Cara nak buat eskperimen ni senang je, Saya sendiri pun masih sedang lakukan untuk discover apa jenis2 shellfish yang saya allergy. 

Caranya :
Tadi saya nak test allergy terhadap kupang/siput sudu, jadi saya readykan ubat anti-hisetamin kat sebelah, dan cuba makan sikit lebih kurang satu suap je kupang tu. Tunggu bebeapa minit dan rasakan ada tak apa2 allergy reaction macam gatal kulit, bengkak muka atau badan, bengkak saluran nafas atau sesak nafas. Jadi hasilnya tadi, saya dapat rasakan yang saluran nafas saya di pangkal leher dan hidung tu macam semakin sempit dan bengkak. Haa maknanya saya allergy pada kupang lah tu! Jadi terus cepat2 telan ubat anti-hisetamin tadi, dalam beberapa minit akan surut simptom tu. Maka, saya pun take note dan perlu jauhi kupang seumur hidup 😭🥺🤲🏻

Kalau anda dah cuba dan takada apa2 simptom, tahniah dan alhamdulillah!

Kalau Saya Pernah Diserang Anaphylaxis, Adakah Saya Berisiko Diserang Lagi?


Yes absolutely, unfortunately... 😅

Malah, anda juga berisiko diserang Anaphylaxis dengan simptom yang lebih cepat, kuat dan dahsyat berbanding yang sebelumnya. 

Ini kerana, apabila badan kita dah recognise musuhnya iaitu allergen ni, kemudian dia menyerang dengan menghasilkan hisetamin yang kemudiannya menyebabkan Anaphylaxis. Badan kita menyimpan memori musuh itu, jadi sekiranya lepas ni badan kita detect allergen tersebut masuk lagi dalam badan, jadi sistem pertahanan badan dah lebih bersedia dan cepat bertindak. Lebih banyak hisetamin dihasilkan dengan cepat, menyebabkan lebih teruk simptom Anaphylaxis yang kita alami.

Jadi, perlulah berjaga-jaga selalu, jangan sesekali ambil mudah. Praktiskan langkah berjaga-jaga 👌🏼
 Ingat, Anaphylaxis boleh membawa maut!


Langkah Berjaga-Jaga Buat Diri Sendiri dan Keluarga


1. Kenalpasti sejarah alahan ibu bapa dan anak-anak

2. Kalau ada duit lebih, boleh buat ujian alahan di klinik untuk ketahui samada anda mempunyai apa-apa alahan. Namun, kosnya agak besar.

3. Sediakan EpiPen dan ubat anti-hisetamin dirumah

4. Tuliskan maklumat alahan di telefon bimbit, beg sekolah anak-anak

5. Maklumkan kepada semua ahli keluarga dan guru anak-anak tentang alahan yang dialami, untuk elakkan terdedah kepada bahan yang trigger alahan itu

6. Cari nombor telefon klinik terhampir yang menyediakan rawatan alahan/Anaphylaxis

7. Kawal disiplin diri, jauhi bahan yang anda ada alahan. 
Walaupun itu makanan kegemaran, tolong jangan sentuh atau cuba2 makan ye.
(Note : Saya sendiri faham betapa sukarnya nak jauhi sebab saya sendiri pun selama ni suka sangat makan seafood, tiba-tiba saya dapat alahan shellfish. Jadi saya terpaksa tinggalkan semua nikmat2 makanan laut tu, kecuali ikan. Memang ujian, tapi semuanya demi kebaikan diri sendiri juga kan? :’D)


~ Hidup untuk berbakti, Bukan sekadar menikmati ~

Comments