Kisah Anisya – Disebalik Senyuman Anak Kecil

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt dan salam syawal ❤️




Saya ingin menulis tentang seorang kenalan/sahabat/adik saya yang mana saya kira suatu rahmat saya mengenalinya. Allah hantar dia dalam hidup saya tepat pada masanya. Memberikan saya banyak sangat kesedaran dan pengajaran. Menjadi teman. Penguat saya dikala saya takut. Tenangnya seorang Anisya itu ibarat hidupnya persis kisah puteri puteri raja, sedangkan realitinya jauh sekali.


Buat Anisya, awak mungkin tak tahu Kak Zunnur begitu kagum dengan awak, awak mungkin masih terlalu muda namun awak telah berjaya memberi impak yang besar dalam hidup orang yang lebih dewasa umurnya. Mungkin awak tak tahu saat ini Kak Zunnur tuliskan cerita awak, akak minta maaf sekiranya awak tak suka, tapi kekuatan awak ingin sekali akak ceritakan pada orang lain, supaya kami sama-sama mendapatkan kebaikan daripadanya. Mungkin saat ini awak masih dalam pergelutan ujian Allah buat awak, tapi Kak Zunnur yakin awak bahkan sedang tersenyum dan bermain gembira seolah-olah tiada kepedihan yang awak sedang rasakan.


25 November 2019,
Saya mendaftar masuk ke wad di HKL bagi menjalani suatu pembedahan lagi beberapa hari. Dalam wad tersebut sangat ramai dan penuh pesakit, jadi saya ditempatkan di kubikel paling belakang sekali. Kubikel tu kosong tak berpenghuni hanya ada katil2 rosak dan lama, ibarat stor barang rosak. Tapi sebab tak muat sangat, saya terpaksa duduk situ dulu sehinggalah ada kekosongan di kubikel wanita. Mereka tambah satu katil elok untuk saya. Alhamdulillah okay saja, saya tiada masalah pun duduk situ. Wad tu open, bukanlah sebilik sebilik. Jadi seluruh wad meriah saja walaupun saya sorang2 di kubikel hujung.





Lepas settle semua urusan dan barang2, umi balik dulu ke rumah. Kiranya malam itu dan hari itu saya duduk sorang saja dulu, lagipun masih sihat sebab belum operate lagi. Walaupun sebenarnya saya takut kena tidur sorang2 ni hahaha tapi kasihan pada umi dan wad ni pun meriah, so tak apa saya kuatkan hati jangan fikir bukan2 😂
Untuk memenuhi masa saya duduk je kat katil buat hal sendiri, kadang2 sembang sikit dengan pelawat2 yang datang ziarah keluarga mereka.

Sampailah satu masa saya solat asar di tepi katil, selesai solat saya duduk atas katil dan mengaji. Saya betul2 terlupa nak bawa mushaf, jadi mengaji pakai phone je waktu tu. Kemudian, seorang makcik masuk ke kawasan kubikel saya dan beritahu saya dia nak tumpang solat di kubikel ni sebab kosong. Di tepi makcik tu ada seorang budak kecil, anak lelaki pakai baju wad. Saya tak tahu kenapa masatu saya nak tegur anak tu, tapi saya takut. Saya nak tengok muka dia, tapi saya takut dia tak selesa. Saya sangat suka budak2, suka main dengan diorang tapi tak tahu lah kenapa saya tiba2 takut. 😞

Tiba-tiba masa ibunya sedang solat budak itu datang dekat katil saya. Dia renung saya sedang buat apa. Dia datang dekat nak dengar saya mengaji.
Saya mengangkat muka dan senyum pada dia.
Dengan manis sekali dia senyum balik pada saya.

Masya Allah Allahuakbar. Saya dapat lihat jelas sekali, Mukanya bengkak bengkak, berbalut dan ada wayar yang keluar dari hidungnya. Saya yang melihatnya pun terasa ngilu, namun dia masih boleh senyum dengan manis sekali. Masatu dah terdetik dalam hati, dia ni sangat kuat.

“Haii adik. Adik nama apa?”

Aannsndjs#$&” ( sebutan tak jelas, saya tktahu nak type cemana utk gambarkan tak jelas tu 😅)

“Apa dia? Ahmad?”

“Bukan, Aannsndjs#$&

“Ani...?”

“Anisya”
 dengan susah payah dia cuba sebut nama dia. Mulutnya bengkak saya tak pasti sakit apa, ada kesan jahitan besar dimukanya. Saya rasa bersalah sangat sebab menyusahkan dia kena tahan sakit bercakap dengan saya.

“Ohhh anisya! Cantiknya nama! 🥰”
Sebenarnya masatu saya cuba cover yg saya terkedu, saya mati matian ingatkan dia anak lelaki, mungkin sebab rambutnya pendek, dan struktur muka dia yg bengkak, menghilangkan sedikit wajah anak perempuan itu. Ya Allah kasihan sungguh anak ini ya Allah, maafkan aku ya Allah. Aku tersebut Ahmad tadi mesti dia tahu aku terfikir dia lelaki. mesti dia sedih yaAllah.

Kami borak2 lama sampailah ibu Anisya selesai solat. Lepastu saya berkenalan dengan ibu Anisya juga, mereka berasal dari Pahang, Umur 9 tahun dan sudah 21 hari Anisya warded. Mereka bukan orang senang, nak datang jauh2 ni bukanlah mudah bagi mereka. Ya Allah kesian Anisya, kesakitan dia tak surut2 walaupun dah hampir sebulan lepas operation.
Saya masih tak berani nak tanya Anisya sakit apa, dan cuba kekal tersenyum walaupun hati saya dah menangis dah sebab rasa kasihan sangat2.

Tak lama lepastu, saya dah makin rapat dengan Anisya dan ibunya, saya ajak Anisya main kat katil saya sebab dia mesti dah bosan sangat terkurung dalam wad ni. Anisya happy sangat2, dia pergi ambil beg dia yang penuh berisi magic pen, pensel warna, kertas dan segala barang mainan kanak2. Masatu saya tersentuh sangat, dia juga seperti kanak2 lain, suka bermain suka warna warni, tapi dia diuji pada usia ini perlu tanggung kesakitan yang amat. Dan ramai lagi kanak2 macam Anisya, tapi kita tak kenal, kita tak jumpa mereka tak tahu dimana mereka.






Sedang kami melukis lukis, ada nurse datang untuk cucuk jarum drip pada tangan saya. Hahaha Anisya ni tahu2 je saya cuak dia pandang mata saya dan cakap tak apalah tak sakit pun. Malu je dengan budak2 haha. And memang betul taklah sakit mana ahaha. then nurse bagitahu esok bersedia dalam jam 10 pagi giliran saya masuk OT (operation theatre).

Ehh terkejut bukan main saya masatu, sebab seingat saya tarikh saya patutnya 28 Nov kenapa tiba2 esokkk. 😣 Rupanya memang tarikh saya diawalkan sebab doktor2 available esok. Dengan senyuman redha dan pasrah dan takut saya mengangguk angguk je :’)

Walaupun ini bukan kali pertama saya lalui operation, tapi debaran dia sama je macam first time. Anything can happen masa kau dipengsankan tu, tawakkal pada Dia semoga Dia lindungi.

Then Anisya bersuara,
 “Kak Zunnur jangan takut tau. Dokor baik, doktor kat sini semua hebat dan baik. Tengok muka Anisya dah nak sembuh dah.”

“Dulu Anisya ada ulcer besar sangat dalam mulut sampai mulut Anisya keras tak boleh bukak, takboleh makan minum tak boleh bercakap. Doktor potong pipi Anisya kiri kanan dan buang bahagian isi yang dijangkiti ulcer tu. Dulu pipi Anisya tembam sangat sebab doktor bagi ubat untuk tambah isi sebelum opepration. Lepas potong pipi tu, doktor lipat kedalam dan jahit semula”

Masya Allah Allahu Akbar

“Jahitan ini awal2 dulu macam ada lipan tau kat muka Anisya! Besar sangat takut sangat! Tapi tengok sekarang, dah buka jahitan dah makin hilang dah, cantik kan, jadi macam garisan halus je! Tiub ni pulak untuk masukkan susu, Anisya tak boleh makan minum dengan mulut. Jadi masuk ikut saluran hidung terus sampai ke perut. Sakit sikit tapi anisya perlu zat”

Allahu Akbar. Hati saya Bagai tersiat2 dengar apa yang Anisya lalui. Saya tak tanya pun, tapi dia yang ceritakan, mungkin dia tahu yang saya cuba jaga hati dia tapi dia sangat2 tenang dan open. Dia sangat matang walaupun dalam tubuh kecil itu.

”Ohh macam tu ya, kuatnya Anisya! Apa punca ulcer tu Anisya?”

“Doktor kata punca sebenar tak tahu kenapa. Doktor kata darah Anisya memang ada masalah sikit, darah Anisya sendiri bawa penyakit tu. Masa Anisya 3 tahun (saya tak ingat 3 atau 5 tahun exactly), 
Ulcer tu ada kat kaki anisya ni. Mula2 macam kudis, tapi lama2 dia makan tulang tulang dan daging anisya. Habis jadi hitam kawasan jari2 ni. Macam orang kencing manis tu kan hitam, tapi anisya takada kencing manis pun. Kak zunnur tahu kan?”

“Allah iya kak zunnur tahu,” Allah taala sahaja  strugglenya saya kekalkan raut wajah yang ceria sambil mendengar Anisya cerita, dia bercerita ibarat itu adalah kisah yang biasa2. Bukanlah suatu yang menyedihkan dia atau menyakitkan dia. Sungguh hebat anak ini yaAllah. Dia nak bercerita, tapi adakah sebab orang takut dengan dia jadi dia tak ada kawan selain keluarga dia sendiri.

“Jadi doktor terpaksa potong bahgian jari jari kaki anisya sebab tak mahu penyakit tu merebak. Sebab tu Anisya takada jari kaki ni hehehee”

Sambil tu dia tunjukkan kaki dia, saya tak perasan sebelum ni. Memang betul, kaki kecil miliknya itu sudah tkaada jari. Ada kesan jahitan.
Tiada kata-kata yang boleh saya ucapkan masatu. Saya terdiam seribu bahasa, mendengar melihat dan berdoa untuk anak kecil dihadapan saya ini. Semoga Allah lindungi dia selalu, kurniakan dia sahabat2 yang baik, kurniakan dia childhood yang indah seperti kawan2 seusia dia. Kurniakan dia kekuatan seperti ini sehingga dia besar.

Sepanjang saya melukis sengan dia, saya muhasabah diri saya sebanyak-banyaknya.
Ya Allah apalah yang aku nak sedih sangat dengan ujian yang kau beri pada aku ni. Sikit sangat sakitnya berbanding ujian yang kau beri pada Anisya.

 Apalah aku nak rasa lemah atau takut. Sedangkan jasad kecil tepi aku boleh berani dan tabah hadapi puluhan tusukan2 jarum dan pisau. Kalau dikira2 berapa banyak kali dah Anisya keluar masuk hospital, keluar masuk bilik bedah.

Ya Allah apalah lemahnya semangat aku ni nak dibandingkan dengan membaranya kekuatan Anisya. Walaupun peluang untuk dia kembali sembuh speerti dulu sangatlah tipis, penyakit dia boleh datang menyerang lagi bila2 masa. Wajah dia selamanya tak akan kembali sperti dahulu, tapi dia kekal ceria.
Kesan-kesan luka pada tubuh Anisya menjadi saksi betapa kuat dan tabahnya gadis kecil ini ya Allah. Ringankanlah ujian Mu pada Anisya yaAllah.
Dia tak pernah mengeluh, dia terima semuanya, dia kuat.
Give her everything she wants ya Allah.

Selesai lukis, saya cakap dengan dia
“Ni kak Zunnur bagi Anisya tau lukisan ni. Ingat selalu dan simpan tau.
Laugh so you won’t feel the pain. Maksudnya, sentiasalah gembira supaya Anisya tak teringat kesakitan Anisya”




“Anisya ingat tau, Anisya ni Allah sayang sangat. Allah nak Anisya dekat dengan Allah sebab tu Allah uji Anisya sikit. Nanti Anisya dah besar, Anisya sentiasa tolong ibu ayah Anisya ya. Anisya dah sihat nanti, inshaaAllah Anisya boleh bantu orang lain.”

“Allah sayang Anisya?” Dia tanya.

“Ya, Allah bagi Anisya rasa sakit sikit sekarang sebab Allah nak bagi Anisya lebih banyak benda best selepas selepas ni”

“Okay. Kak Zunnur pun kena berani tau nak bedah esok. Jangan takut, memang rasa sakit sikit. Tapi nanti Allah nak bagi benda lagi best kat Kak Zunnur jugak”

😊😭❤️


Keesokannya, nurse dah datang dan saya dah siap2 pakai jubah pembedahan. Saya kumpul semua keberanian dan kekuatan yang saya serap dalam diri Anisya. Sungguh Allah datangkan Anisya pada ketika itu untuk saya kembali betulkan niat saya lalui pembedahan itu, lalui ujian hidup saya yang kecik ciput macam habuk ni.


Sepanjang saya ditolak atas katil perjalanan ke OT tu, saya banyak termenung dan teringat kisah Anisya ni. Umi pun turut ikut iringi saya sampai ke pintu OT.
Selawat dan zikir menjadi pil penguat. Sungguh, sakit hari ini semoga menjadi penguat semangat selepas ini.

Dah masuk dalam OT, siap pasang segala wayar ke badan dan monitor, pakar bius pun datang untuk bagi ubat anaesthesia (ubat pengsan nama mudahnya hahaa). Doktor inject satu ubat ni agak pekat, rasa menusuk masuk dalam urat-urat saya huhu pedih jugalah. Kemudian ada alat nebulizer tu dengan perlahan doktor tu kata

“Selawat dalam hati ya, ini oksigen je sedut dalam dalam ya”

Hehehe dalam hati saya gelak je hehe doktor saya tahu ini bukan oksigen ni hahaha.

Saya sedut nafas melalui nebulizer yang dimasukkan ubat pengsan tu, baunya macam segar2 tajam mint gitu rasa nak terbatuk pun ada.
Sejuk bilik OT tu makin lama terasa suam. Berlapis2 selimut dan metal foil dia balut badan saya haha. Menarik menarik, saya tak puas lagi perhati dan analisa bilik OT tu sebenarnya tapi lepas beberapa sedutan nafas tu, saya dah mula rasa pening kepala

Ceiling yang saya pandang dari tadi tiba tiba nampak makin jauh makin jauh
Suara suara doktor yang ramai dalam OT tu jadi sayup sayup hilang
Lampu atas kepala saya ni pun dah nampak berpusing pusing
Monitor yang tunjuk degupan jantung saya tu pun saya nampak makin lama makin kabur

Ashhadu alla ilaha illaAllah, wa ashhadu anna muhammad rasulullah.
Sekiranya saya tak bangun dah lepas ni, sekurangnya sempat saya mengucap dulu. Kita takkan pernah tahu ajal kita bukan? Anything can happen at any time.
Selepas beberapa saat, semuanya hitam dan saya tidur sedalam dalamnya.

Tidur semasa pembedahan adalah tidur paling nikmat sekali, serius saya cakap. Best sangat, rasa lena macam tidur bertahun tahun sedangkan beberapa jam je sebenarnya. 😝

Pendek cerita alhamdulillah pembedahan tu berjalan lancar dan ambil masa lebih kurang 5 jam.
Saya sedar betul2 masatu saya dah sampai wad semula, sepanjang perjalanan balik ke wad tu saya macam 50-50 antara sedar dan tak haahahha kacau je kita tengah sedap tidur tu nurse kejut pulak 🥺🥺

Sebaik sahaja saya bukak mata saya nampak Anisya dan umi kat tepi katil. Anisya senyum je pandang saya. Masatu saya pun muka dan badan dah berbalut balut. Dah terasa sikit2 tegang kesan jahitan, ubat bius masih ada lagi jadi tak rasa sakit sangat. Tapi saya tak ada kekuatan nak bercakap.

Dalam dua hri tu, Anisya banyak kali jenguk saya. Dia faham saya sedang sakit baru2 lepas operate. Saya tahu dia teringin nak main dengan saya lagi, tapi saya betul2 tak mampu. Walaupun kadang2 saya rasa macam unbearable dah sakit tu, tapi bila teringat Anisya, saya rasa berkurang sakit tu, saya rasa macam dapat kekuatan dari dia.

Apa yang saya lebih sedih ialah saya tak mampu bangun solat. Semuanya saya buat atas katil. Umi tolong ambilkan wudhu untuk saya, kasihan umi penat sangat jaga saya. Saya tak mampu bergerak ke tandas. Selama 8 hari saya solat baring. Tapi alhamdulillah Allah bantu saya untuk dapat solat 5 waktu. Waktu tu barulah saya sedar nikmatnya dapat rukuk dan sujud. Nikmatnya berjalan. Nikmatnya dapat bercakap dan ketawa. Nikmatnya bernafas, pada waktu tu setiap kali saya tarik nafas mesti rasa sakit. Operation tu melibatkan tulang bahagian rusuk, jadi pernafasan saya sangat2 terganggu. Nak senyum dan ketawa pun pedih.

Macam mana pun, kesakitan yang Anisya rasa jauh lebih hebat dari ini. Jika Dia mampu tersnyum, aku pun mesti senyum seperti dia.

Beberapa hari lepas operation, umi bagitahu yang masa saya tidur tadi, Anisya dan ibu dia datang. Mereka dah nak balik. Ansiya dah boleh discharge.

😢😢😢 Saya sedih sangat tak dapat jumpa Anisya for the last time, dia antara sumber kekuatan dan  inspirasi saya sepanjang dalam wad. Tapi alhamdulillah saya gembira untuk dia, sebab dia dah boleh balik.. Semoga Allah kurniakan kesihatan untuk dia amin..

Genap 9 hari di wad, saya pun dah boleh bangun katil dan berjalan. Saya boleh discharge pulak alhamdulillah.

Hmm sebenarnya banyak lagi benda yang menarik berlaku, kisah2 hebat orang lain dan menginsafkan sepanjang saya berkawan dengan ahli2 wad. Tapi setakat ini saya ceritakan tentang Anisya sahaja dulu, sebab dialah yang paling istimewa dalam hati saya.

Hari saya discharge, ada wasap masuk dalam fon saya , mesej itu dari Anisya🤩🧐
 saya tak ingat bila dan bagaimana dia dapat nombor saya tapi alhamdulillah saya tak adalah  terputus hubungan macam tu je dengan dia.

Sejak tu dia selalu wasap saya tanya khabar dan cerita macam2, dari jauh dia masih ingat pada saya. Saya tengok profile pic dia masyaAllah comelnya budak ni, wajah dia sebelum dia operate sangat2 cute dan nampak sihat sangat. Allah uji dia dengan ujian yg hebat sebab dia memang hebat.
Sekarang pun dia masih laagi cute sangat, cuma ada kesan2 jahitan dan bengkak. InshaaAllah semoga surut dan kembali pulih.

Terima kasih ya Allah untuk perkenalan ini. Walaupun umur dia macam anak kecil yang naif, tapi dia sangat matang, sangat berdikari dan positif. Saya sayang Anisya sangat2 ya Allah.

Beberapa hari kemudian saya dapat berita Anisya kena masuk hospital lagi sekali sebab jangkitan tu makin merebak lagi 😭😭 Ya Allah mudahkan semuanya untuk dia ya Allah.

Untuk anda yang membaca entri saya ini, saya mohon sangat doakan kesihatan dan kekuatan buat Anisya. Semoga dia sembuh dan dapat kembali ke sekolah, dapat bermain dengan kawan2 seumur dia, dapat senyum dengan bebas, berlari dengan bebas tanpa kesakitan menjadi penghalang. Saat ini saya sudah sembuh dan kesakitan kian hilang, namun Anisya masih lagi berperang dengan penyakitnya, sudah bertahun2. Bantulah dia yaAllah. Sihatkanlah dia.

Sekian sahaja Kisah Anisya – Disebalik Senyuman Anak Kecil
 sehingga kini kami masih selalu contact dan sehingga kini dia masih ceria dan positif macam dulu. Suatu hari ada rezeki kalau saya pergi ke Pahang, inshaaAllah saya nak cari Anisya, nak melawat dia. Doakan ya :)

Wallahualam.









~ Hidup untuk berbakti, Bukan sekadar menikmati ~

Comments

  1. amiiin. saye doa zunnur dan anisya dberikan kesihatan yg baik.

    ReplyDelete
  2. Ceritalah lagi ������ saye dah follow blog ni lama dah semua saye baca. Lepssni postlah lagi banyak tau sebab smua sgt beneficial. Btw insyaAllah awk dpt jumpa anisya lagi ��

    ReplyDelete

Post a Comment

“Value those who give you constructive criticism, because without them doing so, you will never reach the peak of what you are doing.”
― Unarine Ramaru