Resipi Walnut Carrot Cake with Cheese Creme

Assalamualaikum wbt

InshaaAllah saya share resipi kek ni yaa, carrot cake ni one of kek yang saya agak mahir membuatnya ehe, compare to kek jenis lain. Jadi saya berani sikit untuk share resipi ni.

Firstly, Niatkan kita masak atau baking ni untuk bagi orang happy, baking dengan mood yang happy dan positif, inshaaAllah kek akan menjadi! Ada berkat dalam makanan itu inshaaAllah 💗
Selamat mencuba!


This one saya buat masa hari lahir saya tahun ni, sebab tu hiasan atas macam beria sikit haha. Kalau untuk makan biasa letak creme cheese tabur grated carrots sepah2 sajaa.


BAHAN-BAHAN KEK
1 1/2 Cawan tepung gandum
1 sk serbuk penaik
1 sk soda bikarbonat
1 sk garam
2 biji telur
1 1/4 cawan gula halus
1 cawan lobak merah siap parut/grated (5 ke 6 biji carrot mengikut saiz)
1/2 cawan kiub nenas (blended)
1/2 cawan minyak sayuran
1 cawan walnut (bake terlebih dahulu supaya masak dan rangup)

BAHAN-BAHAN CHEESE CREME
250 gm krim keju
1/2 cawan susu pekat
2 sk jus perahan lemon
1/2 cawan susu segar
Secubit garam

HIASAN TOPPINGS
Grated carrot
Walnut bakar yang ditumbuk
Buah buahan



CARA-CARA MENYEDIAKAN KEK

1. Ayak tepung gandum, gula, garam, soda bikarbonat, serbuk penaik.
2. Masukkan telur, kiub nenas yang siap diblend, minyak sayuran dan gaul/pukul sekata
3. Masukkan lobak merah yang diparut dan kacang walnut, gaul/whisk sekata
4. Gunakan kaedah water bath bake, masukkan air dalam loyang yang lebih besar berbanding loyang kek, letak loyang kek ke dalam water bath tu baru masukkan dalam oven
4. Bakar dalam oven pada suhu 170 darjah celsius selama 50-60 minit


Tips : 
- Gunakan whisker untuk mudah
- Saya suka gunakan gula halus dan kemudian saya kisar lagi sampai jadi super halus (tekstur mcm icing sugar). Dengan itu, rasa manis dia tak hilang dan gula lebih sekata dalam adunan.
- Boleh masukkan sedikit susu segar dalam adunan kek, tapi jangan banyak nanti kek tak naik.
- Water bath bake dapat memastikan kek anda lembut dan lembap!


CARA -CARA MENYEDIAKAN CREME CHEESE

1. Pukul/whisk ketulan creme cheese sehingga tekstur berubah jadi halus dan nipis
2. Masukkan susu pekat, susu segar, jus lemon dan garam
3. Whisk lagi sehingga krim sekata, halus dan sedikit kembang
4. Sejukkan dalam peti sejuk

HIASAN

1. Bila cake sudah selesai dibakar, sapukan creme cheese pada bahagian atas dan tepi kek.
2. Tabur grated carrots dan walnut yang ditumbuk halus
3. Boleh hiasi dengan buah-buahan
4. Deco mengikut creativity anda!

Dah siap!!  Selamat mencuba :)



~ Hidup untuk berbakti, Bukan sekadar menikmati ~

Comments