Resipi Japanese Cheese Cake

Bismillah assalamualaikum wbt.
InshaaAllah saya sharekan resipi Japanese Cheese Cake ni dan ada seketul dua tips untuk jadikan dia Jiggly dan Fluffy 💘

Ingat ya, mulakan dengan niat yang baik dan persekitaran bersih. Mood yang happy dan positif ketika memasak inshaaAllah menghasilkan makanan yang sedap dan berkat!






BAHAN-BAHAN KEK
250 gm krim keju
1/2 cawan tepung gandum
2 sb tepung jagung
Secubit garam
6 sb butter/mentega
1/2 cawan susu segar
2 sk jus perahan lemon

BAHAN-BAHAN MERINGUE
6 biji telur
1/2 cawan gula castor

HIASAN TOPPINGS
Icing sugar
Buah-Buahan


LANGKAH-LANGKAH MENYEDIAKAN KEK

1. Sediakan meringue

  • Asingkan telur putih dan telur kuning
  • (Tips : Jangan ada tercampur sikit pun telur kuning, nanti meringue tak jadi)
  • Pukul/whisk perlahan telur putih sehingga berbuih
  • Masukkan gula perlahan-lahan sambil teruskan whisk
  • Whisk kuat sehingga campuran meringue mula menjadi stiff (terbentuk, tidak cair dan megalir)
2. Double boil butter dan susu segar sehingga cair dan sebati. Sejukkan.
(Tips : Masuk microwave pun boleh untuk jimat masa)

3. Ayak tepung gandum, tepung jagung dan garam

4. Masukkan telur kuning, cecair susu dan butter ke dalam adunan.
   Gaul sehingga sebati.

5. Masukkan sedikit demi sedikit meringue ke dalam adunan tepung. Campur sekata.
(Tips: Jangan whisk. gunakan kaedah 'fold in'. Gunakan senduk, kaut dari bawah ke atas dan ulang-ulang banyak kali. Buat perlahan-lahan.)

6. Sediakan water bath.

7. Gunakan kaedah water bath bake, bakar pada suhu 150 darjah celsius selama 1 jam.

8. Hiaskan dengan taburan gula icing dan buah-buahan

Dah siapp! 💗 Mudah sahaja kan? Selamat mencuba!




 ~

Comments