Coronavirus — Our Daily Life
Bismillahirrahmanirrahim
Saya berniat untuk rakamkan perjalanan seharian saya dan keluarga sepanjang wabak Covid 19 ni, bujan saja-saja, tapi mungkin nanti nak throwback balik what happened, at the end of the pandemic (inshaaAllah soonn) saya nak tengok macam mana naik turun situasi ini, naik turun hidup kami sepanjang wabak.
Hari ini 19 Mac 2020, suasana darurat tu kian terasa (especially di tempat tinggal saya, sekitar selangor kl). biarlah saya abadikan disini supaya suatu hari nanti saya dapat baca balik dan sentiasa ambil iktibar apa yang terjadi sekarang, agar saya tak lupa akan ujian besar yang Allah turunkan pada seluruh dunia, bencana biologi!
I’ll try update this everyday (well i did not haha)
Saya berniat untuk rakamkan perjalanan seharian saya dan keluarga sepanjang wabak Covid 19 ni, bujan saja-saja, tapi mungkin nanti nak throwback balik what happened, at the end of the pandemic (inshaaAllah soonn) saya nak tengok macam mana naik turun situasi ini, naik turun hidup kami sepanjang wabak.
Hari ini 19 Mac 2020, suasana darurat tu kian terasa (especially di tempat tinggal saya, sekitar selangor kl). biarlah saya abadikan disini supaya suatu hari nanti saya dapat baca balik dan sentiasa ambil iktibar apa yang terjadi sekarang, agar saya tak lupa akan ujian besar yang Allah turunkan pada seluruh dunia, bencana biologi!
I’ll try update this everyday (well i did not haha)
Januari 2020
Pada waktu ini, berita tentang Covid19 ni baru2 nak up, waktu ini hanya daerah Wuhan dan Hubei di tanah besar China yang affected. Jadi, rakyat Malaysia seluruhnya dan kami sekeluarga hanyabsekadar mengambil tahu dan mendoakan. Setiap hari umi ayah akan share video2 dan updates tentang covid19 pada kami sekeluarga. So mostly saya pun hanya tahu daripada info2 yang umi ayah share, saya tak berapa ambil kisah sangat awalnya. Walaupun saya memang seorang yang suka up to date dengan current issues, tapi that moment saya pun kat kolej, banyak benda lagi nak fikir, studies, kerja2 lain semua.
But i could say that penghujung Januari, dah mula ada kes di Malaysia. Semuanya bermula dari officers yang datang dari Singapore dan yang balik dari China. Bermula situ, kami sekeluarga dah mula cuba berhati2. Tapi aktiviti seharian masih berjalan macam biasa. Insitusi pengajian masih teruskan class, aktiviti gathering masih banyak dijalankan. Family saya pun ada buat gathering masa tu, beberapa kawan dari kolej pun saya bawak sekali ke event tu. Then after that, kami sempat berjalan2 ke KLCC sebab kawan2 tu semuanya orang jauh, jadii saya fikir bila lagi nak bawak diorang jalan2 kan? (Hmm, tapi sepatutnya tak tau, i was too ignorant)
Even though kami pakai masks masa ke KLCC tu, tapi still bahaya tau actually. Memang rata2 ramai pengunjung pun mengenakan mask, tapi kami rasa tak selesa dan cepat2 balik ky after that. My family semua balik rumah just after the event, so that’s how we were in January, still happily normally going through daily routines.
FEBRUARY 2020
Not much different from january except for precaution action has been taken by officials and public. Saya di ky, adik beradik di uni dan sekolah masing2. Umi ayah kerja macam biasa. At the same time masih lagi rajin baca tentang covid di China . Waktu ni kes covid sudah mula menular di negara2 Lain. Mainly japan dan korea. Kes covid di Malaysia . Ada 2 ke 3 kes, dan mereka dikuarantin di Hospital Sg Buloh.
Hosp ni jauh ye dari rumah saya, 30 minit jugak. Tapi ada jee orang yang kata
“Hey you’re from Sg Buloh right? Stay away from me”
taktaula dia gurau ke srs, husnuzon gurau je kot tapi haha sabar jelah. Yee saya pun taknak dekat dengan awak hehe? Dia siap bawak mask sebab saya duduk dekat2 dengan dia dalam class. Few days later tiba2 dia yang tak sihat, batuk and bersin. Haaaa kan dah karma. 😅Dia pun tak jaga kalau bersin kdg2 tak tutup mulut, hmm sabar sajalah. Saya tak mau sakitkan hati dia the way dia buat kat saya, so harapnya dia sedar sendirilah.
Time ni kat ky, management dah mula provide mask dan hand sanitiser di merata tempat. This is one thing yang saya salute pada healthcare ky, Jadi ada masa aku demam tiba2 aku pun rehat seharian kat sickbay. Taknak orang lain jangkit. Dalam sickbay tu ada berkotak2 mask dan hand sanitiser. Management dah order banyak sangat222 rupanya. Bagus kan?
Tapi program surau dan class berjalan seperti biasa saja. Cuma yang tak sihat tak boleh masuk class.
MAC 2020
March is the beginning of the boom. Covid19 merebak teruk amat sepanjang march. Everyday peningkatan sampai berpuluh dan beratus kes di Malaysia ! Meanwhile China dah makin pulih sampai diorg boleh tanggalkan mask! And now they’re sending help to other countries, but still I believe that there must be some hidden agenda !
Saya rasa, just rasa, tak ada fakta, China is dealing with their patients in an awful way that’s how they’re quick in ‘handling’ it. What i mean here is they sacrifice certain patients and not trying to save everyone. Then they claim to have succeed combating the virus and now they want to become a hero to the world, so that they can become a dominant power soon. Just how USA acted back during the end of WW2, they showed that they are the great power by making other countries rely on USA.
19 MAC 2020
We’re having mid sem break now. Then tiba2 kerajaan umumkan Perintah Kawalan Pergerakan / RESTRICTED MOVEMENT ORDER (RMO) selama 2 minggu sehingga 1 April. So that kami punya trial exam AS Level akan ditunda. Keadaan dah makin parah selepas kes perhimpunan tabligh di PJ (mungkin juga ni propaganda je untuk jatuhkan nama baik tabligh :(( )
Just after the announcement of RMO, rakyat berpusu balik ke rumah masing2. Sebab semua uni , sekolah, office tutup. Polis diarahkah membuat kawalan. Lebih 1000 roadblock seluruh negara. Kat TBS, Lebih 40 000 orang pada malam tu sebab nak naik bas, akibatnya TBS menjadi epicenter dan berisiko timggi utk transfer of virus berlaku! Ya Allah harapnya baik2 belaka, lindungi mereka.
Seepanjang RMO, Kita tk boleh keluar negeri, keluar daerah pun tak boleh. Hanya range 10 kmdari alamat IC , kecuali kerja. Sehaari sebelum announce tu alhamdulillah kami sefamily dah seelamat sampai rumah dari kelantan sebab hadiri majlis kahwin sepupu.kalau tak memang sangkut kami, tapi kakak mawaddah sangkut kat UM tak boleh keluar. Parents pun takboleh masuk.
Alhamdulillah masa trip family tu, kami split 2 kereta, satu dengan umi direct ke kelantan dan satu lagi dengan ayah ke Kedah. Sebab dua2 belah ada kenduri kahwin sepupu. nanti selesai di kedah, gang kereta ayah akan gerak ke kelantan dan jumpa gang umi di sana untuk family time and balik kl sama2.
Saya ikut ayah, sebagai 2nd driver sebab ayah kan sebelah tangan je sihat, jadi lama2 drive nanti ayah penat... jadii saya bersedia membantu hahaa.. saya excited jee sebab tak pernah dapat drive sejauh ni! Dah lama tak buat hobby saya ni iaitu driving 🥰
Best sangat sebab dah lama kami sefamily tak travel jauh, sejak ayah sakit tangan.. Macam2 negeri kami rentas.
SELANGOR — PERAK — PENANG — KEDAH — PERAK balik — KELANTAN — PAHANG — KL
Terengganu was initially in the list, tapi tak jadi pergi for certain reasons :(
And just nice after that semua sempadan negeri dah block.
Bersyukur sangat Allah mudahkan semuanya.
Kami mmg berjaga2 juga lah, sabun tangan semua, sebab majlis kahwin kan ramai orang. Kat majlis pun, kurangkan physical greetings, salam sikit2 mak sedara je. Tetamu lain tak sangat.. dan semua memahami sebab apa, sebab covid. ini beberapa gambar sepanjang Trip.
20 MARCH 2020
Rakyat ramai yg degil lagi and still keluar rumah. Kat penang tu katanya rakyat tak tau pun ada RMO huhu. Ada yang tak faham bahasa melayu katanya so tak faham berita huhu. Macam2 alasan rakyat beri
Kat negeri lain pun sama, masih ada yg keluar dan buat tak endah dengan rmo. Hmm mereka masih tak sedar bahaya tu kat luar tu... kerajaan terpaksa buat arahan hanya ketua keluarga yg dibenarkan keluar membeli barang keperluan rumah.
21 MARCH 2020
Harininayah bagtau yg ayah kena pergi kerja lepas2 niii.. huhuhu kami bangga sebab ayah semangat nak bekerja demi negara. Tapi kami risau keselamatan dan kesihatan ayah. yaa sebab ayah kerja kat hospital. Hospital Pakar Kanak-Kanak UKM di cheras. Cheras ni red zone. Hpkk pulak bakal jadi pusat rawatan covid, Allahu hati mana tak risau kan.... doakan yg baik2 untuk ayah saya, Ahmad Shahzalli Bin Abd Majid 🤲🏻🤲🏻
22 MARCH 2020
Ky akan mulakan online class. Physics dah start dah.. And i think my physics teacher punya approach by utilising Schoology is very2 effective and helpful. Untuk subjek lain tak sure, tak start lagi.
So harini saya intensively (yeke 🤫) study haha, inshaaAllah.
Apa lagi saya buat ye, hmm oh yaa murajaah, inshaaAllah saya sdg cuba istiqamah capai target saya setiap hari. Biar tak laju, asalkan progress dan effective. Dalam murajaah ni ada jatuh bangun dia juga, sama macam masa menghafal dulu. Kadang laju, kadang mudah ingat, kadang susah. Kadang saya beri nasihat pada orang lain. Kadang saya perlukan nasihat dan push dari orang lain.
Hafalan saya pun tidak bagus mana sebenarnya, banyak sangat terlupa sana sini 😢 tapi kena terus yakin Allah akan hargai setiap usaha kita untuk perbaiki diri, perbaiki hafalan. Doa² Allah terus berikan kita hidayah untuk murajaah dengan semangat ni sehingga hembusan nafas terakhir.
23 MARCH 2020
We got to know that one of ayah punya staff kena warded sebab demam dan ada infection pada lung. Dia sedang jalani ujian covid19 dan seluruh office ayah diminta untuk self isolate dari keluarga. Sebabnya mereka ada meeting semalam, dan staff yg sakit tu ada dalam meeting tu. Ayah pulak mmg selalu ada contact dengan staff tu😭
Jadi kami kat rumah terpaksa kuarantin ayah dalam bilik sorang2. Saya kemaskan bilik girls (bilik untuk adik beradik perempuan) , jadi kami semua adik beradik tidur di bilik umi for certain reasons. Saya kemaskan betul, spray disinfectant banyak2 kat semua sudut bilik, kunci dan wallet ayah. Ayah balik kerja je, ayah terus mandi basuh baju dan stay dalam bilik. Makanan pun kami hantar ke bilik.
Ayah masih pakai mask walau dalam rumah 😷 and ayah guna walkie talkie untuk panggil kami kalau ada perlukan apa2 kalau battery fon habis. Haha kelakar kan? Walkie talkie dalam rumah, comel je.
inshaaAllah takada apa2. Kami doa dan doa semoga baik2 sahaja.
24 MARCH 2020
Harini saya rasa macam sakit kepala dan badan nak panass. Tidakk. Jangan dilayan demam ni, kalau kita buat lemah, mudah untuk benda lebih buruk jadi. Saya tak mau fikir bukan2 atau lebih2, alhamdulillah by malam saya dah makin segar.
Ayah balik kerja nampak kepenatan sangat.. kesian ayah sebab ayah masih sakit saraf tangan. Ayah masih Bergantung pada painkillers untuk legakan sakit pada saraf tangan ayah.at the same time kena kerja penat kat site hospital 😢
saya selalu terfikir ya Allah sampai bila ayah perlu bergantung pada painkiller. Kesian ayah, sembuhkanlah ayah. Painkiller ni bahaya untuk long term, sudah setahun lebih ayah makan painkiller, jagalah keselamatan ayah ya Allah.
- Roti dah lama takada kat sekitar saujana utama, bayangkan ada lebih 100 000 penduduk dalam taman ni, kedai pula tak berapa banyak yang bukak, memang cepat habis makanan. Tapi tak apa, apa yang ada kami bersyukur. Masih cukup. Alhamdulillah..,
- Eh ehh ada uncle roti naik motor lalu depan rumah la malam ni. Alhamdulillah 🤩 merasala roti setelah sekian lama, baru aku tahu menghargai sebuku roti bila susah nak dapat. Haih, apala nasib orang miskin dan luar bandar dalam keadaan macam ni? 😞
25 MARCH 2020
- kami buat online class everyday dah... saya rasa effectiveness dia kurang sebenarnya. Sebab tak jelas, books and notes ada yg kat kolej. Tapi tak apalah kita belajar apa yg mampu dari class tu.
Cuma kadng2 saya ada kesulitan sikit untuk join, sebab bila kat rumah, kita sebagai anak, lebih2 lagi anak perempuan, kita mesti nak tolong family kita kat rumah. Kdg2 tu saya perlu bantu masak tengahari pukul 11 ke 12, tapi bila ada class, saya tak dapat tolong masak dan umi ada urusan2 lain, maka postpone lah jadual makan nyaa.. Hmm i should reschedule my life laa sepanjang ada online class ni.
- ALHAMDULILLAH!!! 🤩🥰
Staff ayah yang suspected covid19 tu dah dapat result kali kedua dan negatif ! Alhamdulillah ya Allah!
Kalau positif ayah dan semua kawan skerja dan kami sekeluarga mesti kena pergi buat test covid19 juga. Test tu sakit, bukan nya tak sakit. Alhamdulillah... lega kamii. Dah boleh solat jemaah dengan ayah, boleh salam ayah, boleh masuk bilik ayah 🥰
Alhamdulillah Dia uji kami sekeluarga 2 hari je kena kuarantin ayah.
Okei dah ya untuk update harini, saya nak kena siapkan essay Geography dan IELTS ni haha tak siap lagi.
28 MARCH 2020
- Buat pertama kali sepanjang PKP, pada petang itu saya keluar rumah untuk beli barang-barag dapur. Memandangkan ayah kerja, dan untuk bagi umi rehat, saya tawar diri untuk jadi 'ketua keluarga sementara' pergi beli barang dapur haha. Alhamdulillah inilah tujuan saya buat lesen kereta dan tujuan Allah jadikan saya boleh drive, untuk bantu family :)
Untuk keluar rumah semua orang wajib pakai mask. Jadi masa itu kat rumah kami dah tak ada mask, yang order tak sampai2. Jadi kami gunakan alternatif pakai purdah sahaja. Alhamdulillah memang ada beberapa helai purdah kami simpan. Biasanya saya pakai purdah masa driving (untuk protect skin dari sunburn) dan kadang2 juga bila saya keluar ke tempat2 awam yang aku tak biasa dan kurang selamat. Contohnya stesen bas atau exhibition, mall etc.
Hati memang sangat teringin untuk berpurdah secara total, cuma dari segi keadaan saya yang masih belajar di kolej, dan bakal masuk universiti luar negara (mungkin, inshaaAllah), saya ambil keputusan untuk slow2 biasakan diri dengan purdah. Sehelai kain tambahan yang menutupi wajah itu amat memberi kesan yang besar, memang rasa jauh lebih selamat dan tunduk hati.
Okay back to the story, saya gerak dekat2 maghrib sebab waktu itu orang kurang jadi tak perlu queue panjang. Sesampainya saya di Central Mart (grocery store macam tesco), saya rasa sangaaat kagum dengan cara mereka manage dan handle customer.
Hanya satu pintu hadapan yang dibuka, dan mereka letakkan limit hanya 40 orang sahaja dibenarkan masuk pada satu-satu masa.
Ada staff yang ambil suhu badan kemudian mereka spray hand sanitiser dan berikan gloves plastik.
Jadi kita tak boleh sentuh apa2 barang dengan bare hands.
Then, setiap customer diberi nombor sebelum masuk, nanti nak keluar kena pulangkan semula nombor tu. Ini utk pastikan betul2 40 orang je boleh masuk dalam.
Birthday is not something that matters so much to me. And family saya pun bukanlah jenis yang sambut meriah2 pun. Sekadar ucapan manis2, makan sikit2 dan kadang2 adik beradik bagi hadiah.
Kali ini saja2 nak buat kek sendiri alang2 banyak masa free masa PKP ni, dan dah lama tak buat kek, rindu pulaa.
- Dari jam 10 malam sampailah jam 6 pagi saya tak tidur siapkan 2 biji kek 😆 Seronok sangat tak perasan masa berlalu. Alhamdulillah, so nanti boleh makan sama2 dengan family
29 MARCH 2020
- Alhamdulillah it is my B-Day 💕 Harini genap umur saya 19 tahun, my last teen-age. 12.30 tengahari kami makan sama2 kek yang saya buat semalam dengan pizza sikit. Oh yaa, saya terharu sangat2 bilmana abang mengetuai bacaan doa selamat untuk saya, adik nya yang beza 2 tahun ni.. Dulu masa kecil2 kami berdua selaluu gaduh. Gaduh manja gitulah haha😂 Sekarang alhamdulillah masing2 dah besar, abang pun sangat baik dengan kami adik bradik. masa saya sakit operation kat hospital last year, abang pun banyak tolong, sampai keluar wad pun banyak abang tolong jaga saya. paling special masa abang ikatkan tali kasut (sebab saya masih tak boleh tunduk/bongkokkan badan masatu nanti rasa sakit tempat operation). Special sebab saya tak sangka abang sanggup torbongkok2 tolong ikatkan tali kasut tu kat depan2 mall, depan orang ramai pulak tu hehe sweet juga abang saya ni.. (Abang, if you read this someday, just know that I really appreciate all of your kindness but I'm shy shy cat to tell you 🐈)
I love it to spend the day with all of my family members. Alhamdulillah Allah anugerahkan saya keluarga yang besar. Rahmat dan rezeki yang amat berharga bagi saya. Pada hari lahir ini, saya panjatkan syukur pada Dia yang memberi saya peluang untuk masih hidup sehingga kini, dengan rezeki yang diberi, dengan ujian yang mendidik, terima kasih Tuhan Yang Maha Penyayang.
Walau apa pun jangan kita lupa apa yang jadi kat luar sana, Covid19 yang menyerang seluruh dunia. Beringat-ingat bila makan, bila berhibur. Ada yang sedang menangis disaat ini, terkurung di hospital, terpisah dengan keluarga dan overworked.
- Perintah Kawalan Peregerakan dilanjutkan lagi 14 hari iaitu sehingga 14 April 2020.
Bermakna, tatl PKP akan menjadi 4 minggu iaitu dari 18 Mac 2020 yang lalu. Ini berikutan kes jangkitan dan kes kematian yang meningkat hari demi hari. tak perlulah saya ulaskan disini berapa dan bagaimana, sebab berpuluh2 website dan media sudah buat liputan penuh. Secara umumnya, Malaysia kini dalam Top20 negara dengan jangkitan terbanyak.
Walaubagaimanapun, kerajaan yg diimpin oleh TS Muhyidin Yassin nampaknya amat cekap untuk handle covid19 dinegara ini. banyak feedback yanga amt positif tentang pengurusan covid Malaysia, baik dari feedback locals mahupun masyarakat international.
9 APRIL 2020
- Harini saya kongsikan sedikit gambar2 sebenar keadaan seluruh dunia dengan wabak covid ini.
Banyak gambar yang meruntun jiwa, virus Covid19 ini telah mencatatkan angka korban paling tinggi berbanding pandemik sebelum2 ini seperti Spanish Flu, H1N1 etc.
Saya tanya umi, umi pernah lalui tak istuasi macam ni masa pandemik dulu?
Umi kata tak pernah, dulu skala jangkitan tak seteruk ini. Umi pulak duduk kampung, mungkin tak berapa cakna. Tapi apa yang berlaku kat dunia hari in amat2 pelik dan aneh dan tak kami duga akan berlaku.
Seluruh dunia ibarat FROZEN and HALTED.
Semua orang diberhentikan dari segala kerja-kerja dunia dan fokus pada diri sendiri dan keluarga.
Segala faktor-faktor tekanan, contohnya kerja, pembelajaran dan exam-exam besar dihentikan.
A level cancel, semua exam inernational cancel, exam2 negara pun ditangguhkan iaitu SPM, PT3, UPSR.
Kita ibarat direhatkan dari segala belenggu tekanan normal yang kita lalui setiap hari, dan diarah untuk duduk diam-diam, jaga diri masing2.
Bayangkan, dalam satu tahun itu, kita diberi rehat selama sebulan dari segala jenis aktiviti luaran untuk
Berehatlah sebanyaknya.
Beribadahlah semaksimanya.
Muhasabahlah diri dan keluarga.
Dalam musibah, ada hikmah!
tak dinafikan ada banyak side effects yan negatif hasil dari PANDEMIK ini, namun kita look at the bright side, be positive, husnuzon dengan ketentuan Illahi.
Mari kita teliti gambar2 dibawah, seraplah ibrah sebanyaknya.
Coronavirus Cases:
1,532,439
Deaths:
89,716
Recovered:
337,468
Country, Other | Total Cases | New Cases | Total Deaths | New Deaths | Total Recovered | Active Cases | Serious, Critical | Tot Cases/ 1M pop | Deaths/ 1M pop | Total Tests | Tests/ |
---|
Malaysia | 4,228 | +109 | 67 | +2 | 1,608 | 2,553 | 72 | 131 | 2 | 63,367 | 1,958 |
Alhamdulillah Malaysia berjaya mengurangkan kadar jangkitan dan jatuh ke tangga ke 35 di dunia.
Walaupun jumlah kes dan kematian bertambah, tapi graph menurun.
Next, gambar-gambar pusat pemindahan gelandangan di sekitar Malaysia. Semua pihak benar2 memainkan peranan melindungi nasib warganegara kita walau apapun status mereka. Alhamdulillah ya Allah, nikmat Kau kurniakan kami sebuah sistem negara yang baik, pemimpin dan rakyat yang baik, sistem kesihatan yang terbaik.
Kita sedang dilanda musibah, darurat. Kena kumpulkan seluruh kesabaran yg ada..kerana ini waktu semua orang dalam kesusahan
6 june 2020
Dah lama betul saya tak teruskan update harian. Saya tak sempat curi masa.. tapi hari² yang berlalu sepanjang pkp ini terasa cepat sangat. Dah hampir genap 3 bulan negara kita lockdown. Ramadan dan Syawal dalam pkp. Mungkin saya tak teruskan dah update entri ni :)
Tapi inshaaAllah azam saya ialah saya akan siapkan beberapa entri mengenai
1. Projek DIY Ramadan 2020
- yang saya usahakan bermula dari hari pertama Ramadan.
2. Bedah buku Sejarah Tamadun Alam Melayu karya Prof Zaharah Sulaiman
- InshaaAllah chapter by chapter
3. Review KYUEM
- khas untuk juniors² saya yang berminat sangat nak tahu nii
~ Hidup untuk berbakti, Bukan sekadar menikmati ~
Comments
Post a Comment
“Value those who give you constructive criticism, because without them doing so, you will never reach the peak of what you are doing.”
― Unarine Ramaru