Darah dan Cahaya

   Tahun lepas, saya pernah kongsikan sesuatu kepada kawan sekolah saya. Dan inshaaAllah saya tepek kat sini, semoga bertahun akan datang bahkan jika saya sudah tiada lagi di dunia ini, mungkin seorang dua masih mampu mendapat secebis manfaat dari penulisan saya yang sedikit ini.

Apa kaitannya dengan tajuk entri iaitu, Darah dan Cahaya?

Berkenaan itu saya serahkan kepada pembaca untuk cuba memahaminya mengikut kefahaman masing-masing. We have our own unique way of interpreting things.

Sudahnya, penulis malas fikir maksudnya ke?

Tidak sama sekali. Memang ada maksud yang saya gambarkan disebalik tajuk tersebut yang amat berkait rapat dengan konteks penulisan saya dibawah.
Jika kita berpeluang berjumpa, bertanyalah saya, inshaaAllah saya akan ceritakan maksudnya dari pemahaman saya.

Kenapa tak kongsikan je kat sini maksudnya?

Sebab saya prefer untuk menyampaikannya secara lisan dan bertemu mata.

Baiklah, ini dia.

بسم الله الرحمن الرحيم

Saya cuba fikir,

Ramai saudara islam kita yg lain sekarang (dan dulu apatah lagi) berada di medan perang. Tumpahkan darah dan kerah tenaga serta abaikan kehidupan dunia demi Islam. Mereka baya² dan umur² kita.. Pemuda pemudi.

Allah takdirkan itulah perjuangan dan jihad mereka. Dengan hujus senjata dan bermandi darah.

Jadi , apa yg kita lakukan utk islam?

Saya sedih sebab setakat ni saya ibarat melihat dari jauh.. Doa sahaja terasa tak cukup bagi saya. Saya malu and sedih dgn diri sendiri sbb tak mampu bagi lebih drpd doa kepada Islam.

Kemudian Allah jentik hati saya. Buka mata . Bahawa sebenarnya.. Memang bukan setakat doa je yg kita boleh beri

Perjuangan kita ialah menjadi cendekiawan dan ahli mahir Islam

Jadi saya cuba letak mindset dalam diri

Saya ada kat sini di institusi belajar sebab dihantar oleh Allah, membawa nama dan panji Islam. Saya dihantar utk berjihad, ibarat pejuang berani mati. Matlamat akhir jihad saya ialah mati.
Matlamat hidup saya ialah MATI, yang indah.

Ibarat persiapan utk berperang. Saya dihantar utk kutip seberapa banyak senjata dan kelengkapan utk berperang . Tetapi dalam bentuk Ilmu .

Jadi saya memang dihantar disini utk jihad itu , saya memang akan mati di akhir jihad ini.

Alang-alang nak mati juga , jadi buatlah yang terbaik utk completekan mission jihad tu.

Org di medan perang dah tahu mereka akan mati , jadi mereka train dan lawan dengan sehabis baik . Bukan lawan main² . Andai mati , mereka mati dgn puas dan senang hati sebab dah buat yg terbaik.

Jadi saya azam nak ada niat mcm tu juga. Alang² nak mati juga akhirnya nanti , buat yg terbaik , bukan utk diri sendiri , tapi utk Islam .

Some people might say that this is nonsense. How can belajar mampu menyumbang utk islam kan ? Bayar pada org kafir jugak. Nanti belajar tempat org kafir jugak.

Actually itulah yg kita silap pandang dan anggap 'untuk Islam' tu hanya ayat je tapi susah nak laksanakan.

Dia susah kalau awal² lagi rasa tak nak cuba dan impossible.

Dgn akhirnya kita berjaya jadi cendekiawan tu, cari cara utk contribute to islam .

Contohnya engineer dari palestin yg ditembak mati di Malaysia tahun lepas. Dia ahli mahir islam dlam membina senjata .

Org kafir sanggup korek sampai lubang cacing ahli mahir ni.. dan bunuh! Jadi memang sesungguhnya jadi cendekiawan islam adalah jihad !

Kita kena kembalikan dan ramaikan ahli mahir utk islam.. Jangan anggap ni main².. InshaaAllah kita akan serius..


Jadi bila nak exam.. Ibaratnya kita bawa nama Islam utk lawan dgn org² lain esp yg agama lain . Utk buktikan islam mempunyai cendekiawan hebat !

Seperti zaman dulu² dimana mmg org² hebat ialah Islam.


Jadi bila saya fikir semua ni.. Saya jadi lebih bersemangat dan jelas ttg apa di hujung sana... apa akan saya buat next . Apa saya nak dapat.

Alhamdulillah slow² saya dapat atasi sikit² malas tu ( walaupun masih adaaa lagi ni )

Tapi ingat je. Allah tahu apa usaha kita.. Allah hargai usaha kita .. Dia tidak akan sekali-kali mensia-siakan usaha setiap manusia.
Jadi ayuh mulakan usaha, inshaaAllah berjaya ! ✨




~ Hidup untuk berbakti, Bukan sekadar menikmati ~

Comments