Mati
Pernah tak tiba-tiba anda terlintas persoalan seperti
"Bilakah agaknya aku akan mati?"
"Bilakah agaknya aku akan mati?"
Pernah tak tiba-tiba anda merasakan macam seolah-olah kematian itu sudah dekat dengan anda?
Hmm.. Saya tak pasti bagaimana pengalaman orang lain. Tapi this happened to me. Beberapa kali jugalah. Mungkin kerana saya ada terfikirkan tentang kematian, yang membuatkan saya terbawa-bawa sangat.
Kadang kala bila saya sakit, atau bila saya dimasuklan ke hospital, atau even bila aku terasa sesak nafas dan sebagainya..
Saya hanya fikirkan satu, "Ya Allah is this my time? Bersediakah aku?"
Amalan-amalan ibadah yang saya lakukan amatlah ciput, entah ikhlas ataupun tidak, entah diterima Allah ataupun tidak. Sedangkan dosaku bagaikan gunung ganang yang tiada penghujung. Bagaimana aku nak menghadapi Allah dengan keadaan begini? 😭😭😭
Saya selalu cuba amalkan doa memohon kematian yang baik, saya terlalu risau bagaimanalah keadaan saya ketika ajal menjemput.
Saya sudah bertaubat ke belum dari dosa?
Hutang semua sudah selesaikan?
Adakah umi ayah redha ketika itu?
Saya mati bagaimana?
Accident? Penyakit? Tua?
Berjayakah saya mendapatkan Shaheed atau sia-sia?
Minggu ini saya murajaah beberapa surah, antaranya Surah Al Munafiqun Juzuk 28 mukasurat 554.
Ayat terakhirnya amat menikam hati dan jiwaku. Terasa bergetar serta sejuk satu badan apabila membaca ayat ini.
Kadang-kala hatiku gentar yang amat apabila saya bersujud, kerana aku seringkali terbayangkan sekiranya Allah menarik nyawaku sebaik sahaja saya bangkit.
Saya juga amat risau pada waktu malam ketika ingin melelapkan mata dan tidur, sekiranya Allah takdirkan saya mati dan tidak membuka mata lagi. Apakah sudah selesai segala urusanku? Bagaimana jika saya belum bersedia dengan bekalan yang cukup?
"Ya Allah, aku mohon kepadaMu kematian yang baik dan ajal yang indah dan mulia. Matikanlah aku dalam keadaan beribadah, bersujud dan membesarkanMu. Jadikanlah hari kematianku merupakan hari paling bahagia sekali kerana akhirnya aku dapat bertemu dengan Mu dan kekasih hatiku, Rasulullah SAW. Terimalah aku ke pangkuanMu dengan penuh rahmat dan barakah.
Ketika mana MalaikatMu mencabut rohku dari jasadku, ku pohon berikan aku khabar gembira serta raut wajahnya yang lembut kepadaku. Mudahkan sakaratul mautku, jauhilah aku dari kematian yang menyeksakan serta jauhi aku kematian dalam maksiat yang Kau murka. Jauhilah aku dari kematian yang mengaibkan.
Apabila aku dikuburkan, lapangkanlah ruang liang lahadku. Kurniakan cahayaMu untuk menerangiku ketika aku bersendiri dibawah timbusan tanah. Mudahkanlah aku untuk menghadapi Malaikat Munkar dan NakirMu, ketika mana hanya amalanku yang akan membantuku. Kurniakan aku keikhlasan dalam ibadah agar ibadahku menjadi pembelaku.
Apabila aku memerlukan bantuan, ku mohon hadirkanlah Al-Quran buat penemanku di alam itu jadikan Al-Quran sebagai penenangku ketika mana tiada yang mendengarku dan tiada yang mengetahui apa yang berlaku dibawah itu. Kurniakan aku rezeki untuk sentiasa ikhlas mengamalkan, menghafaz, menjaga dan mencintai Al-Quran sepanjang aku masih bernafas ini. Rezekikan aku dapat mengajarkan Al-Quran kepada orang disekelilingku.
Apabila aku tiba di alam sana, aku mohon kepadaMu, sekiranya Kau izinkan untuk aku melihat dan mendakapMu dan Rasulullah, walaupun cukup hanya sekali, aku amatlah bersyukur kerana dapat melepaskan rinduku dan sebagai pengakhiran indah perjuangan hidupku di dunia.
Sekiranya Kau tidak mengizinkan aku untuk melihatMu apatah lagi mendakapMu dan Rasulullah, aku terima dan redha. Kerana aku sedar bahawa aku hanyalah sekadar seorang hamba yang penuh dosa, amalan-amalanku ibarat zarah berbanding kekasih-kekasihMu.
Aku mohon, kurniakan hidayah dan Taufiq Mu kepadaku selagimana Kau masih mengurniakan aku waktu, peluang dan nyawa diatas muka bumi ini, Rezekikan aku menjdi hambaMu yang beriman, anak yang taat, wanita yang solehah serta pejuang agamaMu.
Sekiranya Kau mentakdirkan aku dijodohkan dan rezeki untuk membina baitul Muslim, berkatilah keluargaku Ya Allah. Rezekikan aku menjadi seorang ibu yang baik ya Allah. Seorang ibu kepada zuriat keturunan yang soleh solehah yang dapat membantu dan mendoakanku sepanjang hayat mereka.
Bantulah ummi dan ayah, adik beradikku, sanak saudara, nenek moyangku, zuriat keturunanku, guru dan rakan rakanku sekaliannya apabila mereka menghadapi ajal mereka Ya Allah.
Engkaulah sebaik-baik Tuhan yang menghidupkan dan mematikan kami."
Semoga Allah rezekikan saya untuk istiqamah membaca doa ini.
Mari sama-sama kita sentiasa bermuhasabah.
Sekiranya hanya takut kematian semata-mata, tiada gunanya. Bersedialah kita seawalnya.
Wallahualam.
-Catatan malam hari @Kyuem 2020-
~ Hidup untuk berbakti, Bukan sekadar menikmati ~

وَلَن يُؤَخِّرَ اللَّهُ نَفْسًا إِذَا جَاء أَجَلُهَا وَاللَّهُ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila telah datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengenal apa yang kamu kerjakan. (11)

Comments
Post a Comment
“Value those who give you constructive criticism, because without them doing so, you will never reach the peak of what you are doing.”
― Unarine Ramaru