Info-Info Asas Biasiswa 2020

┏━━━━━━༻❁༺━━━━━━┓
Scholarships #1
┗━━━━━━༻❁༺━━━━━━┛
Seperti yang dijanjikan, saya akan menulis mengenai biasiswa-biasiswa bagi pelajar lepasan SPM. Contents yang akan saya tulis adalah berdasarkan pembacaan dan pengalaman saya sendiri berserta maklumat dari internet. Semoga bermanfaat!

Pertama sekali, anda haruslah faham bahawa biasiswa di Malaysia agak terhad, namun sebenarnya peluang yang ada tidaklah terlalu sempit seperti yang kita selalu dengar dan ditakut-takutkan.

 Pelajar perlulah berusaha untuk cari maklumat sebanyak-banyaknya, dan rajin untuk bersengkang mata dihadapan laptop untuk memohon.



Biasiswa pelajaran terbahagi kepada dua jenis utama.

1. Biasiswa Dalam Negara
- Untuk pelajaran didalam negara sama ada IPTA atau IPTS

2. Biasiswa Luar Negara
- Untuk menyambung pelajaran ke peringkat universiti di luar negara

Bagi kedua-dua jenis ini pula, ada kategorinya :

1. Biasiswa Penuh 
- Pihak sponsor menanggung kesemua kos pembelajaran. Dari peringkat pra-universiti sehingga habis sarjana muda. Biasanya akan cover yuran pengajian, penginapan, elaun buku dan alat tulis, laptop, elaun makan dan sara hidup.

2. Biasiswa Merit
- Pihak sponsor menanggung yuran pengajian sahaja. Biasanya ditawarkan oleh pihak IPTS.

3. Pinjaman Boleh Ubah
- Pihak sponsor menanggung kesemua kos pembelajaran tetapi pelajar perlu membayar semula sejumlah wang setelah tamat pengajian mengikut tahap kecemerlangan dalam peperiksaan di universiti. Ini bermaksud, semakin cemerlang keputusan di universiti, semakin sikit jumlah wang yang perlu bayar balik. Kadang-kala sekiranya anda dapat CGPA 4.00, pinjaman tersebut diubah kepada biasiswa penuh, dan tak perlu bayar apa-apa.

4. Pinjaman 100%
- Pihak sponsor memberikan sejumlah wang secara one-off, dan pelajar perlu bayar balik dengan jumlah yang sama (saya tak pasti kalau ada bunga). Setakat pembacaan saya, biasanya pelajar yang ingin mengambil lesen penerbangan (pilot) yang akan buat pinjaman ini dengan bank. Another famous one is PTPTN.

 Jadi, penting untuk pelajar tahu dan faham jenis apakah biasiswa yang pelajar mohon tersebut, untuk elakkan kekeliruan di kemudian hari.



Berikut merupakan senarai beberapa biasiswa yang terkenal di Malaysia :


1. MARA 
2. JPA
3. JPA-MARA
4. PETRONAS 
5. Yayasan UEM
6. Yayasan Khazanah
7. Yayasan Sime Darby
8. Yayasan Tenaga Nasional
9. Yayasan Peneraju
10. Biasiswa Perbadanan Nasional Berhad (PNB)
11. Biasiswa Kijang (Bank Negara Malaysia)
12. Shell Scholarship
13. Majlis Agama Islam Kelantan
14. Yayasan Telekom Malaysia
15. Korean Government Scholarhip (yang ini lain cerita sikit, agak complicated. Saya akan terangkan dalam entri lain)

Dan banyakkk lagi, boleh rujuk website berikut.
https://www.biasiswaonline.com/
https://afterschool.my/scholarship
Malaysia Scholarships 2018/2019

 Saya tak akan terangkan kesemua sekali sebab setiap sponsors tersebut dah sedia tulis details biasiswa mereka di website masing-masing dan juga platform-platform utama mereka.

Terdapat beberapa negeri di Malaysia ada menawarkan peluang-peluang biasiswa dan tajaan kepada anak negeri tersebut, jadi para pelajar boleh cuba cari maklumat di website yayasan negeri atau lembaga zakat negeri masing-masing.

 Saya akan cerita sikit-sikit tentang pengalaman saya apply beberapa biasiswa selepas SPM yang terdapat dalam senarai itu sahaja, okay?

Jadi, kepada SPM Leavers 2019 dan keatas, awak-awak semua dah perlu bersedia sekarang dan cari maklumat sebanyaknya sebab kebanyakan biasiswa ini akan mula buka permohonan dalam bulan Mac - April berdekatan dengan tarikh keluar keputusan SPM.

Dan, tempoh masa permohonan dibuka biasanya tak terlalu lama, dan awak akan kelam-kabut nanti sebab setiap permohonan awak kena isi details yang berjela-jela, esei yang beratus hingga beribu-ribu perkataan, kena upload documents sebagainya dan ada juga yang offline system jadi awak perlu hantar borang ke pejabat.

Memang jujurnya, berdasarkan pengalaman saya memang sampai tahap rasa loya tekak isi borang dan pening-pening duduk depan laptop berjam-jam untuk siapkan application. Tapi ingatlah, berkorban sikit je, dan kita akan tuai hasilnya nanti !
 Mungkin berkat anda bertahan apply sana-sini itulah yang meningkatkan lagi ketakwaan pada Allah, dan dia rezekikan anda untuk berjaya mendapat biasiswa. Trust Him.




~ Hidup untuk berbakti, Bukan sekadar menikmati ~

Comments