Throwback

Nama yang dianugerahkan kepadaku 'Zunnur Maisarah Binti Ahmad Shahzalli membawa maksud 'Yang Memiliki Cahaya Kelapangan–Kemudahan,  anak perempuan kepada Seorang yang Terpuji' . Semoga Allah merahmati dan mengampunkan dosa-dosa pemilik nama ini di dunia dan akhirat khususnya, amin....

First of all, let's celebrate this day, Friday 22 June 2018, the day I created this blog 🙌 This is my diary, my life journal.

Alhamdulillah, 

Hmm. Before moving on, rasanya nak throwback dulu some memorable things dalam hidup saya. Ok, lets's make a list of them !

1. Alhamdulillah saya dah berjaya khatam hafazan Al Quran 30 Juzuk pada hari Jumaat, 17 November 2017 di SUPERB, sebuah bumi tarbiyah bagi saya 

2. Hmmm ohyaa saya dapat A- dalam addmaths exam PPT baru-baru ini yayy alhamdulillah.  A- pun saya bersyukur sesangat dah haha. Semoga zunn terus berusaha amin..

3. PT3 Alhamdulillah 12A 1B. Tahun 2016. hmm lama dah tu. 

4. Baik, yang ini berat sikit. Starting from last year 2017, saya diberi amanah sebagai Timbalan Ketua Umum 1, Majlis Kepimpinan Pelajar (MKP) di superb, bak kata orang tahniah dan takziah. Wallahi tanggungjawab kami banyak dan berat, tambahan lagi dalam beberapa minggu sahaja lagi tinggal untuk kami letak jawatan. Saya tak tahulah adakah saya sudah betul-betul laksanakan amanah ke tak 😭 Ya Allah,  tolong aku ya Allah, untuk selesaikan semua tanggungjawab saya... 

5. Saya akan duduki SPM tahun ini hahaha, dah tua. Dah nak habis sekolah dah hm

Cukup dulu untuk entri pertama. Doakan semoga pemilik blog ini berjaya memperoleh keputusan SPM yang cemerlang pada tahun ini.


~Hidup untuk berbakti, Bukan sekadar menikmati~

Comments