Persidangan KP dan PKP
#EntryNo.2
Baiklah disini adalah beberapa highlights semasa saya sertai Persidangan Keua Pelajar dan Penolong Ketua Pelajar (PKPPKP) . Sejujurnya saya sendiri sangat tak sangka bahawa saya akan sampai ke program sebegini, mentalilti ini muncul dengan sendirinya dengan menilai sendiri betapa sedikitnya ability yang saya ada, jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan kawan-kawan batchmate saya Camaraderie1418 yang lain, terutamanya dalam bidang kepimpinan.
Saya bukanlah seorang yang dengan semulajadinya berani untuk kedepan apatah lagi memimpin. Sejak sekolah rendah lagi saya sangat-sangat takut dan malu kalau kena bercakap dihadapan (kecuali pertandigan bercerita masa sekolah rendah, idk why tapi yang itu aku boleh masuk sampai perinkat negeri Selangor haha. Mungkin kerana minat?) Waktu zaman-zaman lower form, bila perlu buat group presentation, sayalah yang paling sikit bercakap. Suara dan tangan ketar-ketar itu tak boleh sorok dah kadang-kadang. Dan lagi satu masalah besar saya ialah komunikasi dengan pelajar lelaki. Rasanya, ada dua faktor utama.
Satu, sekolah agama memang seperti biasa dan seperlunya ada jurang pergaulan antara pelajar lelaki dan perempuan (ikhtilat) dalam semua aspek, yang mana menyebabkan memang very rarely perlu bercakap dengan lelaki (junior years especially). Maksudnya, jarang sekali ada tugasan yang campur jantina.
Dua, dulu saya memang jenis tak bercakap sangat. Baik dengan perempuan mahupun apatah lagi lelaki. Tapi bila perlu bercakap, then I will. Masatu aku rasa ramai yang takut-takut nak bercakap dengan saya (idk why. i don't bite)mem I still remember this one incident masa Form 3 hahaha. Okay yang itu mungkin saya buat entri lain nanti panjang pulak!
Jadi bila memikirkan kesemua ketidakmampuan dan ketidakbolehan saya sewaktu itu, maka langsung saya tidak pernah bercita-cita atau terlintas sekali pun untuk menyandang jawatan-jawatan di sekolah. Tahun 2017, pada hari guru-guru MKP memanggil saya ke Bilik Pengawas bersama 4 orang sahabat Camdee lain dan mereka umumkan setelah mereka menilai dan sebulan sesi saringan percubaan, kami berlima dipilih untuk memenuhi jawatan-jawatan tertinggi MKP (HICOM). Hanya Allah yang tahu sebenarnya disebalik tegaknya saya berdiri disitu, betapa lemahnya badan terasa, terkejutnya macam mimpi je, gundah-gulana, rasa nak lari pun ada.
In my mind, I was like 'Huuuu cikgu saya tak layak, tak reti, tak biasa, takut.'
Walaubagaimanapun, saya take it as one of His test and a life challenge for me.
Since that moment, I knew that I need to improve myself, suffice what I was lacking
InshaaAllah saya cuba buat yang terbaik. Semoga Allah mudahkan perjalanan saya untuk bantu rakan-rakan dan adik-adik di superb, InshaaAllah. Jadi sepanjang progaram ini, banyak nilai-nilai kepimpinan yang saya dapat. Pada awalnya saya tak ada confidence nak berjumpa dengan segala pelosok watan punya pemimpin pelajar, semua dari sbp pula tu, kata orang they are the creme de la creme, sedangkan saya ini ibarat doh roti yang baru dalam proses nak diuli, tiada perasa dan warna, masih mentah.
Tapi alhamdulillah satu pengalaman menarik dan meaningful, dan syukur alhamdulillah saya dapatlah juga bina sedikit keyakinan untuk pulang ke superb dan jalankan amanah dengan lebih baik. Selain itu, dapatlah juga saya luaskan connection dan tambah kawan-kawan. (Edit : Turns out, ramai muka-muka sama jugalah yang saya jumpa di kmb dan ky sekarang hihi)
Pada pendapat saya, leadership is something that you gain throughout the leading process.
.
AllahuAkbar. Superb sangat banyak mendidik dan memperbaiki peribadi saya dgn izin Allah sepanjang 5 tahun hidup di sini..
Bukan setakat semata-mata mendedahkan saya dengan ilmu Al-Quran, tapi superb juga membuka hati saya untuk lebih menghargai ilmu, tanamkan semangat belajar (12 subjek T_T) dan paling penting, mendekati Allah. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.
Hanya lebih kurang berbaki 6 bulan sahaja pengajian saya di superb. InshaaAllah saya akan manfaatkn sebaik-baiknya :)
~Hidup untuk berbakti, Bukan sekadar menikmati~
Comments
Post a Comment
“Value those who give you constructive criticism, because without them doing so, you will never reach the peak of what you are doing.”
― Unarine Ramaru